Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 29, 2009

Kelesuan...

Aku nak share something yang aku terjumpa dalam blog seorang yang dah berpengalaman..Kire otai gak..AKu pun xkenal sapa die..Tapi artikel memang bagus dan bermanfaat..Aku copy paste kat sini..

Pensyarah Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Encik Khairol Anuar Masuan, berkata kelesuan ada kaitan dengan kekuatan bekerja, makanan kurang berzat, kebimbangan dan kemurungan, kurang tidur, tekanan mental dan sebagainya.

Beliau percaya kebanyakan orang tidak cukup tidur sedangkan menjadi fitrah manusia untuk tidur tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

"Apabila tidak cukup tidur, masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya. Memang sesuatu yang lumrah seseorang akan mengalami kesukaran untuk tidur jika dalam keadaan tertekan atau sakit," katanya.

Menurutnya, jika itu bukan puncanya, cuba jauhi minuman kopi enam jam sebelum waktu tidur dan hanya masuk ke bilik tidur apabila terasa letih.

Jika tidak juga mengantuk selepas 20 minit kemudian, bangkit dan baca buku atau tonton TV sehingga anda benar-benar mengantuk.

Encik Khairol yang juga perunding psikologi di sebuah pusat kaunseling menegaskan bahawa lazimnya wanita, bayi atau kanak-kanak mudah keletihan kerana anemia yang berpunca dari kurang zat besi -- darah kekurangan hemoglobin iaitu bahan yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

Tahap hemoglobin boleh menurun kerana memakan makanan kurang zat besi, terutama di kalangan mereka yang hanya makan sayur atau yang mengawal makan untuk melangsingkan badan, atau akibat kehilangan darah.

Beliau percaya, turut menyumbang kepada rasa kelesuan itu ialah apabila seseorang merasai diri mereka lebih rela mati daripada hidup seperti ketika mengalami perceraian, kehilangan pekerjaan dan kesihatan yang semakin merosot.

"Jika kesedihan yang amat sangat mengganggu kehidupan harian, anda mungkin memerlukan rawatan untuk kemurungan. Namun, sesetengah orang dapat mengatasi semua itu dengan bersabar kerana masa mampu mengubati segala-galanya," ujarnya.

Penghidap apnea (gangguan sementara pernafasan) akan terbangkit dari tidur beberapa kali setiap malam, selalunya tanpa disedari.

Gangguan itu boleh menyebabkan keletihan, katanya, sambil menambah apabila apnea menyerang, saluran nafas bahagian atas terganggu dan menyekat pernafasan. Tanda-tandanya ialah dengkuran yang kasar dan tercungap-cungap. Bagaimana untuk mengetahui sama ada kelesuan yang dialami berpunca dari kemurungan dan bukan sesuatu penyakit seperti selesema?

Encik Khairol percaya mereka yang kemurungan sering berasa letih sebelah pagi dan keletihan itu datang sekali-sekala. Mereka biasanya tiada semangat untuk melakukan sesuatu yang selalunya digemari, tidak ada daya tumpuan, ingatan atau keupayaan membuat keputusan.

Sebaliknya, orang sakit akan berasa segar selepas berehat satu malam tetapi akan merasa semakin letih menjelang petang, katanya.

Encik Khairul mengesyorkan beberapa taktik pemulihan:

Aturkan jadual harian. Tentukan apakah yang terpenting dan pastikan apa yang hendak dilakukan.

  • Mulakan hari anda dengan berjalan seketika bagi mengembalikan tenaga dan menghidupkan 'jentera' badan.

  • Jangan gopoh. Jadual yang tergesa-gesa merampas tenaga kita.

  • Lakukan hanya apa yang boleh. Jangan hanya pandai menyanggupi setiap tugas yang diberi tetapi akhirnya tidak berupaya melaksanakannya.

    Sediakan senarai, tentukan keutamaan anda dan tandakan kemajuan, dengan melakukan sebaik mungkin tugas yang ada dalam tangan.

  • Jaga berat badan. Ini kerana beberapa paun berat tambahan pasti mempercepatkan kelesuan.

  • Makan dengan teratur. Jangan tersilap pilih makanan. Jangan abaikan makan pagi. Makan secara ringan.

  • Makanan yang seimbang penting untuk membebaskan diri dari kelesuan atau keletihan.

  • Tidur adalah tonik. Amalkan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam setiap malam, dan rehatkan mata sejenak waktu siang.

  • Rehatkan otak dengan meditasi, bersembahyang atau mendengar alunan muzik yang menenangkan.

  • Banyak minum air kerana ia perangsang tenaga. Berendam dalam kolah mandi pasti melenyapkan terus kelesuan.

  • Ketawa juga penawar. Selitkan kehidupan kita dengan jenaka dan gurauan.

  • Usahakan perubahan. Sahut cabaran baru. Lakukan kelainan terhadap sesuatu pendekatan. Cergaskan diri nescaya hidup akan bertambah ceria.

    Ingatlah bahawa menerokai sesuatu adalah fitrah manusia. Ia mendatangkan banyak keseronokan dan mencungkil sumber tenaga dari dalam diri kita. Lakukan sesuatu yang digemari. Luangkan masa untuk membaca, pergi berkelah, mengunjungi kawan dan ceriakan diri.

    Kehidupan bukan untuk bekerja semata-mata. Kita perlu rehat.

    Cuba patuhi panduan mudah ini, insya-Allah anda tidak lagi diganggu kelesuan.

posted by Bin Abu Bakar

Antivirus365.net


Tiada yang lebih memudahkan selain mempunyai pusat setempat untuk melakukan segala urusan keselamatan PC. Itulah yang ditawarkan di laman web www.antivirus365.net iaitu laman web yang dibina khas oleh Kaspersky Lab dan pembangun tempatan bagi menyediakan produk, sokongan dan portal talian setempat untuk pelanggan serta pengguna mendapatkan maklumat mengenai perisian antivirus popular itu.

Disebabkan selera pengguna kini yang semakin berbeza-beza dan perkembangan dunia Internet yang kian meningkat, pendekatan atau ‘trend’ menjual perisian menerusi Internet itu dirasakan dapat memberi cara baru kepada pengguna untuk memastikan komputer dilindungi daripada ancaman virus dan Malware berbahaya dengan
hanya klik, bayar dan sedia untuk dipasang. Malah pengguna tidak perlu bimbang atau menunggu siang hari untuk mendapatkan antivirus komputer kerana ia beroperasi 24jam sehari, setiap hari.

Menariknya, laman web antivirus365.net ini juga boleh diakses oleh negara lain di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan banyak lagi di mana urusan jual beli juga dibuat mengikut matawang dan bahasa tempatan masing-masing, semuanya menerusi alamat domain yang sama. Menurut Pengarah Jualan Antivirus365.net, lebih banyak bahasa juga akan disediakan untuk laman web ini di masa akan datang.

Selain produk perisian Kaspersky yang boleh dibeli secara talian, pengguna juga boleh memperbaharui lesen perisian mereka dan mendapat diskaun. Pengguna boleh memuat turun perisian percuma untuk tempoh percubaan 30 hari sebelum membuat keputusan membelinya dan beberapa ciri lain yang memudahkan pengguna mendapatkan servis serta maklumat yang diperlukan sebelum dan selepas pembelian.

Salah satunya ialah ciri Live Support yang membolehkan pengguna sembang dalam masa sebenar dengan juruteknik atau tenaga mahir bagi sebarang soalan mengenai produk Kaspersky. Jadi tidak perlulah anda buka buku manual yang tebal untuk ‘troubleshoot’ perisian. Sembang sahaja untuk mendapat jawapan segera (meskipun buku panduan boleh dimuat turun). Masa menunggu untuk juruteknik ini respon tidak mengecewakan. Dalam beberapa minit sahaja mereka akan melayan pertanyaan anda. Tapi pastikan fungsi ini ‘Online’ dahulu ya.

Artikel sepenuhnya dalam Majalah PC APR 2009

Anas Kog mintak maap..

Hehe..aku jumpe ni kat blog mak cik sakiiinah..
huh..jeles gile mak cik sakiiinah telah bercuti di rumah..
aku sangat tnsion kat sini..tgh exam lg ni..
c'mon..3papers to go..
Esok Chemistry..then Mechanics
dgn Ordinary Differential Equations..
Cayok!!!Aza Aza Fighting!!

Then aku abis exam..nk merayau ramai2
kat bukit cerakah ..geng2 fizik..
get ready duit masing2...
Tahla..Dengar cite best..
Dah alang2 nak support Malaysia punye
destinasi pelancongan,lagipun leh
mengeratkan ukhuwah fillah member2..
So aku layan jela..Janji ade mase lepak sama sat
sebelum berpisah 2bulan...

Oh..tuk vdeo Anas Tahir yg pernah aku bagi dulu
Ni die punye video mintak maaf..Aku semak youtube
satu je pun delete..banyak lagi yang lain..haha..
so korang tgk la yang mentera beradu tu..paling gile kot..
Apa2 pun..Kog tetap dihati..



speech MakCik Sakiiinah..
Image Hosted by UploadHouse.com

PAS..Apa sudah jadi???

Hehe..Aku kembali lagi dengan isu politik..
Walaupun dah buat kenyataan blog aku bukan blog politik,tapi macam biasa,dah semua orang duk bercerita kes politik..Semua orang kecoh ,bising pasal politik..Aku pun duk bisingla..Aku kan kepoh sikit..Kenapa aku cakap semua orang??Sebab majoriti yang bising..So sesiapa yang cakap salah,sila kemukakan bukti..Nanti senang aku bagitau hangpa apa maksud politik dan hal-hal yang terkandung dan dipengaruhi politik..

Okies???

Hah..Terbaru ni kes blogger2 Upahan UMNO/BN dah mula bising..Hal orang2 kuat PAS (kuat ke??) aka Pemimpin2 PAS yang duk menghadap BPN (Blogger Pembela Negara)..

Nama je beb..aku iktiraf..Kalau hangpa nak panggil Blogger Pembela N**IB pn boleh je..Ok..3orang semuanya..Apa kes??Sebelum ni ada rakan supporter PAS 4eva yang duk mintak kat aku explain apa maksud aku tentang PAS yang kelam kelibut..Aku bukan kata PAS je kelam kelibut..Nak tengok PKR pn kelam kabut..DAP pn ada gak kelam kabut (parti paling relaks,sikit isu) dan UMNO xpayah cakap,tahap kelam kabut tak boleh nak dibendung sampai terpaksa menggunakan semua media menutup kelemahan mereka..

Tapi mungkin ada segelintir penyokong PAS yang tak mengikuti kes dalaman parti..
Jadi bila ada yang menegur atau mengata perihal dalaman PAS,akan melenting..Relaks beb..Majlis Ulama atau yang betul2 sustain dengan perjuangan memang xda apa..Masalahnya yang duk gila nama,pangkat n kuasa ni je..Kes dalaman parti penting beb..Nak muktamar dah ni..Korang nanti yang sebagai ahli PAS berdaftar kena la mengundi,kalau setakat supporter tu tolong la berkempen tuk calon2 yang korang suka dan rasa boleh harap bukan yang duk gila jawatan,gila nama,gila apa2 saja..

Kalau Nizar tu dikatakan gila kuasa aku xsetuju..Nizar pejuang beb..Yang bagi aku gila kuasa
orang2 yang duk muncul masa senang ni je..Kat TV kite boleh la tengok mana muka2 yang
kerap muncul..Tapi kat media Pakatan Rakyat die slow..Sapa??tah..hangpa check la sendiri..
Aku suggest media terbaik tuk tengok sumber paling mendalam korek korek korek sampai tahap lubang cacing kat BloggerNetwork Perak terutamanya..Ini orang memang berani mati punya..Semua die tibai..Anwar Ibrahim pun die tutuh...

Ok..Kes PAS jumpa BPN..Nah..baca sampai habis..(BLOG GERAKAN ANTI PKR)
Then nanti korang baca gakla pasal isu lain dalam GAP ni..GAP ni memang banyak pun pembaca..Sama dah macam AIDC..AnwarIbrahimDotCom..

Korang baca entri sebelum2 ni..Ada kes Erdogan vs Muzakarah..
Team Muzakarah dianggap team yang support golongan ulama PAS manakala team Erdogan dianggap team yang support Anwar Ibrahim..Tapi tak ke pelik sebab majlis Syura Ulama banyak putuskan seperti apa yang dituntut atau dilaungkan golongan erdogan ni gak..Macam kes kerjasama dengan UMNO dan sebagainya..

Hahahaha..Memang lawak la..Dah tu anggap pulak yang ulama2 dalam PAS ni cakap xserupa bikin la,kutuk itulah,kutuk inilah...Aku pun pelik mana pendirian depa ni..Tapi xpala..Semua politik punya pasal..dah jadi gila dan makin pelik..

Yang aku nak tekankan kepada supporter PAS,janganlah mudah duk memberontak..
Dua tiga kerat je yang buat hal..Lagipun aku tengok Majlis Syura Ulama PAS
yang paling terbaik dalam semua perkara..Malah menjangkau pemikiran kesemua
yang ada dalam Pakatan Rakyat..Sebab tu aku yang sebagai kipas susah mati Pakatan Rakyat
mengimpikan Anwar Ibrahim sebagai PM sebab pengaruh dia dalam politik dunia Islam dan Barat tetapi dengan syarat Anwar Ibrahim WAJIB dikawal Majlis Syura Ulama PAS..

Mentaliti mereka aku tengok sekarang dah makin hebat.Jadi penasihat Anwar seperti Mahathir Mohamad tak diperlukan.Aku lebih menyukai golongan Erdogan yang xnak berkerjasama dengan UMNO/BN demi Melayu..PAS xperlukan title Melayu,tetapi bawalah imej Islam tu..Ada di Selangor dan Perak yang kemaruk sangat agaknya atau tak berfikiran rasional sebab dulu xdapat berkuasa..Relaks beb..Kat Perak dulu pun masa DAP mintak ADUN BEHRANG (kawasan aku) si bekas Posmen tu jadi MB,PKR pun reject..Last2 bagi kat Ir Nizar..So korang dah nampak lum yang ukhuwah menentang kezaliman tu jangan gilakan jawatan???

Cuba la bawak2 bersabar..Saat ni ramai dah mula tertatik dengan PAS,aku sendiri pun dah mula nak berjinak dengan PAS sebab xdecide parti terbaru lagi ni..4sure sekarang ni memang aku Pro PKR..tapi mana tahu demi sesuatu yang lebih diredhai aku akan pilih PAS ke..So moralnya,bila orang dah suka,janganla buat macam HARAM (ni bahasa muda mudi,so janganla cepat tergadah ek member2 PAS)..

Apa2 pun,support CALON PKR utk DUN PENANTI..UMNO/BN xjumpa calon lagi..
Bak kata teman2 blogger yang lain..UMNO/BN takut tersungkur lagi..
Dah 4 PRK kat semenanjung semua kalah beb!!

La ni kat Penanti xda Isu..Fairus support calon baru,Fairus xda masalah
dengan pemimpin tertinggi parti,cuma seorang makhluk
sengal dalam PKR yang buat laporan SPRM dan juga paling pelik
diberi keistemewaan berucap dalam TV pada masa PrimeTime!!
Hah..malaun sekoq ni je yang Fairus ada masalah..




Sama2 kita nantikan...

Faisal Tehrani perli Najib Altantuya??

Hehe..Best betul aku dengan seorang penulis muda ni..Best2..Die ni bagus..Ramai yang respect termasuk Prof Emeritus Dr Abdullah Hasssan.Walaupun umum mengetahui die anti Anwar,dan aku ni supporter Anwar,aku nak peduli apa..Asalkan die ni memang bagus dan cakap memang serupa bikin punya..



Pertandingan Lagu '1Bihun' Cetus Polemik Bahasa


Batu Berendam, 28 April 2009 - Pertandingan mencipta lagu '1Bihun' anjuran UBMO kini menjadi kontroversi setelah sekumpulan penyokong PPSMI menyatakan mereka mahu lagu-lagu '1Bihun' yang menyertai pertandingan tersebut dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. Bagi menerjemahkan hasrat mereka, kumpulan penyokong tegar PPSMI bercadang untuk menganjurkan sebuah konsert bertaraf antarabangsa yang akan mengundang artis terkenal dari seluruh dunia untuk menyanyikan lagu-lagu hit mereka mengenai bihun. Objektif konsert tersebut ialah supaya hadirin yang datang dapat belajar tatabahasa Inggeris menerusi lirik lagu-lagu dengan bahasa internasional.

Konsert tersebut dijangka akan dianjurkan pada 30 Mei ini di Penanti.

"Kami telah menghubungi Datuk Michelle Yeoh dan Datuk Shahrukh Khan untuk menjadi pengacara konsert hebat ini kelak. Tapi belum dapat jawapan." Kata penganjur 'Konsert 1Bihun International', Cik Sharon Mok. Tema konsert antarabangsa ini adalah 'I Felt Very Clever Singing 1Bihun in English'.

"Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan ialah 'My Bihun Will Go On' oleh Celine Dion, 'I Will Always Bihun You', dan 'I Wanna Bihun With Somebody' oleh Whitney Houston, juga 'A Bihun to Cry On' oleh Tommy Page, 'I Drove All Nite to Bihun with You' nyanyian Cyndi Lauper, Opps I Ate Bihun Again dendangan Bitney Spears; dan bagi menyuntikkan minat generasi muda, kami juga telah berjaya mendapatkan Kelly Clarkson untuk menyanyikan lagu 'My Life Would Bihun Without You.' Acara pembukaan akan diserikan oleh kumpulan underground Meet Auntie Bihun. Untuk memastikan konsert ini tidak dibantah oleh mana-mana pejuang bahasa atau sasterawan negara kami telah mendapatkan isteri Datuk Mujib, Rokiah Manja sebagai penaung. Jadi tidak ada media akan membuat bantahan melainkan media alternatif. Kami hanya ingin memastikan pelajar-pelajar kita dapat kerja dan pandai bertutur bahasa Inggeris setelah mendengar lagu-lagu best ini."

Cik Sharon Mok juga menambah pemilihan Rokiah Manja ialah kerana kegemarannya memakan bihun. Untuk memeriahkan konsert, pelekat kereta istimewa dengan slogan 'No Bihun No Life' akan diberi percuma untuk setiap pembelian tiket berharga RM 45 ke atas. Konsert dalam bahasa Inggeris ini juga akan dilancarkan oleh Che Det, pengasas PPSMI. "Kita pilih Che Det sebab dialah satu-satunya rujukan intelektual PPSMI. Kita cari juga kalau ada rujukan intelektual yang lain. Tapi tak jumpa. Nak buat macam mana."

Buletin Berita Hairan menghubungi pengarang prolifik Faisal Tehrani yang telah menyatakan bantahan rasmi mengenai usaha penganjur konsert tersebut, "Saya terperanjat. Ini tidak dapat diterima akal. Bila saya kata saya setuju dengan pertandingan lagu '1Bihun', saya bersetuju kerana ia dinyanyikan dalam bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Bukan bahasa Inggeris. Saya telah menghubungi rakan-rakan di Kena dan Sindiket Soljah (yang terkenal dengan slogan 'Jom Pekena Bihun'), jika mereka tidak membatalkan rancangan itu, kita akan ambil tindakan. Kita akan berdemonstrasi."

Dr Abu Hasan Hasnullah dari UM turut menyelar usaha pihak terbabit, "Ini suatu yang ajaib. Kalau dilihat dari segi future studies usaha ini akan membantutkan perkembangan budaya kita."

Beberapa blogger anti '1Bihun' juga mulai memperkenalkan logo 'Tak Nak Bihun' di alam maya.

Sementara itu Pengarah Dewan Bihun dan Popia yang dihubungi enggan mengulas perkara tersebut. "Oleh kerana mereka telah mengambil Rokiah Manja, kita terpaksa tutup mulutlah. Lagi pun kita tak suka isu bihun dipolitikkan."

Namun begitu pengarah Dewan Bihun dan Popia yang bertanggungjawab menjaga kepentingan bihun dan popia sebagai makanan kebangsaan mengakui pihaknya sedang berusaha memperkasa bihun dalam rangka memantapkan konsep '1Bihun'.

"Selain berjaya menjadikan bihun dan popia makanan rasmi setiap kali selepas miting dan seminar, kita juga telah mencipta banyak pepatah dan peribahasa baharu supaya bihun tidak dipandang rendah lagi. Ini pun ada enam yang baru disahkan oleh jawatankuasa penilai."

Antara pepatah dan peribahasa yang dimaksudkan ialah:

1. Terperanjat bihun: Terperanjat yang tidak begitu terperanjat.
Contoh ayat - Zinni terperanjat bihun apabila disergah temannya, Zan.

2. Seram bihun: Tidak begitu seram.
Contoh ayat - Pengulas filem terkenal Manisha berpendapat filem Rasukan Ablasa hanyalah seram-seram bihun sahaja.

3. Lemah bihun: Betul-betul lemah, sangat lemah.
Contoh ayat - Bohsia yang dibelasah sekumpulan mat rempit itu ditemui lemah bihun ditepi belukar berdekatan Kampung Cubadak.

4. Buta bihun: Pura-pura tidak nampak.
Contoh ayat - Yasmin sengaja membuta bihun apabila bertembung dengan Ammar.

5. Putih bihun: Putih yang tidak begitu melepak, putih yang menyamai putihnya warna bihun mentah.
Contoh ayat - Nabil mencintai Erma kerana kulit teman wanitanya itu putih bihun.

6. Seronok bihun: Terlalu seronok sehingga mengalir air mata.
Contoh ayat - Kami seronok bihun pada malam keraian kelmarin.

Oleh kerana itu, pengarah Dewan Bihun dan Popia berpendapat mereka tidak perlu lagi terlibat dalam budaya politik jalanan dalam usaha menjadikan bihun kembali bertakhta sebagai makanan kebangsaan. "Itu sahajalah yang terdaya kita lakukan dalam rangka memperkasakan bihun." Ujar beliau dengan nada tidak bermaya.

Exco kebajikan UBMO, Datuk Muis Piatu yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan lagu '1Bihun' bagaimanapun melihat usaha penyokong PPSMI tersebut dengan nada positif, "Saya seronok-seronok bihun mendengarnya. Ini bermakna '1Bihun' telah mulai berakar umbi dalam kalangan masyarakat. Tidak lama lagi semua kita akan berjaya dibihunkan yakni semua kita akan kembali makan bihun."

Cik Sharon Mok menjelaskan selain konsert '1Bihun International' mereka juga bercadang untuk mencari sutradara bagi mengarah filem baharu 'BihunTime' yang akan menampilkan penyanyi terkenal Jack Victor berlakon. "Filem ini juga dalam bahasa Inggeris." katanya lagi sambil senyum terkulum.

Tak Sangka..

Huhu..Lepas aku upload hal UMNO makin terdedak aku pun terus macam biasa nak baca berita dari Malaysiakini satu akhbar yang paling aku suke sebab tak berat kepada mana-mana pihak,akhbar yang paling telus dan adil.PKR,PAS,DAP dan terutamanya UMNO/BN perlu mencontohi Malaysiakini..Tapi kalau Harakah,Suara Keadilan,Roket tu aku faham la,tu kahbar parti,cuma akhbar yang nak digelar akhbar rakyat ni la perlu diberi penekanan.Macam mana nak sumber telus kalau kat sebelah pihak ja??Nanti kes jadi macam UPSIkini yang budak2 ASSpRACIST xpuas hati la pulak..hehehe..Sori moderator..Aku mintak ampun promo blog hang kat sini..

So apa yang aku xsangka ni??Hah..Ni la die yang aku xsangka ni..

Image Hosted by UploadHouse.com


Masuk dalam Hot Topic..hehehe..Sebagai budak hingusan yang kena resdung dari kecik sampai la sekarang memang aku berbangga blog aku ade terpampang kat Malaysiakini.Dah la blog aku ni bukan blog politik walaupun aku Pro Pakatan Rakyat..Hehe..Tu je..saja nak mencapub kat kawan2..Kat blogger dan pembaca lain xperlu kot..Sebab aku punye blog ni blog picisan je kot...

UMNO makin terdesak??

UMNO dilihat sekarang semakin terdesak apabila menggunakan PAS sebagai
satu alat picisan untuk melemahkan Pakatan Rakyat..UMNO juga mahu melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan kes anak yang lahir dalam agama bukan Islam tidak boleh mengikut ibu atau ayahnya yang telah memeluk Islam (perlu kekal dengan agama asal sehingga umur 18tahun).

PAS sudah tentu mendesak hal ini diubah.Ada antara golongan DAP pula yang akan menghalang hasrat murni PAS.Tetapi lebih baik lagi parti itu daripada parti yang rasuah,korup,penuh dengan skandal menculik,membunuh dan sebagainya.

Dalam Utusan Melayu(baca mengauta) UMNO dengan sewenang2nya mengeluarkan kenyataan sekerat2 PAS.Selama ini nak dapat kenyataan PAS susah dalam akhbar UMNO(NST BHD yakni Utusan,BH dan NST) tetapi hari ni memang mengejutkan apabila kita boleh lihat apa yang dilakukannya dalam website akhbar mereka.

Dalam Kolum Berita Utama..

Image Hosted by UploadHouse.com

juga berita ini.


Hasrat Nik Aziz dialu-alukan

Nampaknya mereka masih belum berpuas hati dengan TG Nik Aziz yang selama ini dianggap permata dalam Pakatan Rakyat.Setiap apa yang menjadi isu dari mulut TG Nik Aziz seperti PAS xpernah bina masjid,Orang2 yang menolak Quran ni dianggap Orang Utan terkena batang hidung mereka sendiri setelah mereka mengadu domba perkara itu dan menjaja ke serata negara.hehehe..Kadang2 kesian lihat parti busuk ni terus hanyir dan semakin berbau..mana maruah parti yang selama ini menjadi pejuang kepada agama dan bangsa??

ISU ORANG UTAN:Antara Kebenaran dan Pembohongan


Haih..apa2la labu..asalkan hang bijak menilai berita2 yang ada sekarang..
Tula UMNO..

Orang duk ada web,ada blog die nak ikut..Tak sedar diri agaknya orang duk boikot akhbar die,nak xnak dengar je berita yang ada kat TV pasal apa..Rakyat bukan xda masa sibuk dengan kerja,tapi rakyat xsuka dengan penipuan2 die..tu yang rakyat pegi pulak alternatif lain kepada sumber blog..ada paham???kalau UMNO xsedar hakikat ni,xperlu la kot nak berblog..Tapi xpe..teruskan..Hit mana yang tinggi..Cyber Tropers UMNo apa habaq??Sihat???

Apr 28, 2009

Orang Islam Tuntut Ladang Babi-Malaysiakini

PPIM: Segerakan sistem ladang babi moden


Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan.

"Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin.

Katanya, kepimpinan baru perlu membuktikan kesungguhan bagi melaksanakan pembaharuan tersebut.

pig farm and dirty river"Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus dan mencemarkan alam sekitar, telah mengunding pelbagai kesan pencemaran pada alam sekitar dan risiko pelbagai penyakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PPIM berharap isu tersebut tidak dianggap 'tidak berkaitan', hanya kerana toleransi yang tidak kena pada tempatnya.

Sebaliknya, kata beliau, PPIM mahu ia diberi perhatian serius demi memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus dan mencemar alam tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat Malaysia pada masa depan.

PPIM juga menggesa kerajaan mengambil langkah serta kerjasama proaktif dengan pihak berkaitan untuk membangunkan sistem pencegahan bagi mencegah sebarang penularan wabak maut, terutama dengan kebanjiran warga asing yang membimbangkan di negara ini.

"Rakyat negara ini harus dipertahankan tanpa sebarang kompromi," kata Noor Nirwandy.

Corntoz..best sangat ke???











Apr 27, 2009

Smart School

Malaysia intends to transform its educational system in line with and in support of the nation drive to fulfil vision 2020.This vision will only be achievable with a technologically literate.critically thinking work force prepared to participate fully in the global economy of the 21st century.The catalyst for this massive transformation will be technology-supported smart school.which will improve how the educational system achieves the National Philosophy of Education.

The smart school initiative is one of the seven flagship applications that are part of Malaysia's Multimedia super corridor(MSC) project.The government aims to capitalise on the presence of leading-edge technologies and rapid developement.90 pilot smart schools in 1999 will serve as the nucleus for eventual nation-wide rollout of Smart School teaching concept and material,skills& technologies.By 2010,10'000 of Malaysia's primary & secondary schools will be smart schools.

Smart school is a learning institution that has been systemically reinvented in terms of teaching-learning practices& school management in order to prepare children for the information age.

Teaching and Learning Concept

The way to memorize it..CPAT(or cepat)

C- Curriculum
P- Pedagogy
A- Assesment
T- Teaching-learning materials


Curriculum
+Meaningful,socailly responsible,multicultural,reflective,holistic,global,open-ended,goal based & technological.

+Promotes holistic learning,allowing child to progress at their own pace and catering for students capabilities,interest & needs

+The curriculum will be designed to:
Help students achieved overall balanced developement.

+Integrate knowledge,skills,values & correct use of language

+Foster the knowledge,skills and attitudes appropriate for success in the Information Age.

Pedadogy

+seek to make learning more interesting,motivating,stimulating & meaningful

+To cater for a range of needs & capabilities among students

+Pedagogy shall:
a)use an appropriate mix of learning strategies
b)accomodate individual different learning styles
c)foster a classroom atmosphere that is compatible with different teaching-learning strategies.

Assessment
+Distinctly different from current system to help realise the NPOE(Falsafah Pendidikan Negara)

+Element-based & criterion-referenced to provide more holistic & accurate picture of a student's performance.

+Teachers,students & parents parents will be able to access on-line assessment items.

Teaching-Learning Material

+ Designed for the new teaching strategies

+Accomodate students differing needs & abilities

+Allow students to take greater responsibilites for managing & directing their own learning.

Credit to Idrul

Apr 26, 2009

SiHiR..dosa besar kedua setelah Syirik

Kenapa orang suka main sihir??
Kenapa mesti buat sihir dan kenakan orang lain??
Kenapa perlu busuk hati sangat sampai tergamak mengenakan orang sampai sedemikian rupa?
Nak lihat orang lain terseksa??
Apa tak ada cara lain untuk bersaing atau menerima takdir Allah??
Apabila kehendak hati tidak dituruti atau tidak sehebat orang lain
dihantar bala tentera terkutuk untuk menyakitkan orang tersebut..


YaAllah..kenapa wujud insan sedemikian rupa..
Apakah pembalasan yang seharusnya diberikan kepada
mereka.Apa yang perlu dilakukan terhadap mereka??
Sememangnya kita sakit hati apabila mereka yang menggunakan sihir ini
menganiaya pihak lain tanpa sebab musabab.

Dengan bersebab juga ianya tetap dilarang.

Selalu orang2 yang berada dikawasan2 kampung menggunakan sihir
tak terlepas dengan orang2 berada yang ingin mengejar pangkat dan kekayaan.
Adakah mereka ini golongan yang baik2??
Hati mereka penuh dengan najis dan lebih hina

daripada binatang khinzir..Selidik teman kamu atau sesiapa sahaja.
Adakah kamu mahu hidup bersama dengan si pengamal sihir??


HUKUM
Perlu difahami orang yang melakukan perbuatan sihir yang diistilahkan sebagai “sihir”, tidak akan melakukan sembahyang seperti biasa. Sekiranya ia melakukan sembahyang, seperti yang kita lihat, sembahyang adalah tidak diterima Allah. Mesti difahami bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Bererti bahawa orang yang sembahyang tidak akan melakukan perbuatan sihir, kerana sihir itu adalah sebesar-besar kemungkaran dan kejahatan. Sembahyang mencegah pelakunya, iaitu orang yang melakukan sembahyang itu daripada melakukan kejahatan. Bererti biarpun orang yang melakukan perbuatan sihir itu sembahyang, dia sebenarnya tidak sembahyang dalam erti kata sebenar.


Orang yang melakukan sihir seolah2 telah menjadi kafir..

“Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi SAW, beliau bersabda:’Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun)) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW”
(HR. Abu Daud).

Rasulullah SAW bersabda : ‘Barangsiapa mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari.”
(HR.Muslim).

“Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, ia berkata:Rasulullah SAW bersabda:
‘Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain),yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW.”
(HR. Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid).


Rawatan

Justeru aku nak share sikit alternatif untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir atau kaedah nak merawat sihir ni..Menggunakan ayat Quran sahaja..Penggunaan ayat al-quran ini dikonsepkan sebagai doa.Al-quran merupakan ubat dan mampu untuk merawat penyakit dalaman dan luaran.

Firman Allah surah Al Isra (82) yang bermaksud;

"Dan Kami turunkan daripada al-quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman"


Rawatan Pertama

Menggunakan Tasbih Yunus dalam surah Anbiya (87)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Fadhilat:Dibaca 100x pagi dan 100x petang supaya kita elak jin keluar/masuk badan, insyALLAH(selepas subuh dan maghrib)

Rawatan Kedua:

Membaca zikir berikut setelah solat shubuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ


Tidak ada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya, seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

Fadhilat:
Seratus kali, sebuah hadist shahih yang diriwayatkan dari nabi shallallahu `alaihi wa sallam," barang siapa yang mengamalkannya dalam satu hari, pahalanya sama dengan memerdekakan sepuluh orang budak, dituliskan untuknya seratus kebajikan, dihapuskan darinya seratus kesalahan, dan di hari tersebut dia terjaga dari gangguan syaitan hingga petang, dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali orang yang mengamalkan lebih banyak darinya." HR.Bukhari-Muslim.

Rawatan ketiga

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.)

Rawatan Keempat.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
(Dengan nama Allah yang bila disebut maka segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui )
Ulang sebanyak tiga kali kecuali tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya. (HR. Tirmidzi. Dan dia berkata: Hadits hasan shahih)

Rawatan Kelima

حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَآَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
(“Allah-lah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung.”)


Bagi mereka yang telah terpesong jauh,bawalah mereka ke jalan yang lurus..

Cuba cari jalan untuk membawa mereka ke pangkal jalan dan doakan moga mereka diberi petunjuk atau pembalasan setimpal akibat perbuatan terkutuk mereka.

Sebagaimana firman Allah..

“Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui.”


Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis perbuatan tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah SWT memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar sentiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah dengan segala sangsi-sangsinya kepada mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala perbuatan keji yang mereka lakukan. Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia !

SUMBER RUJUKAN

1)Darul Syifaa' (Tuan Guru Dato' Dr Haron Din)
2)rawatansihir.com(Al Quran sebagai As Syifa)

Apr 25, 2009

Dugaan..



Herm,hari ni sungguh memenatkan..
Aku malam tadi xpat tido..
Dengan bestnye melayan cerita Tanah Kubur
yang pernah tertengok kat ria dulu..Then tu yg aku upload dalam blog ni..
Dah abis tu aku layan pulak Gol&Gincu Season2 The Series..
Sampai la subuh..

Lepas subuh pun aku still xpat tido..
Aku rase semacam..Aku pun pelik kenapa aku rasa semacam..
Susah sangat nak tido..Normally lepas solat subuh aku terus dapat tido..
Tapi ni dah jam 8lebih pagi pun aku xpat tido..

Ape lagi,aku capai hp then started text her.
Tanya die dah bangun ke belum..
Nak ajak die breakfast sama..
Tapi masa tu awal lagi..
7am..Tapi no respon..
text ke2 aku mntak die call aku
ASAP if dh bangun..then xsedar pape aku pn ttdo dlm 8lbh tu..

11am..Hp berbunyi..Ade call..
Owh My Gurl call..Aku jawab..
Tapi bkn suara gurl aku..
Kawan die..Herm..
Die cakap gurl aku tu
sakit n kena kejarkan kat hospital..
hilang banyak darah..Ya Allah..
Dugaan apa pagi2 ni..

Kat Hospital doc cakapla yang gurl aku tu kurang darah..
Doc siap marah lagi cakapdah teruk sampai tahap macam tu baru
nak bawak g hospital..

Memula check dulu..
Tapi then,kena tahan Wad..
So 3pm tadi die dah sah kena tahan wad..
Aku duk teman die je sampai la dkat 9pm tadi..
Sedih+kesian aku tengok die merana macam tu..
YaAllah..Sebagai laki aku ada ego..
So aku tahan n bagi semangat kat die..
Tak boleh tengok orang yang kite sayang menangis beb..
especially gurl..

Masa tengah teman die tibe2 Abang Muhammad Devotees
mesej aku ajak lepak..Die ada kat area
rumah aku(Bahau).Tapi sebab sekarang minggu aku exam,
ada kat Tg malim pulak plus dgn keadaan my girl yang
agak teruk,aku cakap la xpat..

TQ abg Muhammad bagi nasihat+support kat adik engko
yg sorang ni..Harap Abg punye konsert Show Gempak Astro
malam ni berjaya..

Then My Gurl cakap esok kena scan lagi..
Dan masuk ubat tuk stopkan bleeding..
Kalau scan kali ke2 esok still tak tunjukkan
perubahan means die kena tahan wad lagi..

Macam mana la nak exam selasa ni..
Tak dapat study..Harap die boleh
jawab exam kat hall macam biasa
bukan kat hospital dengan tangan bercucuk
jarum nak masuk mineral+darah..Tak pe,esok pagi
pergi lagi Hospital Slim temankan die
then study sama2 dengan die kat sana..

InsyaAllah..


Walau apapun aku nak ucap terima kasih kpd semua kawan2
esp geng2 TmnU yang sanggup menolong tadi..
Bersusah payah tuk die..



Kepada CheKam,Idrul+dak2 umah aku dan tak lupa kepada
Miss Nadia Farhana my exgirlfriend yang sangat supportive..
TQ 4 ur BIG HANDS guys..Moge semuanya berjalan dengan lancar..
Doakan die sembuh cepat ye..InsyaAllah..Amin...

Tanah Kubur..

Aku nak share sikit cerita dengan korang..
Cerita ni dah lama..Aku pernah tengok cerita ni
kat Astro Ria..Hal ni selalu berlaku dalam Dunia kita
yang penuh pancaroba dan hipokrit..

Macam mana dengan anak yang tak dapat langsung didikan agama
Yang memang tak tahu apa2 ajaran solat,baca quran dan bende2 basic..
Sedangkan yang alim ulama boleh terjerumus ke lembah kehinaan
inikan pula yang tak pernah tahu menahu hal berkaitan dengan agama..

Memang hak hidayah tu milik Allah..
Tetapi jika ianya berlaku kepada kita??
Apa yang mampu kita ungkapkan??

Sama 2 kita saksikan kes yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam Malaysia..







Ni start kes bagi semua cerita ni..Orang kaya,yang kuat menderma,terkenal,tapi mati mengejut,xda sapa baca yassin.Anak bini kawan semua buat tak tahu,semua gila harta.Orang alim juga yang diharapkan,bila nasihat orang alim tak mahu diterima,tapi bila dah mati semua baru nak merujuk kepada orang2 alim.



Yang ni lagi la teruk.Bila selalu sangat dengan lifestyle si nasara,sampai tatacara agama sendiri pun dah tak tahu..Anak cakap malay pun dah tak tahu.




Ni sesat punye Tok Imam..Bende camni leh lak main booking2 dulu..
Tapi nak wat camne.Pembalasan..Orang2 kaya camni tanah kubur mana penah pikir..
Orang ade tanah pun die rampas buat Projek..yang nak buat tanah wakaf diketepikan...
Untuk kawasan macam elit la..Yang budget lifstyle bandar..Aku UpTown,Aku hebat..kan??Ceh..cam haram..





Bagi aku vids ni betul la..Baca Quran tu boleh..Tapi kena tau gak perasaan orang lain.Tak salah kiranya nak menegur Pak Mat baca kuat2 masa tengah malam.Kalau aku dalam situasi tu,aku pun mintak Pak Mat slowkan bacaan.



Camni la agaknya style orang2 kaya tipu orang miskin.Roboh rumah orang sesuka hati,kemudian buat rumah kos rendah.Orang miskin xmampu beli tolak,then die buat bisnes.Ni
kire kawtim dengan kerajaan la buat kerja haram ni.Kalau x,mana boleh suke2 nak buat projek.Kroni2..Kes macam kat Selangor zaman Khir Toyo jadi MB..



Kes2 ni Ustaz Akhil Hayy pernah cerita.Mostly apa yang ada dalam cerita ni Ustaz Akhil Hayy
memang pernah cerita cuma pengarah bagi situasi lebih hidup dan menampilkan gaya hidup datuk2 dan datin yang ingat duit dan harta saja..




So amacam??Harap korang enjoy dengan cerita pertama yang aku tampilkan khas dalam blog aku ni..Kita ni pun kena beringat..Nauzubillah.Harap tak menerima nasib yang sama.Sebab tu kita tak payah la depan nak tunjuk baik sangat tayang kat sini sana nak menderma semua semata nak mengejar pangkat dan nama.Biar orang tak tahu apa yang kita buat,janji ikhlas.Jadi je diri sendiri.Orang nak cakap apa pun cakap je.Harap kita sendiri je la macam mana.InsyaAllah..

AlFatihah buat Arwah Yusni Jaafar dan doakan buat M Rajoli moga sihat walafiat..



Apr 24, 2009

Ini Lahanat NAMANYA!!!



Dr Daniel dan aku masa Majlis Penutup Karnival PMSUPSI..Huhu..Pening die kena bawak rayau Tg Malim..Cik Farhana Husna je tau hal ni kot..

Bila SIS (sisters in Islam) dah meracuni minda anak2 gadis..
cm2la jadinya..SIS pun xtutup aurat,macam mana nak dakwah orang??
Kes Suffiah Yusof tu dulu Si Ustazah(Ustazah ke??) Mashitah yang
disuruh bimbing dan bawak die ke pangkal jalan..
Masalahnya Si Masyitah sendiri cakap Islam membenarkan pelacuran
dalam keadaan terdesak.Perempuan Islam dibenarkan melacur
untuk mendapatkan duit..Herm..pelik2..

Majlis Fatwa dihina sebab keluar fatwa pasal pengkid
pun NGO2 yang sibuk laungkan macam2 retorik keluar TV buat
laporan polis pun xkedepan..semua senyap..napa??
xkan sebab Marina Mahathir (anak Madey),Anak Pak Lah Imam Hadhari
dengan Sharizat Jambul(Ktua Wanita UMNO) ada dalam SIS xberani nak
masuk campur kot??huh..cam haram..

Apr 23, 2009

GHOST SEASON2: EPISODE 1

Aku dah tengok..Wah..best2..
Lama aku menunggu..
Tak suke tengok dari web 8tv..
Kenapa aku xsuke??sebab tah ape prob aku pn xtau..
ssh sgt nak buffering kalau gne IE..
kalau gne FireFox pulak,xsupport..
Aku dh dwnload adobe installer tu pn
xjadi gak..ahh..nsb baik ade bende Allah ni..

8tv GHOST @ YOUTUBE


Tengah hari tadi lepas abis paper
Bimbingan dan Penasihatan aku layan..
Die pun betul2 baru je upload..
Serius puas hati..hehe..

Hari tu tah cmne Ahad aku terlupa
cite ni ada..Rajin gile aku
g study kat library.Exam la katakan..
Tu yang macam miss sgt tu..
So kepada user 8tvGhost..
TQ so much!!!

Untuk episode 1..
Sangatla..macam biasa,buat kite selalu
nak tau ape yang terjadi seterusnya..
Sebab tu la aku download semua series GHOST1 dulu..

korang try la layan gak..Tapi if korang jenis
yang memang tak pernah tau lifestyle sekarang,dinasihati jangan tengok
cerita ni..Sebab cerita ni terlalu honest tuk tunjuk gaya hidup
masyarakat melayu yang duduk kat KL..
Cerita ni berbeza dari cerita melayu yang lain
yang badget orang kaya2 dan berpangkat tinggi..

Apr 22, 2009

ISU MEMBAZIR..KERAJAAN HARAM PERAK SANGGAH NAJIB RAZAK

Sumber asal adalah Bernama tapi sebab Utusan MengAuta lembab dalam
menyalurkan maklumat dan suke mengauta,maka beginilah jadinya..

Perak beli Perdana ganti Camry
22/04/2009 6:09pm IPOH 22 April — Kerajaan negeri Perak akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong pada 4 hingga 18 Mei ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

“Kita telahpun membuat keputusan bahawa kita akan kembali semula kepada Proton kerana itu adalah kereta yang menjadi lambang kebanggaan negara dan sewajarnya kita kembali semula menggunakan kereta ini sebagai kereta rasmi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Bernama


hahaha..

Aku nak tergelak tengok permainan politik semasa sekarang ni..Dalam media massa yang dikongkong dan semakin jatuh kedudukan Msia dalam indeks kebebasan akhbar,

1)NAJIB ALTANTUYA xnak bertanding di PENANTI..

"Membazir wang rakyat (duit kerajaan negeri + persekutuan)"

ISU PANAS berkaitan PRK DISINI

2)Tp Mahathir suruh jugak bertanding..Atlast Najib memang dikawal Mahathir.Pak Lah yang lembik tu pun mampu lawan mahathir inikan Najib yang mempunyai isteri paling rakus yang garang n ada banyak stock C4..Kesian Najib..Manja rupenye..patutla bibir pun seksi..haha..

3)PAS nak bertanding dan marah PKR..DAP pun marah PKR..sebab Fairus belum lagi dibuktikan bersalah..Selagi belum disabitkan bersalah,PKR xsepatutnya mengecam Fairus.Ada bukti,tunggu la sampai perbicaraan..Tengok apa jadi dengan kes Malaun 2 ekor yang khianat Perak,si Osman Jailu pesara tentera + Si Kucing Hitam Jamaluddin Posmen Tg Malim..Kes rasuah 180juta senyap begitu sahaja setelah menyokong UMNO..Woit PKR,bagi jela PAS..kang memekak xsudah2..Jangan sampai kes tu jadi macam kat Bukit Gantang.Korang PAS kena ingat,BloggerNetworks tu ramai style sosialis n hentam je semua kalau xkena walaupun depa tu mostly Pro PKR..Aku banyak tengok gak PAS ni cantik kat luaran,tapi kelam kelibut gak dalaman..

4)Woit..Camry tu kau lelong..tau ke konsep lelong??Siapa beli tu ek..kalau lagi murah dari harga pasaran,pergh..memang lagi bazir duit rakyat!!

5)Sudahlah kes proton perdana V6 ni cepat rosak,nak selenggaara n baiki kos tinggi.Semak apa yang Ahmad Said Terengganu bentangkan isu Idris Jusoh selenggara kereta2 kerajaan negeri sampai 1.8juta tu setahun..Bazir x duit rakyat??

6)Kerajaan Terengganu pakai Mercedes Compressor skg ni..ape cite??Lagi mewah n mahal dari Camry..Bazir duit rakyat x??Nik Aziz cakap tak sebab kereta Merc tu susah rosak n selenggara tak tinggi macam V6..

7)Kerajaan Sarawak pakai apa??Volvo!!!Pergh..lagi ganeh + dahsyat..aku pun xtau la nak cakap macam mana..Indeks kemiskinan tegar terengganu n Sarawak top ranking 5 kat Msia ni masa aku check dulu..Kelantan punye indeks tak seteruk 2 negeri ni tadi.tapi apa yang 2negeri Terengganu n Sarawak ni buat??

8)Nak tunjuk jati diri??Lagi membazir..pegi dah..Kereta Camry yang bagus dijual murah,beli pulak kereta mahal yang senang rosak yang akan kuar duit rakyat setahun berjuta tuk bayar kos baiki je tu nama die xmembazir dan jati diri??

Memang gile sungguh politik BN kali ni..

Apr 21, 2009

Persidangan di Perak..

Lihat video ni..pemikiran kritis dan kreatif sangat diperlukan..

Video ini adalah Video daripada puak UMNO..suke menipu dan ambil sekerat2..



Dah tengok sampai Habis????
Pernah dalam video ni cut2 apa yang Anwar cakap..
Terlalu nampak yang tangan dan nada berbeza seperti di Cut..
Dalam video menipu tu anwar cakap negara ini "BUKAN MELAYU" yang punya tapi India yang punya..Cina yang punya..hehe..


So apa yang Nizar cakap???
Cube teliti kembali..

TaufiQ
mengatakan:

IR Nizar bertanyakan soalan kepada dato' tajol :

Nizar : Dimanakah dalam transkrip2 PAS dalam memorandum ker perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan nak melaksanakan Negara Islam??? Saya mintak pandangan dan mintak jawapan??

Dato' seri tajol tidak menjawab pun soalan tersebut.Yang ada hanyalah satu kecaman dan tuduhan yang ingin mencemarkan perjuangan PAS selama ini.



http://i216.photobucket.com/albums/cc310/cruel86/manifesto%20pas/krajaan%20adil%20bersih%20amanah/10.jpg
http://i216.photobucket.com/albums/cc310/cruel86/manifesto%20pas/krajaan%20adil%20bersih%20amanah/12.jpg

Pelik juga, Kenapa susah sgt nak balas balik persoalan IR Nizar seperti di bawah ini:

Tajol : Ya, saya sudah baca dengan teliti dan memang benar matlamat penubuhan PAS ialah negara islam.

Saya percaya, kalau Dato' seri tajol berani membalasnya seperti di atas.Pasti IR Nizar akan menjawab :

Nizar : Kalau sudah tahu atau mengerti.Kenapa beria-ria sangat mahu menentang perjuangan PAS selama ini?Kenapa tidak menghormati sahaja perjuangan PAS selama ini??Kenapa menidakkan pengaruh dan kepercayaan rakyat kepada PAS??

Akhir kata, inilah senjata anpuh BN dalam mencemarkan perancangan dan strategi PAS.




Seorang Sahabat Seperjuangan Hafidzul menukilankan apa yang terkandung dalam hatinya seperti dibawah..

Fasal 3 .
Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .

Fasal 4 .
Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .

Fasal 5 .
Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah

1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .

2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

" dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan."

Surah ali – imraan : 104

Fasal 6 .
Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :


1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .

2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

" Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin

Tajol rosli bertanya atas tujuan apa?Jika benar dia(tajol rosli) dan hamba Allah yg beristighfar tu benar2 mengenali perjuangan PAS yg dahulu,dan beristighfar pula atas ayat 'denial' ir nizar,kenapa mereka2 ini tak turut serta pd perjuangan ini?istighfar si hamba Allah ini menunjukkan dia membenarkan perjuangan islam PAS,tp dia tak sertai perjuangan PAS.

cara mereka aku simpulkan sbg taktik politik yg cuba memecahbelahkan musuh mrk,bukan atas dasar semangat seorg muslim.Percaya atau tak,depa mencuba isu pokok bg penyokong PAS sendiri.

Cara nizar satu taktik politik supaya tak terjerumus dlm perangkap isu yg ditimbulkan oleh tajol rosli.

petikan daripada kata-kata saidina Ali :

"Perjuangan yang benar dengan tidak mempunyaj strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi".

YB Ngeh(setiwan) berdiri dan menjelaskan standing order ditunjukkan dlm video tu spt dia cuba membawa lari isu tu keluar.pendek kata mcm fikir yg pihak kerajaan dh tak boleh jwb konon.Tp aku lihat dia cuba cari jalan tenang melalui peraturan dlm dewan supaya ia x jd perkara dasar pulak yg nak dibahaskan,dan pihak pembangkang drp memanipulasi perkara ini.mmg ia berkenaan ttg hal ehwal bukan islam,tp apakah ptt perkara ideologi politik dimasukkan sekali dlm hujah tu semata2 nak kondem kerajaan?dan apakah perkara kebajikan dan hak rakyat tak termasuk dlm amanah pemerintahan islam?

p/s:aku plg suka bila ir nizar jwb ttg soalan tajol:

dr mnkah dtgnya perkataan baldatuntayyibah.warabun gahffur..?

nizar jwb:yg berhormat,itu adalah ayat al-quran mmg tlh ada 1500 thn lepas.

CheguFadh

Nizar sangat pandai bermain politik kotor UMNO dan memainkannya semula
tetapi tanpa disedari UMNO,die telah terpedaya.

Ngeh memberitahu persidangan itu dibuat adalah untuk manfaat rakyat,tetapi UMNO tidak mahu dna hanya membangkitkan perkara yang tidak berkaitan dalam memartabatkan dan memenuhi kehendak dan keperluan utama rakyat secara universal...

Nah,kalau macam tu,pelik gak sebab UMNO xbawa perkara ni dalam TV kan??sangat pelik,sepatutnya UMNO membesarkan isu ini,then hal ni xpayah debat dalam DUN,tapi debat la dalam TV secara LIVE dan dipancarkan ke seluruh Malaysia..Ada berani ka???



Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita :


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim