Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 31, 2009

Penanti..

Bharian-Penanti catat rekod terburuk peratusan mengundi


BUTTERWORTH: Peratusan keluar mengundi sebanyak 46.15 peratus pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, hari ini adalah rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Bercakap kepada Berita Harian sebentar tadi, beliau berkata rekod terendah yang dicatatkan sebelum ini adalah 52.6 peratus bagi kerusi N67 DUN Telang Usan, Sarawak, pada pilihan raya umum negeri kelapan pada 2006 lalu.

"Ini rekod terburuk dalam sejarah pilihan raya negara ini dan SPR akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi yang amat rendah walaupun kami sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih wakil rakyat.


Ulasan:

Aminah Menang UNDI POS..Tahniah..Erm..Aminah ade bukti,tapi kat mana??Nanti bende ni mesti senyap je,sampai bila2 pun tak akan dibuka punya..Sapa mau bagi orang yang tarik diri jadi TKM1??Gila punya kerja..Tahniah Dr Mansor..PKR berjaya..Papehal jangan duk bangga sangat..Orang sokong kita,kita jangan bangga..Bersyukur dan teruskan dengan kerja yang baik sudahlah..UMNO lain,kite lain..Jangan ikut parti BODOH SOMBONG tu..

Oh..Peratus keluar mengundi sikit??kau nak ungkit??SPR kau perguna,dah macam2 kau tak bagi,khemah pun saat2 akhir baru kau cakap kena kecik padahal PKR dah lama bersiap tuk khemah besar..kau yang buat PRK kali ni tak banyak sambutan..Kat kampus aku pun baru PRKampus lepas ramai yang keluar sebab dah hangat berkempen,bukan di dominasi sebuah pihak je..haha..Pape pun,majoriti melalui peratusan sangat2 bertambah!!UMNO/BN..sedarlah diri..Generasi muda dah mula tolak korang..

May 25, 2009

Setuju vs Tak Setuju

Amina (wakil Bebas) kata dia dapat sogokan daripada PKR dan ada bukti suara.Antara tawaran supaya menarik diri adalah mnjadi TKM Pulau Pinang..??

Tak Setuju..Bingai ape..dah tak bertanding..Kalau bertanding menang pun,entah dipilih entah tak..hahaha..


Sejumlah lebih 200 ketua kampung yang dipecat adalah sah disisi undang2 kerana mereka bukan penjawat awam-Pensyarah Undang2 UUM..


Tak setuju..Kalau macam tu bagaimana beberapa puluh orang ketua kampung yang dipecat kat Terengganu sebab tak nak bagi kerjasama??huhu..


Pelajar yang menduduki SPM dihadkan mengambil hanya 10 subjek.


Sangat setuju..nanti mak bapak tekan anak pulak..Kite pentingkan kualiti terhadap kefahaman,bukan kejar sape paling banyak..pembelajaran sepanjang hayat yang ditekankan.nanti anak2 terseksa,anak2 tak mahu pergi sekolah sebab tertekan mak bapak terlalu ghairah dengan menempa nama..

Ada apa pada nama..

Salam kepada semua pembaca.Entri kali ini agak serius dan tidak berkaitan dengan apa2 hal politik.Yela,hangpa kalau aku nak ulas semua mesti fikir hal politik ye tak?Oklah,so kite fokus pada tajuk,NAMA..Apa ada pada nama?Saban hari,lebih2 lagi artis yang telah melahirkan anak meletakkan nama yang agak hebat didengar tetapi kadangkala makudnya buruk atau tidak membawa apa2 makna kepada anak mereka.Semalam masa aku tengah layan GHOST SEASON 2, si Ezza tanya Alam nak panggil die Alam atau Ali (sebab Ali nama sebenar die dan Alam adalah nama identiti barunya).Boleh pulak die jawab panggil Alam,nama ALi tu tak ada kelas,macam driver taxi mana tah katanya..

Hello,fyi,Ada apa pada nama Alam??Apa maksud Alam??Alam adalah Alam..macam alam semulajadi,alam flora fauna semua tu yang tak ada la tinggi mana pun kelasnya..Tengok pada nama Ali pulak..Yang mulia, tinggi kedudukannya..So which one is better??Mana yang lebih class??Yups..aku tau yang tu hanya skrip,tapi tak baiklah menghina dalam tu..Ali tu nama Menantu nabi..Sahabat Nabi..Saudara Nabi..Jasa besar pada Islam..Tapi Alam??Sebenarnya bende ni dah agak lama aku nak sebut,lagi2 bila si Miss Alissa aku tu mintak cari maksud nama die.Aku ni Arab setakat Komunikasi je.Itu pun bukan la power..Cukup2 makan je..

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)




Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a.
Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Berikut adalah senarai nama-nama yang dilarang DARUL NU'MAN




So hati2lah dalam memilih nama adik2,adik saudara,anak buah,atau anak kamu.Begitu juga dengan nama panggilan.Mungkin memendekkan sebutan nama menjadikan ianya tidak bermaksud,itu tidak apa,tapi jika kita memendekkan dan sebutannya menjadi sesuatu yang tidak baik??Satu doa yang tidak baik ke atas kamu.Jadi..Renung2kan..Selamat Beramal..


NOTE:
Nama Noor Alissa boleh dikatakan membawa maksud cahaya Tuhan Penyelamat..(consider dalam ejaan Arab)

Alisa' :Tuhan Penyelamat
Alisa :Gila
Alasa :Khianat
Elysia :*Dari Syurga (tak confirm,tapi ikut sumber dalam buku itulah jawapannya)
Alissa :*Tiada makna dalam rujukan..

Sumber Rujukan: IslamGRID

May 23, 2009

HoliDae..tp buhsan..

You guys..Ape yang korang buat masa cuti ni??Aku cuti sekejap je beb.Dari 22hb May tarikh yang aku dapat jejak kaki kat rumah sampailah 7June nanti..Sekejapkan cuti sam aku??Ye..Aku tau..sedih,kesian..Dah tak payah duk ngutuk aku cuti sekejap..Huhu..Aku ade hal..Nak berbakti,tu kena balik awal..

So muncul la idea2 pelik dari umi..Sekarang ni ayah(pangkat Pak Long,tapi dari kecik dah panggil ayah) tengah ikut belajar masakan Italy kat Melaka ke Johor tah..Umi suh aku join..Walaweyh..Aku masak western??Italy lagi..pergh..memang terkedu semua orang.Masak goreng2,sup,kurma,kari boleh la..Yang lain aku xpandai..Tak pun masak merah yang tak letak pun santan perah..Yang serbuk je..Almaklumlah..Hidup bujang ni semua segera..

Yang pasti dalam 3minggu ni aku kena pergi class piano setiap Rabu..Tu pun tak tau la camne.Nanti la tengok camne.Then nak kena pergi jumpe si Din dengan Yusri...Bising nak lepak sama..Ape kejadah betul mamat 2 ekor ni..Tapi memang best pun lepak ngan diorang..

Yus dan Din(cover)..Awek disebelah memang cun,dats why aku remove..


Biasanya kalau aku cuti,GSC or TGV kat seremban tu dah jadi macam TV rumah..Masa cuti sam lepas dah 12 muvee aku g tgk sepanjang Dec sampai awal Jan...Korang boleh semak kat entri aku sebelum ni..Tapi la ni dan ke aku nak tengok wayang?Adik aku nak suh aku bawak die pergi tengok cite Syurga Cinta ngan Jangan Pandang Belakang Congkak..Aku leh masuk lagi dengan JPBC,tapi Syurga Cinta??Adus..Lemahnya..Bulan April lepas dah Pra Tonton kat kampus aku..Student price pulak tu..Tu pun aku tak layan..Inikan nak tengok kat wayang..huhu..Tapi tengoklah camne..Adik punya pasal,kalau die berkeras nak,aku bawak jela..Kalau pergi tengok pun,atleast aku belum tengok,takdela besar sangat kerugian yang kena tanggung.(klik pada tajuk tuk tengok Trailer)

So aku usyar2 muvee lain ade la yang hampir berkenan kat hati..Paling aku tertarik dengan konsep Mongol.Ala..Bukan sebab Mongolia atau berkaitan altantuya semua,tapi memang nampak macam menarik pun..



Yang lain2,Angel & Demon tu macam leh tahan,sebab dr pengarah Da Vinci Code tu..Then ada Tom Hanks pulak..Huhu..Terminator Salvation mungkin antara movie yang boleh berbangga dengan kesan efek yang terbaik buat bulan ni yang akan buat aku ke panggung..Aku dah tengok Wolverine dan Fast and Furious 4..Tak puas hati dengan 2 movie tu..Buhsan gak..Maybe sebab download version kot..haha..So korang rasa movie mana yang paling puas hati dan tak rugi kalau kite nak spent duit kat panggung tu??

Orang kampung aku pun dah HEBAT!!

Salam Reformasi..Seperti yang korang semua maklum,aku sekarang ni tengah bercuti..Ada kat kampung tercinta N9 di daerah Jempol dimana Ahli Parlimennya adalah seorang yang agak rapat dengan aku.Selalu aku lepak rumah die sebab anak die tu bestfriend aku since sekolah rendah,sekolah menengah,matrik kami tak terpisah..Terpisah seketika apabila dia meninggalkan Kolej Matrikulasi N9 dan meneruskan pengajian di Kolej Mara Banting Selangor.Kini anak beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Parague,Republik Czech..Aku masih disini Malaysia tercinta dan meneruskan pengajian dalam bidang Fizik..huhu..

Okla..Nak dimaklumkan cerita,alkisahnya aku baru je balik dari kenduri doa selamat rumah Tok Ndak aku.Tok Ndak ajak aku lepak ngan die pergi ceramah Mat Sabu Selasa ni kat Markaz Tarbiyah PAS Bukit Kerdas Batu Kikir.(Aku pelik,bendera DAP kat pokok kelapa dah tak ada).AKu cakap,nanti tengoklah dulu kalau rajin..Biasanya ceramah ni kena tengok orang.Mat Sabu berceramah memang geli hati.Tapi kadang2 point bagi aku xbanyak.Aku nak input2 baru yang leh aku guna tuk masa depan.Bukan duk sembang macam kedai kopi saja.

Then tahlil pun start,habis je terus makan2 semua..Settle makan semua duk bercerita.Semangat punya semangat cerita pasal pemilihan ketua kampung.Ada perebutan jawatan tuk ketua kampung rupanya.Ketua kampung dikatakan macam tak berapa nak berguna.Tapi mereka merasakan ketua kampung sebelum ni yang tak berguna tu pasti menang sebab orang2 kampung ni kan banyak yang tak alert dengan hal2 politik sekitar.Hal politik negara pun dorang tak siasat inikan hal2 yang dekat2 dan tak havoc ni.

Dalam duk2 bincang ni,semua orang berumur dah 50 ke atas .Aku je umur awal 20an.So rasa seganla jugak nak menyampuk,lagipun aku tak tau isu kampung yang dah lama aku tak lepak ni.Kalau tau isu pun malas aku nak mencelah,kang tak pasal2 kena sepak ape2 ke..Duk dengar jela.Isu2 kampung ni pun berat gak.Tapi sebab dah tak ada penganalisis dan blogger nak kupas isu kampung,so orang2 kampung pun ape lagi??Biarkan jela..

"Asalkan ada tok ketua dalam .kampung kita ni.."

Itu yang aku dengar tadi..Sakit hati gak bile bende dah salah tu diorang tetap terima tak mau nak melawan..Tau sebab ape sakit hati??Sebab isu ni..

  • HomeStay kampung dapat peruntukan Sejuta setahun,tapi jumlah yang digunakan tu tak sampai pun setengah juta.Paling2 tuk maintainence yang gile2 pun dan bayar kat pekerja2 dan upah tuk setiap keluarga angkat cecah dalam rm250ribu setahun.Kalau kite bahagi,sebulan dalam rm20ribu lebih tuk buat semua bende nikan??Banyak tu..So kalau sejuta cuba bayangkan macam mana..Dua tahun sebelum ni kecoh mengenai orang2 atasan yang mana wanita UMNO makan duit2 tu untuk kepentingan peribadi mereka.Yang pasal lawatan semua tak kisah,ni kalau siap beli kereta,buat rumah??huhu..
  • Orang2 kampung yang ada ladang kelapa sawit tu ber EKAR2..Tau dapat berapa??Rm50 setahun.Diorang ni marah.Tapi bila dicakap2 balik,then dorg ni mana tau nak amik tindakan.Dapat sikit macam beras,kain bile majlis dengan pemimpin UMNO/BN dah lupa.Hal dianggap settle.
  • Tu masa 2004,Tan Sri Isa Samad yang dah sebelum ni jadi MB N.Sembilan ditukarkan Pak Lah sebagai calon tuk kawasan parlimen.Die sebelum ni ADUN kat Port Dickson.Apa lagi,20buah bas dan 40 buah kereta pergi serang PutraJaya.Yang pergi serang ni penduduk kawasan ditaja ahli2 UMNO kawasan Jempol.Tak nak Isa Samad sebagai CALON.Tapi dah penamaan calon nak buat macam mana.Pak Lah masa tu lari ikut jalan belakang nak mengelak berjumpa diorang.
  • Tau macam mana Isa Samad menang?Peruntukan RM80ribu berkempen di Felda2,Felcra dan kampung2 terpencil.Buat majlis makan besar2,bagi basikal,bagi payng,bagi kain,bagi beras.Masa malam keputusan diumumkan,Isa Samad dapat majoriti dekat 8ribu orang.Padahal satu Negeri Sembilan tau Isa Samad ni penuh rasuah (sebelum kena daripada kes UMNO lagi) dan suka rampas tanah orang Negeri Sembilan.
Itulah antara keluhan orang2 tua kampung aku.Tetiba seorang pak cik mencelah, "Aku ni baru semalam dapat surat undangan pergi Majlis Sambutan tuk Guru oleh Balai Raya Kampung.Dah berpuluh tahun dah baru je dapat semalam.Majlis2 sebelum ni tak pernah dijemput pun.Baru pulak diorang ni terhegeh2".

*Takkanlah nak datang tanpa dijemput ye tak?kalau hangpa jiran sebelah buat kenduri tapi tak jemput hangpa,hangpa pergi tak??walaupun berkaitan dengan hangpa..So kalau ada yang salahkan pak cik ni cakap die tu cikgu,sapa suh tak pegi then nak menyalahkan orang lain,hangpa tak tau kes.So lepak senyap je..

Kemudian disambung semula cerita pergaduhan sesama sendiri.Orang2 Datuk Khalid Yunus t(bekas menteri Penerangan tahun 2000) tak dibenarkan menyertai program Datuk Lilah Yassin(ahli parlimen sekarang,dulu ADUN SERTING)

Semua sedia maklum sebilangan besar rakyat N9 dan keseluruhan rakyat Jempol tahu pergaduhan mereka.Orang2 kampung ni cakap pelik dah 30tahun diorang ni bergaduh tak sudah2,tak gak baik2....UMNO sesama UMNO bergaduh.Dorang tak pelik kalau PKR,PAS atau DAP yang gaduh dengan UMNO.PPP gaduh dengan MIC pun kira dah pelik.Memang bermusuhan betul.Tapi ini UMNO sesama UMNO pulak yang jadi musuh tradisi.

Kemudian pakcik yang bergelar cikgu ni tadi bukak cerita pasal isu Perak."Wah..Pakcik,aku memang ikut siri Perak ni,lagipun aku tinggal kat Perak sekarang"(bisik hati aku).Perghhh..semua point yang aku cakap pasal Perak die dah simpan dalam memory die.Lebih2 lagi mengenai perlembagaan Perak dan hakim yang terlibat dengan VK Linggam..Mantap siot..Rakyat tak akan mudah lupa..MaHaDEY je mudah lupa..

Ini bermakna orang kampung dah merujuk kat internet.Point2 die semua yang diberitakan oleh En Misbahul Munir dan BloggersNetwork Perak..Tahniah!!!Tak perlulah aku risau kalau wujud golongan2 macam pak cik tu..Senang kerja aku..Sembang2 mereka diakhiri dengan kata "Oh..kalau macamtu,memang lingkuplah BN pilihanraya lepas ni".

Oklah tu je..Sekarang aku kat rumah Bahau ni..Jap lagi nak pergi duk rumah Seremban pulak.Paroi..Kawasan YB Taufek..Ade berita2 best kat blog En Misbahul Munir..Nanti aku ulas..Korang baca la dulu..wasalam..

May 22, 2009

Memahami kes Perak..Rakyat akhirnya berputih mata..

Yes..Taktik itu menjadi..UMNO bersorak kegirangan..Tetapi ada kesalahan lampau di mahkamah sebelum ni yang telah mengantoikan mereka..Semuanya telah dirancang dari awal..Nizar telah dimalukan dan dibogelkan!!Tetapi UMNO/BN dan khususnya Zambry mendapat kehinaan dari majoriti rakyat Perak..Kenapa majoriti??Oh..xda fakta??Apa kata kalau BUBARKAN DUN dan tengok fakta dan data tu kat sana..OK???Ni aku nak kongsi sikit apa yang aku perhati dari awal kes kat Perak ni..Aku kongsi dari apa yang aku perati,kalau salah hangpa leh tegur ok??Aku nak fakta je..Ni panjang apa yang aku perhatikan ni..Baca dengan teliti.


KES PERAK..

  1. 2 ADUN PKR,Jamaluddin(Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) dituduh atas dakwaan rasuah dan seks melibatkan projek perumahan kawasan Seri Iskandar yang dikatakan bernilai RM180juta..
  2. Nizar mnenafikan wujud projek perumahan di situ..
  3. ADUN BOTA menyertai PKR..Bersumpah dan berjanji pada rakyat kawasan beliau bahawa tak akan balik semula ke pangkuan UMNO..
  4. Tidak lama kemudian 2 ADUN PKR,Jamal dan Osman hilang selama beberapa hari..Isteri dan saudara mara serta pemimpin PKR tidak dapat menghubungi mereka berdua.
  5. Perutusan mengenai kehilangan 2 ADUN terbabit disebarkan.
  6. Terdapat spy2 yang mengatakan ternampak kelibat mereka disekitar rumah Najib Razak.
  7. Pak Lah mengatakan BN akan merampas Perak dalam masa terdekat
  8. Speaker Sivakumar mengumumkan perletakkan jawatan kedua ADUN terbabit kerana surat perjanjian yang ditandatangani mereka selepas kemenangan Pakatan Rakyat Mac 2008 yang mengatakan jika mereka gagal dihubungi buat satu tempoh yang ditetapkan,atau mereka melompat parti,dengan secara AUTOMATIKnya mereka dikira meletakkan jawatan.
  9. Malamnya pada hari yang sama setelah pengumuman Speaker,Jamal dan Osman muncul dikaca TV(siap ada press conference lagi) mereka tidak meletakkan jawatan.*Aik??tetiba muncul ape kes???
  10. Hee Yit Fong pula hilang..Dan gagal dihubungi..Tidak lama kemudian ADUN BOTA yang baru sahaja keluar UMNO masuk PKR turut HILANG dan gagal dikesan ahli keluarga dan pemimpin parti.
  11. Sehari setelah kehilangan Hee,Sivakumar turut mengumumkan Hee telah meletakkan jawatan.
  12. Najib Razak mengumumkan BN telah merampas Perak apabila ke 4 orang ADUN yang hilang sebelum ini telah berpihak kepada BN.
  13. Nizar dan Pakatan Rakyat jadi kalut dan terkedu..Nizar memohon menghadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN.
  14. Najib turut menghadap Sultan Azlan setelah selesai Nizar menghadap baginda Sultan.Menyatakan Nizar telah hilang kepercayaan dewan setelah 4orang ADUN Pakatan telah menyokong BN.
  15. Isteri ADUN Bota memberitahu bahawa suaminya diugut dan diancam semasa hilang.Kemudian dia memasuki UMNO semula.
  16. Sultan Azlan menitahkan Nizar meletakkan jawatan tetapi Nizar memohon sembah DERHAKA(he refuse) dan Zambry Kadir telah dipilih oleh Pengerusi BN ketika itu(PakLah) lalu mendapat perkenan Sultan sebagai MB yang baru.Turut diberi gelaran Datuk Seri.
  17. Satu perhimpunan menyatakan bantahan dianjurkan Pakatan Rakyat tetapi tidak mendapat kelulusan permit oleh POLIS.Walaubagaimanapun ianya dihadiri beribu-ribu rakyat pada hari Zambry dilantik.Masjid telah dibaling dengan bom gas pemedih mata(dalam masjid,bukan halaman luar masjid),juga sekolah agama bersebelahan masjid terbabit.Kereta Sultan Azlan turut dibaling batu oleh rakyat Perak.Berpuluh2 rakyat dan pemimpin parti ditangkap.
  18. KES RASUAH dan SEKS ADUN yang melompat Jamaluddin dan Osman Jailu dibacakan,tetapi kedua mereka tidak menghadiri.Malamnya mereka membuat sidang media mennyatakan mereka sakit,tetapi gagal menunjukkan surat MC.
  19. Nizar dan Pakatan Rakyat ingin mengadakan Sidang DUN tergempar tetapi dihalang oleh SUK dan polis(atas arahan BN).Sidang DUN bawah pokok telah dijalankan dan menggemparkan seluruh dunia yang menyaksikannya.
  20. Karpal Singh secara peribadi menyaman kerajaan HARAM Perak dan Sultan Azlan.
  21. Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat (Lim Kit Siang dan TG Hadi Awang) memfailkan saman terhadap kerajaan HARAM Perak.
  22. Nizar memfailkan cabaran kepada Zambry di mahkamah tinggi mengenai status MB Perak yang sah.
  23. 7 Mei,Zambry tetap mahu mengadakan sidang DUN tergempar,tetapi Sivakumar menolak.Akhirnya Sivakumar mengalah dan bersetuju sidang DUN diadakan.Sivakumar mengumumkan dalam blognya semua rakyat dan media dijemput hadir ke Sidang DUN untuk menyaksikan dengan lebih dekat sidang DUN berlangsung.
  24. SUK negeri Perak menghalang dan meminta arahan mahkamah dikeluarkan.Beratus orang POLIS dan FRU diarahkan mengawal ketat pintu masuk ke SIDANG DUN.Hanya mereka yang mendapat kebenaran dari SUK dan Zambry dibenarkan merapati DUN.Yang lain2 akan ditangkap jika menghampiri DUN dalam radius 500m lebih2 lagi mereka yang berpakaian HITAM.Pelanggan yang duduk di kedai mamak berhampiran sedang minum dan memakai baju hitam turut ditahan(sebab tak ikut arahan kena menjauhi bangunan SUK dimana terdapat sidang DUN didalamnya dengan jarak 500m).
  25. Keadaan kecoh dalam DUN.Sivakumar menghalau 10ADUN bebas dan UMNO kerana medudukan mereka belum diputuskan oleh mahkamah.Bermakna Speaker adalah berautoriti.Akhirnya berpuluh POLIS berpakaian biasa turut dilengkapi senjata pistol dibawa masuk untuk menarik dan mengheret Sivakumar keluar dari Sidang DUN.
  26. BN mengumumkan pelantikan speaker baru dari MIC dan diwatikahkan dan mengangkat sumpah depan Timb. Speaker Hee Yit Fong.Kemudian Ganesan diajar oleh ADUN Sg Rapat cara2 memberi arahan dan mengendalikan sidang DUN. Setelah itu usul mengenai pemecatan Sivakumar dibuat dan disokong kesemua ADUN BN.Usul Zambry menangguhkan sidang DUN turut diluluskan
  27. Setelah dipindah2 dari satu mahkamah ke satu mahkamah dan ditangguhkan,akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar sebagai MB Perak yang sah kerana menurut undang2 tubuh 3 perkara terlucutnya jawatan MB tidak pernah berjalan(terjadi).
  28. Tidak ada pun penyokong BN yang hadir di mahkamah tinggi.Seolah2 sudah tahu mengenai keputusan terbabit.Beratus penyokong Pakatan bertakbir diluar mahkamah.
  29. Tak sampai 5 jam,rayuan Zambry di mahkamah rayuan diluluskan dan Nizar diarahkan mengosongkan semula pejabat Menteri Besar.Pelik kerana terdapat 3 kes yang perlu dibacakan tetapi kes mengenai perebutan jawatan ini terlalu cepat dibacakan dan diluluskan.
  30. Nizar memfailkan semula rayuan pada keesokkan harinya dan mahkamah meminda akan membacakan kes itu pada 18May(Isnin) iaitu 4hari berikutnya walaupun menurut Peguam PAS tidak ada satu kes yang dibacakan pada hari Jumaat tersebut.
  31. Beberapa jam kemudian mahkamah meminda tarikh rayuan Nizar dan ditetapkan pada 21May.Rayuan Nizar dibacakan semula..
  32. Hari ini (22 may 2009) Zambry diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah.Rujuk kenyataan di SINI dan SINI..

Najib berjanji akan membubarkan DUN Perak dengan kehendak Sultan.Tetapi Sultan perlu buat keputusan atas nasihat penasihat yakni MB yang sah.Sekarang Zambry diputuskan sebagai MB.Adakah Zambry mahu memohon Sultan membubarkan DUN??CONFIRM TIDAK!!!Jadi kepada rakyat Perak..Takziah..Taktik UMNO berjaya..Undang2 negara telah diROGOL dan diliwat oleh UBN..Bagaimana hal Nizar diketepikan kerana 3 perkara telucutnya jawatan MB tidak pernah berlaku??

Note

  1. Fakta mereka betul,mengenai Sultan berhak melantik MB seperti kes Terengganu dan Perlis..Tetapi jika kerusi MB itu kosong sahaja..Sultan hanya berhak memperkenankan,bukan melucutkan jawatan MB..
  2. Fakta mereka betul mengenai BN mempunyai lebih ramai ADUN sekarang,dan kenyataan mengenai Nizar tak dapat majoriti dalam DUN,tetapi usul UNDI tak percaya tak pernah berjalan dalam DUN dan tidak pernah pula dilantik MB baru melalui sidang DUN..
  3. Akhirnya institusi Istana diperguna.Rakyat yang binasa.DUN Perak tak akan dibubarkan..Percayalah..BN takkan berbuat demikian kecuali keadaan darurat berlaku di Perak menyebabkan Sultan sendiri akan bertindak.Dalam masa sekarang keadaan di Perak aman,cuma politiknya sahaja bergolak..

Adakah aku berfalasi??

Herm..Dulu macam banyak bende yang aku nak menulis..Aku sampai tak tau nak tulis ape..Tapi bende2 yang kite nak condemn la paling best kite nak cakap ye tak??Dah aku memang jenis cam2..Tu kritis namenye..Haha..Tengok ape yang kurang..


Kite start dengan rancangan2 realiti..Apa rancangan realiti yang ada kat Malaysia ni??Banyak fokus kepada nyanyian saja ma..Bende lain macam tenggelam je..Kalau macam Nescafe KickStart tu bagus la jugak..Semua insan diberi cabaran mengenai sesuatu yang diimpikan..Program nyanyian dah terlalu banyak..Sampaikan ada yang dah pupus macam AUDITION (ntv7)..


Terbaru AF7 dan OIAM3 baru sahaja melabuhkan tirainya..Berkemungkinan akan ada AF8 dan OIAM4..Adakah ianya baik untuk rakyat marhaen??Keduanya membawa TAG yang menarik..AF kata akan berlaku Transformasi..yang OIAM pulak cakap the Hottest Season..Tapi keduanya hampeh..


Nak banding dengan musim1 OIAM,zaman Suki,Alif,Faizal Tahir sangat berbeza..Prestasi konsert akhir tuk OIAM 2 pun agak menurun,nasib baik diselamatkan Persembahan menarik dari Shila..Konsert akhir OIAM3??Menarik,tapi tetap tak layak digelar One In a Million..Bagi aku Tomok belum cukup layak memegang gelaran terbabit..Tapi apakan daya,masing2 stesen penyiaran mengejar keuntungan..Sebab tulah pada awalnya Tomok sepatutnya sudah terkeluar,tetapi undian baru dibuka sama ada konsert akhir hanya berdua atau bertiga..Keputusannya,Tomok terselamat daripada disingkir lantas bergelar JUARA OIAM 3..Walaubagaimanapun,he did well in finale concert..

Begitu juga dengan AF..Kita dah begitu BOSAN dengan konsep TAMAK AF..AF MASUK menipu
pengundi..Perasan tak setiap kali pelajar yang disingkir dimasukkan semula dalam konsert final,pelajar tersebut mesti dapat tempat kedua..memang ada baiknya sebab kebanyakkan pelajar yang diundi MASUK adalah penyelamat bagi konsert akhir dan sentiasa,tetapi jika ianya seperti menipu pengundi,apa gunanya??Ianya juga merupakan taktik tamak haloba HOTLINK dan AF untuk mengaut keuntungan..

Lagu yang diberikan terhadap Hafiz daripada Anuar Zain juga berserta koreografi yang sarat seakan2 mahu memberikan sesuatu laluan yang sukar buat Hafiz.Nasib baik Hafiz mempunyai pengundi dan peminat yang ramai,lalu apabila berbuat demikian,abilitiy Hafiz amat terhad dan prestasinya menurun dengan mendadak.Apa yang perlu dilakukan penonton untuk mengekalkan Hafiz ditempat teratas adalah dengan mengundi..Itu sahaja yang difikirkan pihak AF..Untung sambil memperguna insan lain..Begitu juga nasib yang menimpa Yazid dn lain2..


Okeys..main pointnye..Korang taukan falasi tu ape..Blah la tak tau..Lagi2 yang baru dan dah belajar subject Pemikiran Strategik sebelum ni..Aku sure sangat korang dah tau pecahan2 falasi..So daripada semua bende ni adakah aku berfalasi???dan falasi yang mana satu??

kambing yang diskriminasi..

Aku tak tau nak komen..Korang layan la dulu..Tak taula ape dah kena dengan kambing zaman sekarang..Bila mana 1 Malaysia di laungkan kambing telah menjadi sebegini..Mendiskriminasi rakannya sendiri..What The F??

Jeritan maut

Written By
Mohd Husni Mohd Noor
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

am@hmetro.com.my


IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak dan seorang pembantu rumah di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Jafri yang menangkap lelaki terbabit dengan bantuan seorang rakan berkata, dia mulanya bergegas pulang ke rumah apabila mendengar jeritan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, ketika berbual menggunakan telefon bimbit sebelum talian itu terputus.

Bimbang kejadian buruk menimpa keluarganya, Jafri segera memasuki rumahnya lalu mendapati mayat Wah Yah dan pembantu rumah terbujur di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam keadaan terkejut itu, dia terus mencari anak bongsunya, Ermin Denish, 5, sebelum mayatnya ditemui di dalam bilik air.

Dia kemudian terserempak seorang lelaki dipercayai suspek yang terburu-buru cuba melarikan diri dari rumahnya dengan melompat pagar sambil membawa sebuah beg menuju ke sebuah motosikal.

Berang dengan kejadian kejam itu, kata Jafri, dia mencapai sebilah parang dalam keretanya sebelum mengejar suspek di hadapan rumah.

Dengan bantuan rakan, Ahmad Hanafiah, 38, yang kebetulan ternampak lelaki terbabit dikejar Jafri, mereka berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri dengan menggunakan kereta.

“Lelaki terbabit terjatuh sebelum saya menangkapnya dengan dibantu rakan yang kebetulan berada di kawasan rumah.

“Kami mengikatnya dengan hos getah sementara menunggu ketibaan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wah Yah yang juga pemilik salun, Ermin serta pembantu rumah mereka dikenali sebagai Dani, 18, ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun bersenjata.

Harian Metro difahamkan, Wah Yah baru saja mengeluarkan wang RM4,000 dari bank berdekatan sebelum dia dipercayai diekori penjenayah terbabit sehingga ke rumah.

Saksi kejadian yang juga kenalan Jafri, Ahmad Hanafiah, 38, berkata dia hairan apabila melihat rakannya berlari masuk ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Saya cemas sebelum berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat seorang lelaki melompat keluar dari pagar rumah mangsa dengan membawa sebuah beg dan bergegas menaiki motosikalnya.

“Saya dan Jafri menghalang suspek dengan menggunakan kereta dan terus keluar menangkap lelaki terbabit yang terjatuh sebelum sempat dia melarikan diri,” katanya.

Ahmad berkata, ketika kejadian, dia baru saja mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran rumah mangsa sebelum ternampak rakannya itu kelihatan cemas.

“Sebelum itu, saya baru saja selesai melakukan kerja mengecat pagar di Jabatan Penerbangan Awam dan kebetulan melalui kawasan kediaman mangsa,” katanya.

Sementara itu, Jafri terpaksa ditenangkan saudaranya dan lebih menyayat hati apabila anak perempuan mangsa berusia 10 tahun berlari sambil meraung “Mami, Mami” sebelum mendapatkan ayahnya selepas mengetahui kejadian menimpa ibu.

Keadaan di sekitar rumah mangsa juga sesak dengan kehadiran 300 orang menyebabkan polis mengeluarkan arahan supaya orang ramai beredar.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari rumah berkenaan jam 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.



Bertambah parah dan celaka..Lepas satu-satu..Keadaan ini membuatkan kita semakin ketakutan walaupun duduk dalam negara yang bernama Malaysia..Semakin menjadi2 gejala merompak ini..Seperti biasa,ianya dikaitkan dengan Mat Gian dan Mat Rempit..Sampai bila hal ini akan berkesudahan??Apa kata mereka ini dikenakan kem tahanan Kamunting..Bagi cuak sikit..dah susah sangat pulak..Sampi membunuh2..

p/s: Semalam tengok BersamaMu..Yang kes kat Kelantan,seorang wanita mengandung mati dalam kemalangan apabila diragut..Yang mak kepada si mati nak dapatkan bantuan sebab anak2 si mati ni tak cukup perbelanjaan..Dah la miskin,datang jauh2..Sekali pegawai kat Kota Bahru kelantan pergi maki2 die..Tak bagi tak pe..Ini buat ape maki2 orang tua tu???LAHABAU punye mangkuk tak tau hormat orang tua,xde hati perut!!

May 21, 2009

Menariknya GHOST season 2..




Wahh...u guys..korang layan tak cite GHOST??Season 2 punye..Cerita ni aku promo kat member2 nasyd aku..Huh..Dua malam berturut stp kali habis latihan hari tu dah dihabiskan..Sekejap je..padahal aku setiap minggu dulu duk depan laptop usyar cite ni dah upload ke belum dalam youtube..sebab ape??Sebab bile cite tu kite tgk satu episode je dah jadi ketagih nak tengok non stop..

So ape yang menarik sangat ni??Sebab ade beberapa perkara yang berlaku dalam season 2 ni..Kite start dari yang biasa2 la dulu..Kalau korang perasan dalam season2 ni ade sorang mamat psikik bernama Alam lakonan Anding..Dalam season1 Anding pun berlakon,tapi rambut botak,yang nak copy paste evry single thing yang berkaitan dengan Zack Imran (Naz)..Nama die Shafik kalau tak salah aku..Yang buat gambar skandal nak burukkan Zack Imran "main" dengan budak sekolah.Seorang lagi adalah mak kepada Harum dalam season 2..Sebelum ni season1 die ketua Editor untuk Bahagian Gosip KL Metro..Ala..Yang pengacara 3R masa mula2 dulu tu..Si Azah tu..

http://photos-p.friendster.com/photos/47/47/10547474/23150212615702m.jpg


Then kalau korang nak tau,Popiah Pictures la CREW dalam cite ni..Setahu aku banyak lagi yang Popiah Pictures ni dah buat.Since zaman aku sekolah menengah lagi dah banyak cite die aku follow rupenye especially cite Each Other juga menampilkan Cheryl Samad sebagai watak Utama....Table For Two menampilkan Zizan Nin dan Melissa Maureen..


kenangan bersama Cheryl Samad masa AJL..Malam kegemilangan Faizal Tahir dan RockenSteiners..


Mesti semua pernah tengok iklan POND'S kan??Yang pergi tengok wayang,then makan popcorn tapi popcorn dah abis tu..hah..tu karya Popiah Pictures la..Daripada Iklan tula tercetusnya cerita Table For Two ni..


Melissa Maureen

Rancangan Impian Ilyana dan Realiti antara karya diorang gak..tp im not into it la..tak bape ghairah ngan bende2 camtu..Nak tau lebih lanjut tentang Popiah Pictures,klik je kat font yang aku dah hiliite tu..



Dan yang paling buat aku tertarik dengan GHOST season 2 ni sebab ade hantu die kewl style Avril Lavigne dan seorang lagi yang kena kidnap HOT gile..Tu..gambar kat atas nun..Dalam series GHOST die jadi Alicia Soo..Anak kepada Edmund Soo..Kire watak die ni BITCH la dalam cite ni..Sebat je semua laki asalkan memuaskan hati die..

Nama die Melissa Campbell.Die ni model..Patutlah HOT + Cute..haha..Ada sikit macam Suki OIAM kan?..Tapi Suki lahir 1989..Die ni pulak rupenya lahir tahun 1991..Mude lagi beb!!memang terkejut aku..Kalau nak tau lebih lanjut pasal die,leh la tengok dalam website die..MELISSA CAMPBELL OFFICIAL WEBSITE

Ghost Season1 ,kekuatan adalah terhadap plot cerita dan Eza serta Zack,tapi Ghost Season 2 ni sangat berbeza apabila menampilkan koloborasi Eza,Harom serta Alam..Kita nantikan apa kesudahan..Pelik sebab bila Zack dah tau punca kematian dan siapa yang membunuhnya,tapi kes ni Harum dah tau macam mana die mati tapi still lagi berlegar2..Huhu..Apakah KLU seterusnya??

Sape benci geng2 Nok yang macam haram??Jom..


Kalau orang kata, kenapa perlu benci dengan Azwan Ali? Kalau orang kata Kenapa perlu boikot blog dia? So mari kita jawab dengan “ada aku kisah?!!”. Tagline Azwan Ali yang bakal memakan diri sendiri.

Blog Azwan Ali dilihat sebuah blog melayu yang sangat kotor. Mengotorkan dunia blogging Melayu yang semakin pesat membangun. Setiap entri kalau tidak terisi dengan artikel-artikel kotor dan mencarut, itu bukan blog Azwan Ali namanya. Tidak dinafikan, blog Azwan Ali adalah blog melayu paling kotor pernah wujud di atas muka bumi.

Tak perlu dipertikaikan mengenai cara penulisan bapok Azwan Ali yang penuh dengan caps lock dan ayat-ayat pondan, kerana bila dipertikaikan, anda akan menerima jawapan “ada ku kisah ke hanjing?!!” dari Azwan Ali.

Azwan Ali dilihat selalu mengutuk TV3 dan rancangan Jangan Tidur Lagi. Ianya dilihat tak lain tak bukan hanya sifat dengki semata-mata. Maklumlah, TV3 pun tak ingin nak amik dia lagi. Masih nak mengaku anda laku ke Azwan Ali? Setiap ayat dalam blog kalau tak membangga diri, bukan Azwan Ali namanya.

Azwan Ali bangga blog’nya kononnya dilayari berbillion-billion manusia setiap hari. Tapi lihat komen di blog’nya, semuanya kurang dari 10. Kerana apa? Rasanya 90% dari komen telah di’delete oleh Azwan Ali kerana komen tersebut hanya mengandungi ayat yang tidak senang dibacanya. Komen yang tinggal, hanya komen dari bapok-bapok yang kononnya memberi sokongan padu kepada Azwan. Entah-entah tu pun dia yang komen guna nama orang lain.

Pernah saya membaca artikel di blog’nya tanpa segan silu mengaku yang suami’nya sedang tidur? Ah sah! anda memang Gay Azwan Ali.

Kesimpulannya, anda semua boleh fikirkan sendiri secara rasional kenapa blog Azwan Ali ni harus diboikot.

1. Klik di Sini >> SINI!!

2. Tick “Hate or violence”.. klik continue….

3. Continue lagi…

4. dan SUBMIT!!!

Ya! Anda memang wira bangsa!! Tahniah!!

P/s: Keji gila jika di awal entri anda memaki hamun orang dengan ayat-ayat caci-maki, kemudian diakhiri dengan ayat memuja Tuhan.. Itulah Azwan Ali


Dianjurkan oleh OhArtis.com


CheguFadh:

Aku memang anti mamat gedik ni..Perasan diri DIVA..Adus2..CAK 3x tu bagi aku cerita tahap neraka..Tak ada ape2 yang boleh dipuji atau mesej yang elok pun..Dah tu perasan pulak diri tu ade berbilion peminat..Nasib TV3 reject mamat hampeh ni..Tinggal ASTRO je..bile la nak kick out mamat tak laku ni dari astro..Huh..Die ni adik beradik dengan Umi Hafilda Ali(yang berkomplot menjatuhkan Anwar Ibrahim) dan Azmin ALi (PKR)..

Update..Juara Festival Nasyeed Selatan..

Aku banyak bende nak kongsi..Tapi aku malas type..So ape yang perlu aku buat ni???

Aku akan tulis kemudian kot..Ni aku bagi sinopsis jela..

  1. Dari 17hb Mei hingga 21 mei aku berada di UiTM segamat
  2. Tujuannya adalah pertandingan nasyeed festival selatan terbuka untuk seluruh IPT Malaysia..
  3. Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian..(Sepatutnya 17,tetapi kumpulan KIST dari Terengganu terpaksa menarik diri disaat akhir kerana masalah apabila bas yang dipandu mengalami kemalangan di Kemaman) Nak sampai Johor jauh tu beb..Tapi tak teruklah..
  4. Hanya 7 pasukan yang layak ke final..Semasa cabutan giliran,kitorg dapat tempat ke4(turn ke 4)..Jadi daripada 16 kumpulan telah dipecahkan kepada 2 peringkat saringan..1-8 saringan pertama pada jam 2.30pm hari selasa dan 9-16 saringan ke2 pada 9 pm hari yang sama..
  5. Kitorang budget UiTM Perak,UPNM,UiTM Jengka,UiTM Segamat dan kitorg sendiri confirm layak ke final..Semua jangkaan tepat, dan 2 lagi pasukan yang layak ke final adalah Kolej Insaniah (Kedah) dan UTHM (Batu Pahat)..
  6. Cabutan giliran final tetap sama,masih giliran ke4..Saingan paling digeruni adalah UiTM Perak sebab dah jumpa 2-3 kali sebelum ni..Rekod seri setakat ni ..Sebab kitorg tewaskan UiTM Perak masa nasyeed MAKUM kat UTM Skudai Dec '08..Manakala dapat tempat ke2 semasa di UTP..
  7. Final Result ..Alhamdulillah..Kitorg berjaya mengungguli festival nasyeed kali ini sebagai JUARA..Mungkin sebab tak ada UKM dan UPM,yakni pasukan paling digeruni seluruh Malaysia..Maybe sebab kebudayaan kedua universiti tersebut dah lama..ktorg baru tubuh group akhir August'08..Dan tak melibatkan fakulti muzik lagi setakat ini..
  8. Info menarik,Penyanyi solo Insaniah Kedah merupakan seorang ahli MuslimVoices Akademi Nasyeed..Naib johan adalah Tuan Rumah dan No3 buat UiTM Perak?Aku rasa UiTM Perak lebih berhak mendapat tempat ke2 melalui persembahan,tetapi mungkin faktor lagu yang tak kuat agaknya..Sebab kalau tengok diorg memang akan terasa tengok Show..
  9. UiTM Perak pun peminat2 setia Faizal Tahir..Hahaha..Siap pakai baju superman..Tapi bila ditanya dorang tak mengaku sebagai Rockensteiners

Misi seterusnya Festival Nasyid Kebangsaan di IPOH Perak 27 Jun 2009..Lagu baru siap Jumaat lepas..SO kena la balik kampus 7 Jun ni tuk berlatih lagu baru pulak..2minggu je aku cuti..Huhu..Maksudnye tak dapatla aku nak belajar piano..

BUAT RAKAN2..SEBARKAN..

TAWARAN BELAJAR PERCUMA DAN PELUANG PEKERJAAN TERJAMIN..

Ni aku kutip dari blog YB Taufek selaku ADUN Paroi Seremban kawasan perumahan aku..Boleh lah sebarkan kepada sapa2 yang berminat dan memerlukan lebih2 lagi yang terdesak..Zaman ni memang susah nak cari duit..Lagi2 dengan macam2 Barang Naik..

Dalam usaha membantu golongan Bumiputera Melayu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan mencari peluang pekerjaan.

Terdapat 4 sasaran kumpulan yang boleh menyertai program ini:

1.Lepasan SPM
2.Lepasan Kolej/Universiti
3.Mereka yang telah diberhentikan kerja
4.Golongan Ibu Tunggal

Tiada sebarang yuran atau kos dikenakan untuk mereka yang berminat untuk belajar.Sejurus tamat kursus yang akan dikendalikan diantara enam bulan sehingga setahun, para peserta dijanji dan dijamin pekerjaan.

Dalam tempoh kursus para peserta akan mendapat elaun bulanan.Elaun bulanan adalah serendah RM210.00 dan setinggi RM500.00 sebulan.

Walaubagaimanapun untuk golongan yang telah diberhentikan kerja Elaun bulanan adalah RM500.00 sebulan.Jika ada diantara yang telah diberhentikan kerja ini telah berkeluarga dan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak, Elaun bulanan adalah RM800.00.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Perhotelan, Automobil, Elektrik, Mekanik, Jahitan, Masakan, Pelukis Pelan, Seni Taman (Landscape), Komputer, Pentadbiran dan lain-lain kursus popular masa kini.

Pusat kursus adalah di Seremban dan Port Dickson.

Mereka yang berminat di minta hubungi perantara program ini iaitu Encik Faiz Bin Abdullah ditalian 016 - 232 5689.

Tarikh tutup pendaftaran program ini adalah pada 12 Jun 2009.

May 17, 2009

MungKiN..

Kumpulan nasyeed aku..

Aku mungkin akan berhenti berbloging seketika kerana sampai hari rabu ni ada perkara yang lebih penting perlu diselesaikan.Yakni pertandingan nasyeed terbuka kat Johor..Aku tak tau ape sangat,Suiz btau cakap ada bende Allah tu,die tanye aku free tak,boleh join ke tak,aku pun sambar jela..Bila lagi nak berbakti kat universiti ye tak??So kepada kawan2 sekalian doakan aku berjaya..Kalau ada connection or hot spot kat mane2 aku try la update pape yang perlu..Ok..Wasalam...

May 16, 2009

Pergh..Berasap..

Aku nak pergi latihan nasyeed..Dah time ni..tapi badan sakit2..Al Maklumlah sekarang ni musim hujan..Motor kapcai aku tu buat hal pulak..Tayar belakang xdak angin..Nak g petronas isi angin jauh..kawan2 sume dah balik..So ape lagi,aku pun ponteng la dengan suke hatinya..Esok dah nak bergerak ke lokasi pertandingan..Basic voice dh padu..3rd voice aku pun dh polish bagi habis mantap.Gaya pergerakkan dah hafal,tinggal pakaian jela..Takpe,malam kang aku pegi la latihan tu..Tapi ni dah terpaksa membazir sebab aku kena makan sendiri..Kalau x,aku dapat makan makanan free yang HEP sediakan..Baik HEP aku ni..Makan dengan duit poket bagi kat ktorg..Huhu..

Tapi dengan tengah serabut ni aku bukak la pulak blog SIFOO MSK (Mat Saman Kati)..Ape la cite abg Mat ni..Memang best baca die membebel..hehe..Baca punye baca jadi sakit hati..Bukan dengan abag Mat..Tapi sikap bodoh sombong pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong yang still tak berkembang.Zaman blogging beb..Biarjela..Kalau SB pun nak wat ape..Hangpa salah ke??Kalau tak buat salah buat ape nak takut??

Mai pekena cite bodoh yang buat aku sakit hati ni..


perakexpress.com


Huhu..Duk selama ni aku tibai UBN je..Ni aku nak tibai kat PR pulak..Time2 sakit camni memang best tibai menibai..Bukan menibai ni dianggap lemah,tapi ni jenis sound direct je orang cakap..Pasal media ni memang susah.Puak2 PR ni kadang2 dah jadi bodoh sombong..Belum lagi memerintah Malaysia pun dah nak mendabik dada.Memang susah pun kes camni..Yang si ketua tau segala bende suh buat liputan,tapi ade la mangkuk2 yang buat hal..Tak tau tapi nak berlagak macam tau..

Kat geng2 kopiah,aku bukan ape,tapi kadang2 tu macam cepat sangat pandang serong dengan orang lain.Sebab tu gak kadang2 aku malas lepak ngan geng2 camni..Kesabaran dorg ni tak taula camne..Unpredictable..Bukan bermaksud berkopiah tu kesabaran macam yang dianjurkan Islam..Kalau zaman nak berdakwah dulu nabi dengan sahabat tak sabar dan cepat bebenor nak hukum orang,aku tak taula macam mana negara kita sekarang ni..

Kes camni aku cite mase aku join PROTES 1Juta rakyat kat Stdm Kelana Jaya jela (ceh..xsejuta pun,macam karnival sebab UBN memang tau rakyat memang cepat nak datang ke demo..Mana2 rakyat suke join demo..Tapi jangan ade pasukan FRU yang suke mengacau-bilaukan keadaan..Tu die bagi stdum tertutp,tak bagi buat kat padang terbuka..Ramai orang nampak nanti)

Ok..Kat stdum tu memula memang sikit..awal pagi lagi aku dah duk lepak ngan tv3..dorang duk belakang aku..Punye la susah media nak tembus tu..Patut ade la tempat khas media..Dah tu masa C'Dung buat aksi seorang budak TRASH punye show,kena belasah bertubi2..Pasukan AMAL memang terus blah mase C'Dung buat camtu..Nak harap kat AMK punye berapa kerat je pun sebab Pasukan AMAL yang lebih ramai pada awalnye..So sempat gak aku tahan abang yang pakai baju FUBU kaler merah..Badan besar 2-3x ganda dari aku..Bukan die seorang,ramai lagi yang lain..Bagus die marah,tapi cara mengamuk tu aku rasa macam tak berapa kena sangat..

Cukup sekadar menamatkan dengan mematikan segala bentuk sistem pembesar suara.Pihak yang bertugas menghentikan dengan cepat.Tapi ni pun satu hal..Bila orang dah duk mengamuk bebetul tak tahan barulah pasukan keselamatan nak bertindak..Nasib Hishamuddin Rais amek alih dan meletakkan kesalahan tu ke atas dirinya..

Yela beb,kalau nak cite pasal PAS je maybe la geng2 nasyeed je (tapi aku tau la ramai dak PAS minat lagu2 heavy metal sampilah ke RnB HOP,cume tak nak tunjuk depan2..)Tapi bab pakatan rakyat ni,dah ramai duk follow..Sebab tak suke dengan keangkuhan UBN yang terlampau.So dats y la dak2 TRASH tu ingat diorang diterima..Sebab diorg ingat korang macam die..Korang pulak ingat semua penyokong pakatan tu jenis style alim2..


Erm,masa memula aku datang member AIC tak datang lagi..Pastu barulah dapat sms dari kak Ninie (reformasigurl) yang dorang baru je sampai,tengah tunggu kat pintu masuk stadium.AKu dapat nasihat dari diorang yang suh hati2..SB ramai nak cari budak IPT..Diorang suh pakai topeng..Memang bagus..Tu ramai dak UM,UKM,UIA pakai purdah..Yang laki pulak ramai yang buat tak layan je ngan SB termasuk aku..Banyak gak gambar aku kena snap mase tu..Aku pun rase aku tak buat salah,so aku bolayan je..Biarkan je..Tak taula pulak lepas ni ape pulak yang kau kena kan..Tanggung jela..Yang aku tau aku tak buat ape2 salah pun..


Malam pulak aku dapat satu pot best..Dalam 5-7 meter je dari tempat berucap.Dahlah mase aku masuk stdum lepas abis solat aku macam kena kejar paparazi,orang tangkap gambar banyak2,rupenye laki yang botak+boroi jalan sebelah aku bertemankan pompuan macam cina tu Raja Petra.Haha..Sempatlah bersalam dan amek gambar die..Tu yang wat aku excited gile tu..Time ni aku dah malas nak lepak ngan geng2 AIC..kesian kat kawan aku yg bukan AIC..Malu join duk ngan AIC..So aku jalan belakang Raja Petra,dapatla pot best..hahaha..Untung jalan kat tempat tak ramai orang lepas solat tu..

Malam la baru ramai orang.Sebab Anwar Ibrahim datang nak berucap.Sebelum tu memang sikit.Dalam 10ribu-15ribu orang je (aku dapat tiket AJL hari tu ,stdium tu just muat lebih kurang 10 ribu orang member aku dah cakap penuh gile orang)..Tapi mase 9pm tu dah pertambahan mendadak,so aku anggar dalam 60-65ribu orang datang.(esoknye baca detik daily memang tu pun anggaran depa)..


Dalam 5minit Anwar berucap datang 2 orang apek(lelaki Cina).Siap bawak kemera besar dengan handycam yang macam nak shooting filem tu.Aku tengok ada tag press malaysiakini,kat kamera dengan jacket die pun terpampang bende yang sama..Susah pulak aku tengok die nak cari pot.Yang orang lain tak nak mengalah.Last2 aku dengan Amir bagi la dorang kat tempat kitorang.Huhu,so dapatla diorang view yang baik tuk video ceramah PROTES Anwar Ibrahim tu..Lagipun leh la aku dengar clear sket dari youtube sebab kalau dengar live pun sound bergema cam haram..*Time nia ku duk layan 2 orang adik kecik..Ayah die dengar ceramah punye syok tak tengok anak..Nasib aku jaga anak diorang sampai habis anwar berucap..haha


Herm..tula antara sikap penyokong Pakatan rakyat.Ramai yang buat pandang serong,buat palat ngan media..Pemimpin die ade la yang macam hampeh gak,lagi2 kat Selangor tu..tak semua..Ade yang dah buat kerek.Kesian kat Si Tan Sri Khalid sket.Buat la keje bebetul,jangan harap kat pangkat je.Tak payah berlagak..

Rejim Zionis Yahudi..Mengaku kalah..

written by ZulKiFLi


Satu akhbar Russia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:


Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kami pulang tanpanya.
Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.


Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat, sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita , sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah Hamas.

Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin-pemimpin Hamas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya,

"Siapa yang menakutkan siapa?"


Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas.

"Siapa yang menakutkan siapa ?"

Pemecah Berita:Mahkamah Pinda Tarikh perbicaraan!!!


Mahkamah Pinda Tarikh..

Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. ?. Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry.

Dengan pindaan ini, rakyat semakin pra sangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Hj Nizar. Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Hj Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Hj Nizar dipinda ke 21hb.

Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa dengan cara yang haram, dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.

Ini semua mengundang ketidakyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini. Rakyat sebenarnya sudah lama mempertikaikan institusi kehakiman sejak lama dahulu, lebih-lebih lagi selepas isu peguam Linggam yang gempar suatu ketika dulu. Apabila unsur ini berlaku pula kepada kes Hj Nizar, rakyat semakin tidak percaya kepada mahkamah di Malaysia. Kita bimbang rakyat akan bertindak di luar batasan undang-undang setelah ketidak percayaan kepada mahkamah sampai kemuncaknya. Adakah ini yang pemimpin BN mahu ?


Aikk..Zambry sekejap je diluluskan rayuan walaupun kes kat mahkamah rayuan masa tru ade 3..Tapi Nizar masa hari membuat permohonan tu takdak kes (sehari selepas Zambry berjaya membuat permohonan di mahkamah rayuan),tapi Nizar punye kes ditetapkan akan dibacakan pada 18hb mei..Tapi la ni dah berubah..21 mei..Herm..Macam ada perkara pelik yang akan berlaku..Kan???

Kebanyakkan rakyat Perak telah mengharap agar DUN dibubarkan manakala Najib Razak seakan bersetuju DUN Perak dibubarkan dengan mengatakan atas kehendak Sultan..tetapi jika diteliti disitu ada satu yang tersembunyi..Sultan akan membubarkan DUN apabila penasihat baginda (yakni MB) menghadap memohon perkenan dibubarkan DUN..

Lantas sebab itu Zambry kelam kabut..Dan mahkamah dipergunakan tak sampai 19jam Nizar mendapat kemenangan di mahkamah Tinggi..Dengan Sultan tak ada kat Istana pulak..So Zambry terselamat seketika..Rayuan Nizar yang akan dibacakan pada 18 mei mungkin akan memihak kepada Nizar juga,lantas cara yang paling ideal untuk menghalang DUN daripada dibubarkan adalah dengan mengenepikan Nizar dengan usul UNDI tak Percaya dalam Dewan..

Mungkin pada 21 mei nanti usul Undi tak percaya kepada Nizar telah diluluskan dan Nizar secara sah bukan dan tak akan lagi mendapat hak dimana2 sebagai MB yang sah walaupun Zambry dengan secara terang lagi bersuluh telah menjadi MB haram selama lebih 100 hari ini..

Dan apabila Nizar tak ada kuasa sebagai MB harapan rakyat musnah untuk melihat DUN Perak dibubarkan..Dalam erti kata mudahnya,tidak akan ada pilihanraya semuala di negeri Perak..Itulah maksud tersirat Najib DUN Perak akan dibubarkan atas kuasa SUltan..Kehendak Sultan..tetapi Sultan tak akan bubarkan jika penasihat baginda (Menteri Besar) tidak menghadap memohon DUN dibubarkan..

Itulah permainan jahat UBN untuk memperguna Institusi raja demi menjamin tembolok dan kuasa mereka..

Selamat Hari Guru...

Selamat Hari guru buat rakan2 yang bergelar warga pendidik,kepada Umi dan Abah,kepada guru2 dari

Tadika Kemas Gentam,
Tadika Kemas Tmn Tunku Puan Chik Bahau,
Pra sekolah SK Serting Hilir,
SK Serting Hilir,
SK Batu Kikir,
SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS),
SMK Batu Kikir (Model Khas),
SMK Sains Seremban (SASER),
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Universiti Pendidikan Sultan Idris..

Jom layan 2 buah lagu dari Mirwana TQ Teacher dan Terima Kasih guru Nyanyian daripada Mirwana (album Terima Kasih Guru (2001)..Mase zaman sekolah lagi beb..memang masyuk..








Bila yang selamat jadi berbahaya..


Dari blog Razali

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Ponek den..

Huhu..Selamat jugak aku update template baru..Penat gila nak buat setting ini itu supaya apa yang ada sebelumtak hilang..Lagi2 blog kawan2 tu..Herm..Dengan tulisan yang kaler pun tak masuk dengan template yang baru ni..Al maklumlah yang lame tu macam agak emo sket template die..yang ni dah nampak lagi ceria..

So kepada korang enjoy la wajah baru blog aku ni..Aku penat dah ni..nak tidoq..Ni pun nasib dapat update sebab pinjam PC kawan..Sekarang ni laptop aku ade probs sket..tu yang leceh nak bukak bende Allah ni..OkLah..Nak tido dulu..Petang nanti ade latihan kat HEP then malam lepas isya' sambung balik..Huhu..penatnye..

OkLah..Wasalam..

May 15, 2009

Berita2 menarik yang tak ada dalam Media Arus Perdana (ProPaGanDa)



Boleh click pada tajuk untuk melihat laporan..

Sementara itu kes di Perak telah menenggelamkan perihal harga minyak yang bakal dinaikkan pada Sept ini..Ikuti laporan khas daripada webpanas..


  • Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
  • Langkah itu berkuat kuasa 1 September 2009 ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
  • Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.


Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada berkaitan dengan minyak petrol. Saya tahu mereka yang berkerja dengan Petronas, Shell atau Mobil akan marah saya tetapi ini realiti yang mana kebanyakan rakyat Malaysia ditipu atau tertipu. Untuk pengetahuan semua, RON atau dikenali sebagai Octane Rating merupakan pengukuran rintangan dalam bahanapi (fuel) terhadap detonataion (engine knocking) terutama enjin nyalaan palam pencucuh. RON number sebenar bergantung kepada ratio mampatan sesebuah enjin (compression ratio).

Jika ratio mampatan lebih tinggi, maka itu adalah lebih baik kita menggunakan minyak RON yang lebih tinggi. Selain itu pemilihan RON hendaklah merujuk kepada prestasi enjin tersebut. Penggunaan bahanapi RON tinggi sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap enjin prestasi rendah seperti enjin motorsikal honda dan sebagainya. Penggunaannya hanyalah satu pembaziran.

Adalah sedia maklum bahawa RON yang tinggi iaitu RON 100 ke atas digunakan oleh enjin lumba formula one. Kita sedia maklum bahawa kelajuan kereta formula one adalah hampir 300 km/jam dan putaran per min aci engkol lebih daripada 10000 rpm. Persoalan di sini adakah enjin kenderaan kita merupakan enjin prestasi tinggi sama seperti kereta formula one. Jika kita lihat USA mengguna RON 87 dan untuk Europa pula adalah RON 91-92 yang kenderaan biasa kenapa kita tergila-gila dengan RON 97 atau 95. Siapakah yang menasihatkan kerajaan tentang penggunaan kedua minyak ini atau kerajaan berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan membebankan rakyat.

Harga minya mentah dunia (setahun) diramalkan US 68 per barrel (www.oil-price.net) atau RM239 per barrel. Harga minyak mentah seliter adalah RM1.50, maka itu pada mulai 1 sept 2009, RON 97 dihasilkan dengan kos tambahan RM0.50 manakala RON 95 pula adalah RM0.25.

Oleh yang demikian sama-sama kita fikir adakah 1 Sept nanti kenaikan minyak ini adalah membantu atau membebankan kita. Harga pasaran normal di negara2 lain pada hari ini adalah RM1.31 per liter..


HANYA RAKYAT MALAYSIA SAJA BODOH /DIPERBODOHKAN UMNO/BN BAYAR LEBIHH

May 14, 2009

Politik kampus..

Jika selama ni aku bising dengan politik semasa negara,ada juga sebabnya..Sebab aku tak ada keja lain..Selain terima tawaran show,dengan program persatuan,hal2 pelajaran dan segalanya tak tahu apa lagi yang sepatutnya aku nak buat..Politik kampus??Lebih berbahaya daripada politik semasa negara..Politik kampus kita lebih ditekan,jika politik semasa negara kita banyak tempat merujuk,tetapi jika politik kampus??

Sebelum ni pernah aku terjerumus ke kancah politik kampus..Sebabnya aku jadi wakil calon kepada seorang calon favorite yang mungkin susah nak dicari mana cacat celanya.Nak kata tak pandai,memang dia diiktiraf pun dalam fakulti,nak kata lemah,dia kuat walaupun ditekan sebelum ni dengan macam2 kerenah,nak kata dia ni lemah pegangan agama,perggghh..tak payah cakap,mantap jugak PQS + PSI yang dipelajari dulu dan diamalkan sampai sekarang..Kalau ramai lepasan sekolah agama dah mula pakai tudung biasa,dia tak tinggalkan lagi jubah dan tudung labuhnya..

Tudung labuh??Ehh..Fadh ni jadi wakil calon perempuan rupanya..Ya..memang aku jadi wakil calon perempuan..Tak ada apa masalahnya pun.Nak kata aku skandal dengan Saudari Aqilah..huhu..Dah aku anggap akak aku sendiri..Aku terlalu respect Aqilah berdasarkan kepetahannya berhujah,keberaniannya serta kharisma yang dibawanya..sehingga saat ini,diriku sudah dicop oleh puak2 Aspirasi sebagai orang kuat ProMahasiswa..Untuk ProMahasiswa seantara Malaysia,yups..Aku supporter korang,tapi bagi di kampus sendiri aku bukan sesenang itu mahu menjadi pendokong..Aku akan lihat kepada calon..

Pertama aku lihat pada personalitinya,aku tak kisah seseorang itu geng kopiah atau tak,geng tudung labuh atau tak,yang paling penting dia harus tegas dan berani mencabar dan dicabar lebih2 lagi jika berhadapan dengan pihak y7ang lebih berautoriti,yang penting suara kecil dibela..

Yang kedua,kemampuan seseorang itu bekerja..Itu sahaja..Yang lain aku tak ambil peduli..Kalau lembutnya lelaki tu pun dia,kalau bukan Islam pun calon tersebut,aku tak main dengan politik sempit ni..Sorry to say but it's true.. Tapi kalau dah siap2 memang sah2 PONDAN tu aku reject awal2 la..Lembut aku tak kisah..huhu..

Aku ambil konsep pilih musibah paling kecil..Aku merasai sendiri terlibat dalam program apabila pemimpinnya dipilih adalah berdasarkan kepada sesuatu yang disukai ramai..Tetapi mereka tak boleh berkerja dan tak bertanggungjawab,sangat sukar untuk melaksanakan tugasan program dengan baik..

Sama macam hal diluar kampus..Apabila parti yang aku suka memilih hanya si POSMEN atau mereka yang pernah bergelar CAMERAMAN seketika untuk video yang menggemparkan negara yang kita tak tahu mana satu kebolehannya untuk memimpin,mereka WAJIB ditolak..Mereka yang korup hanya pecah amanah sebahagian daripada kewangan dan mereka yang tak boleh langsung mengurus dan mentadbir pula mendatangkan kerugian yang lebih besar sehingga larinya pelabur2..Hal itu lebih dahsyat bukan??

Jadi berbalik kepada tajuk,politik kampus telah membuatkan diri aku tersepit,aku mengenali kedua pihak dengan mesra,sebelum aku jadi wakil calon aku dah biasa bergaul dengan mereka yang sememangnya kuat aliran Aspirasi tetapi selepas itu,kedaan nampaknya berubah..Terasa sedikit berbeza daripada mereka selepas itu,dan untuk geng yang digelar ProKebajikan pula aku memang tak sealim mereka..Juga terasa ketara,tetapi ada banyak pendapat yang sama sebab itu mungkin aku lebih dilihat seperti mereka..


Mengenai diri yang dituduh sebagai dalang upsikini dan macam2 lagi,terpulang kepada kalian.Tetapi aku tak terlibat apa2 pun dalam komplot itu.Masakan aku yang baru sahaja di kampus masa tu dapat menghasilkan dan mengumpul maklumat sedemikian rupa.

Sememangnya ada banyak maklumat rahsia yang aku simpan seperti kes2 menggemparkan mengenai lawatan ke Kemboja dimana terdapat beberapa individu yang telah melakukan sesuatu yang tak disangka,mengenai tapak kampus baru,tender pembinaan bangunan,hiasan bunga dan juga tender tapak konvo..Juga luahan rasa tidak senang mengenai peruntukan setiap persatuan yang tak pernah diberikan dengan setimpal,mengenai bas dan sebagainya.Bukan aku seorang saja yang mengetahui maklumat tergempar tersebut,ramai lagi yang mengetahuinya secara langsung.Tetapi kami semua tak terlibat dalam perbalahan politik kampus yang sering mahu berlumba2 dilihat sebagai wira dan pejuang mahasiswa

Kepada MPP harap boleh melakukan sesuatu tindakan yang berhemat dan cekap seperti mana janji kalian semasa berkempen.Untuk membawa suara mahasiswa,kalian mempunyai hak bersuara yang diiktiraf sebagai wakil kepada warga kampus.Ketepikan fahaman politik dua hala dan bekerjasama untuk mempertingkat KUALITI dan KEBAJIKAN warga kampus.

Penggal pertama mereka yang telah terpilih sudah habis dan hanya tinggal penggal kedua sebelum mereka meletakkan jawatan masing,tampuk pemerintahan akan dibubarkan dan akan dipilih calon yang baru..Nasihat aku kepada kedua belah pihak,pilih calon terbaik..Bukan hanya dari satu sudut,tetapi sudut yang lebih universal yang boleh diterima oleh kesemua warga kampus serta tidak sombong apabila berhadapan dengan pelajar lain..Wallahualam

Selamat Bercuti Kepada kawan2 sekalian..Aku tak dapat cuti lagi..Ada hal sikit kat kampus..

Amin Ahmad: Krisis Perak,Yang terampas dan terputus

Amin Ahmad

Suka atau tidak, selepas lebih kurang tiga bulan, situasi di negeri Perak Darul Ridzuan kini seakan tiba di penghujung, dan ia tidak mudah. Untuk tempoh tiga bulan, penggemar politik ‘berbalah’ di mana-mana dan ia tidak reda berselang seli kata nista dengan dakwaan “kami yang paling benar”. Ia turut mengundang beberapa beberapa tokoh untuk melontarkan pandangan mereka antara lain Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian rakyat Perak lelah, tapi ia bukan hujah paling ampuh untuk kerukunan sebuah negara. Ada banyak pengajaran besar dari krisis Perak yang nampak dan tidak. Ia sebuah pelajaran besar sementara demokrasi di Malaysia menuju kematangan dan kematangan politik dibina melalui pergelutan idea, bukan indoktrinasi ‘Politik Matang’ ala ceramah Biro Tata Negara (BTN).

Apa yang boleh kita renung dari krisis besar ini?

1. Lompat Parti

Ramai yang melihat krisis ini sebagai tempelak kepada agenda 16 September yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh peralihan kerajaan Pusat melalui lompat parti sekitar 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) atau mereka menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Pada satu perspektif, ia benar. Tapi sayang, kita gagal melihat bahawa lompat parti adalah hak yang dijamin Perlembagaan! Maka untuk saya ia bukanlah masalah prinsip dalam sistem demokrasi, hanya moral, itupun boleh didebatkan jika peralihan sokongan ini adalah untuk melawan kezaliman, korupsi dan salah guna kuasa. Apa yang mungkin boleh dicadangkan ialah wujud satu peraturan bahawa jika Yang Berhormat (YB) mahu mengalihkan sokongan, wajarlah mereka meletakkan jawatan dan dibenarkan bertanding semula. Di sana, rakyat diberi mandat untuk mengundi sama ada mereka memang mahukan YB ini sebagai individu atau perjuangan parti.

2. Kuasa Sultan dan Undang-Undang

Tidak nampak timbul pertikaian tentang hak Sultan untuk bersetuju melantik Menteri Besar (MB), cuma yang timbul ialah kuasa memecat MB tatkala ada peruntukan undang-undang khusus tentangnya.

Tentu saja kita telah membaca dan mendengar banyak perbincangan yang objektif tentang pertikaian ini – dari persoalan Akta Interpretasi dan sebagainya. Namun, apa yang harus kita pegang ialah prinsip Kedaulatan Undang-Undang atau biasa disebut Rule of Law (pemerintahan berasaskan undang-undang), dan bukan Rule by Law (diperintah oleh undang-undang).

Sultan tidak harus menjadi undang-undang walau sehebat mana pun latar belakang pendidikan dan kasih sayang serta taat rakyat kepada mereka. Dengan ketinggian akal-budi, Sultan wajar memilih keadilan sebagai landasan prinsip membuat keputusan dan ia bukanlah perkara baru melainkan pengulangan wadat Demang Lebar Daun dengan Raja Sri Tri Buana dalam kisah Bukit Saguntang.

Suka atau tidak krisis di Perak ini mengheret persoalan lanjut tentang seluruh Institusi Diraja dan individu Raja itu sendiri di Malaysia.

3. Persoalan Sultan, Melayu dan Islam

Antara hujah politik yang muncul dari krisis Perak ialah kuasa, ketuanan dan hak Melayu tercabar. Hujah ini bukan baru, malah didendangkan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 disahkan. Percubaan demi percubaan menjustifikasikan hujah ini berterusan sampai sekarang dan tidak nampak ada tanda ia akan surut. Hujah ini kian kuat bergema apabila keputusan Sultan Azlan menyebelahi UMNO-Barisan Nasional.

Sebenarnya bukan salah Sultan untuk bersetuju bahawa YB Zambery memiliki sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Yang menjadi masalah ialah apabila Sultan dijadikan perisai untuk menjustifikasi tindakan membelakangkan undang-undang, dan tentu saja ini yang menjadi perdebatan panjang. Maka, soal Hakim Mahkamah Tinggi “jika YB Zambery yakin mendapat sokongan majoriti, kenapa tidak menggunakan saluran undi tidak percaya di DUN” adalah hujah yang paling ampuh. Di sana timbul persoalan – siapa derhaka bila Sultan dijadikan perisai perlindungan bertujuan politik?

Sultan tidak wajar beranggapan keputusannya sentiasa betul dan adil serta tidak ada apa-apa yang wajar difikirkan lantaran keputusan mereka. Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan simbol ketuanan Melayu-Islam tidak wajar membiarkan maraknya emosi rakyat melalui simbol ini kerana di sebalik nama Islam itu terkandung nilai-nilai yang lebih besar daripada simbol. Inilah asas yang wajar diperhatikan.

Prasangka kaum dan agama tidak wajar diangkat menjadi undang-undang yang membunuh persaudaraan kemanusiaan.

4. Eksekutif dan Legislatif

Pada saya, ini adalah hakikat yang lebih sukar diterima berbanding persoalan YAB Nizar kehilangan majoriti di DUN. Aneh, sedang sidang Dewan belum bermula, tiba-tiba usul muncul dan diterima sebagai peraturan yang wajib dipatuhi sehinggakan campur tangan kuasa eksekutif ke dalam badan legislatif dijustifikasikan rentetan darinya.

Dan lebih celaka apabila ia diambil sebagai kebenaran oleh media massa dan khalayak bebal! Tidakkah mereka punya sedikit rasa malu menjadi tangan-tangan yang menghancurkan sebuah sistem kenegaraan?

5. Majoriti dan minoriti

Ini adalah persoalan besar. Dalam sebuah negara demokrasi yang sihat, sentiasa pentadbiran politik tegak dengan prinsip pemerintahan majoriti dengan penjagaan hak minoriti (majority rules and minority rights). Kegagalan memahami konsep ini menjadikan ahli politik angkuh dan sentiasa merasakan mereka tahu apa yang terbaik dengan alasan “majoriti bersama kami”.

Agak menarik untuk dilihat: apabila lompatan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ia menjadikan BN majoriti di DUN, tetapi belum tentu mereka beroleh undi popular rakyat. Hal ini sama seperti di peringkat persekutuan: BN menguasai sekitar 51% undi dan PR menguasai 49% undi tetapi perwakilan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat jelas menunjukkan jurang ketara.

6. Pegawai Kerajaan

Ternampak bagaimana pegawai kerajaan sebahagiannya tersepit dan sebahagian lain gagal menjalankan tugas secara professional sepanjang tempoh krisis ini berlaku. Ternyata kita memerlukan perubahan besar-besaran untuk mendidik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar tidak tunduk dengan ahli politik, tidak kira dari parti mana pun mereka apabila ia bersabit hal membelakangkan undang-undang.

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri wajar mengangkat kepentingan desentralisasi kuasa dan menunjukkan kematangan kerjasama untuk memacu demokrasi yang sihat di negara ini. Dengan adanya kejelasan aspek ini, banyak aspek pengurusan dapat diselesaikan. Permainan politik kuasa tidak selamanya relevan dan menanti masa untuk dihukum.

Dari seluruh krisis yang berlaku di Perak, apakah yang tidak kena? Wajarkah kita pergi kepada sistem Republik dengan Pilihan Raya Presiden serta penubuhan Senat? Tentu saja ini boleh didebatkan.

Benarkah rakyat yang berkuasa dalam sistem kepolitikan negara? Jika tidak, siapa?

Saya hanya ada satu permintaan buat masa ini: bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan berilah rakyat membuat keputusan mereka. Usahlah dikhuatirkan sangat dengan biaya Pilihan Raya kerana ia juga adalah duit rakyat dan sejak bilakah kita peduli dengan pembaziran dan salah guna wang rakyat?

Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University. Kini merupakan Penyelidik bagi Malaysia Think Tank.