Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Feb 27, 2009

Neraka...




YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Luasnya Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:


Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..




SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'


Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.


Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.



Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-



1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.



Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '



Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.



Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Update...

Hehe..Blog aku ni dah jadi macam blog utk Perak la pulak..
Almaklum la,tinggal kat Perak skg ni..

Aku pun nak mintak maaf kat korang semua aku dah lama xupdate blog aku ni.
Sumber informasi tu aku baca dari blogger yang berpengalaman je,kemudian,aku inteprate gune bahasa aku.

Aku pun ada pandangan sendiri gak,bukan semua benda aku akan masukkan dalam blog aku ni.
Berkaitan dgn perihal pertelingkahan yang berlaku dalam pakatan rakyat yang memang ada kebenarannya tapi sengaja ditambah lauk oleh media lembu UMNO/BN..

Kes Elizabeth Wong.Korang dh tengok gmbar?
Aku dah.Aku rase xde la teruk mana pun.Standard la kalau penat2 tertido
atas sofa,xsempat bukak spec lagi.Aku pun selalu buat cm2,xcaye leh dtg tgk kat umh aku.
kekadang tu aku pagi2 bangun tgk ade spec lagi.Badget nak tido mimpi nanti clear je semuanya.hahaha..


Kain terselak..Tidak bermoral??Tahla..aku pun susah nak cakap..
Dah la die tengah tido..Fyi,die bukan Islam..Perkara yang terlalu comman lalaki perempuan duk serumah.Xcaye lagi?Korang tgk la rakan setugas n sepengajian korang..

Nak pulak kite tgk pemimpin2 Wanita UMNO??
Yang dgn sengaja tidak menutup aurat,malah ade lagi kes dgn
anak2 muda.Kes yg berlaku di Selangor tahun sebelum ni.Hal tu korang boleh cari sendiri.

Apa2 pun,aku nak share cite MatSamanKati terbaru.
Baru aku tau yang Mat Saman Kati ni lebih kurang je macam aku..
Sebab dulu mase zmn aku kuat lepak kat KPMU.Net n mana2 laman maya UMNO,
duk bahas macam2 ramai gak budak2 penyokong pakatan ingat aku ni blogger(wpn mse tu xde blog ni lagi,tahun 2007)

Then lps PRU,ramai gak yang cube contact aku mntak no Nurul Izzah,CheguBard n AMK yg lain..Aku pn mse Izzah mude2 je aku jumpe,mase DSAI baru kena penjara.CheguBard n Abg Shamsul Iskandar pun baru bape kali je aku jumpe...
Nasib gakla mase tu ade simpan contact no org2 kuat AMK ni..Sebab aku ni pn antara kipas susah mati AMK wpn aku bukan AMK.InsyaAllah la nanti satu ketika nak gak terlibat secara rasmi.

SO berbalik kepada kes Mat Saman Kati,korang leh baca kat sini..
nanti pandai2 la korang nilai sendiri..Aku dah penat..Aku nak tido pulak ni..

Wasalam..

Perak Untuk Dijual


UMNO perleceh Islam

Feb 21, 2009

Perak..Hal yang tiada dalam Berita Propaganda Arus Perdana


Ajijoi berkata:

Ajijoi ~ kesian kat mamak sorang ni. merayu orang ramai terima dia sebagai mb. dia pun dah mula terasa, orang ramai tak layan dia. mana-mana pun dia pergi, hanya polis peronda sahaja yang sudi menemani.

Sampaikan pergi solat jumaat pun, satu masjid blah time dia keluar. Tinggal la puak-puak kaki jilat umno yang jadi ajk masjid buat-buat tunggu melayan dia. Yang paling kesian sekali, abang-abang polis yang kena berkawal jaga kereta dia semasa solat jumaat. Tak solat ye bang. kesian....kat sana nanti zambry tu sure tak nak jawab bagi pihak abang sebab tak solat jumaat.

yang paling rileks sekali, drebar zambry ni. time orang solat jumaat, dia bagus tido dalam kereta perdana zambry. siap pasang air-cond lagi.

datang masjid 7 orang....yang solat dia sorang je. yang lain jaga kereta dan selipar. takut tak pasal-pasal dalam banyak-banyak selipar kat masjid tu, ada yang boleh terbang. tapi orang malaysia tak main punggai kasut. sebab kasut kat malaysia ni mahal-mahal. selipar pergi jamban pun, dibubuh kaler, dichop corak serba-sedikit, dekat sepuluh ringgit jugak harganya.

ada ke sesiapa yang termakan dengan rayuan dia ni? nak sokong dia sebagai mb? sekarang ni, jangankan kata melayu, mamak pun tak sokong dia. kesian......

Klik pada tajuk untuk berita penuh


3294887676_908001ba26


UMNO mula sebar Dakyah..



Umno mula mengedarkan risalah yang berbentuk dakyah mempertahankan rampasan kuasa yang dilakukan mereka di negeri Perak ini kepada orang ramai.

Maklumat yang diterima Umno mengatakan majoriti rakyat Perak sudah tidak mempercayai dan bersama dengan mereka membuatkan mereka menggelabah. Media perdana milik mereka seperti akhbar utusan, berita hairan serta tv rtm dan tv3 ternyata tidak mampu untuk menyumbatkan maklumat palsu mereka ke benak rakyat Perak.

Isi kandungan risalah tersebut menceritakan kronologi kejadian rampasan kuasa di Perak dan soal jawab mengenai perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak yang telah mereka celarukan.

Kandungannya tidak mampu mempengaruhi pemikiran rakyat Perak yang telah jauh kehadapan daripada pemikiran puak-puak umno melalui pembacaan mereka di laman-laman blog dan akhbar-akhbar parti seperti harakah, suara keadilan, siasah dan wasilah. Jika tidak, masakan pihak KDN merampas akhbar-akhbar ini daripada kedai-kedai untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Risalah ini juga dikatakan akan diedarkan sehingga pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.

Bagi saya risalah ini tidak mampu menandingi risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat yang lebih bermaklumat serta tepat tentang rampasan kuasa tersebut. Dan risalah-risalah Pakatan ini diterima baik oleh rakyat.

Sebelum ini, 4 orang telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah daripada PR di Kuala Kangsar. Saya berharap agar polis membuat perkara yang sama jika puak-puak umno mengedarkan risalah-risalah mereka. Janganlah pihak berkuasa berpihak dalam menjalankan tugas harian mereka. Kerana tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat, bukannya menjaga kepentingan parti-parti politik yang menganiaya rakyat.

Kisah Emonya si Katak Malaysia paling Popular..




Ibrahim Ali..siapa yang tak kenal??
Since aku secondary school lagi aku dh mengenali
org bernama Ibrahim Ali sebagai KATAK..


KATAK yang paling popular di Malaysia.
Lantas terkejutlah aku tatkala Ibrahim ALi dibenarkan bertanding
atas tiket PAS di Kelantan.






Aku pun tak faham apa kemahuan pimpinan PAS
apabila membenarkan KATAK yang pro Mahathir ini mewakili mereka.
Adakah disebabkan mahu menambah bilangan kerusi di Parlimen
yang mengharapkan Ibrahim Ali condong ke arah mereka(PAS) atau ada maksud tersirat??


Apa yang aku lihat disini kepimpinan PAS tidak ada kuasa untuk menyuruh Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai MP kerana tugas2 dia masih berjalan seperti biasa.Bezanya dia tak memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.Mengenai kes Derhaka kepada Sultan,seharusnya Ibrahim Ali melihat sejarah bahawa BOSS yang disanjung sehingga sekarang yang mencetuskan segalanya.

Komen terbaru di Group UMNO(Friendster) Sultan dan Agong juga boleh ditahan pihak POLIS
dimana merujuk POLIS berkuasa dan Raja-Raja Melayu tak berkuasa.Polis dilihat berkuasa kerana mereka adalah satu badan yang menjaga keselamatan negara.Justeru diharapkan berlaku reformasi dalam badan PDRM menjadi lebih mesra rakyat dan berkecuali daripada perihal politik.

Apa-apa pun sebagai pemimpin,Ibrahim Ali boleh meminta
rakyat dikawasan beliau membuat satu petition adakah dia di undi
atas personaliti atau rakyat melihat CAHAYA BULAN..

Jika Ibrahim Ali benar2 BERANI SEPERTI YANG DIKATAKAN DI DALAM PARLIMEN
dia harus berdepan rakyat,bukan hanya berkata-kata di media sahaja seperti Najib Altantuya
dan sekutunya sewaktu krisis Perak baru bermula.

Ibrahim ALi sebelum ini menjadi bahan sampah dalam UMNO apabila dilucutkan jawatan secara terhina oleh Pak Lah yang mahu UMNO di dominasi oleh keluarganya sahaja.

Feb 20, 2009

Antara 2 berita..Mana Pilihan anda????



Utusan MeL_Y_ :Anwar Gagal Jawab Tuduhan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diasak Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mahukan bukti kononnya parti itu melakukan konspirasi bagi menjatuhkan kerajaan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Anwar gagal memberi jawapan jelas sebaliknya menggunakan masa berbahas untuk menuduh BN berkonspirasi melalui tindakan jenayah seperti membunuh, menculik dan melarikan wakil rakyat pembangkang sesuka hati.

Dalam hubungan ini, Dr. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) mahu Anwar menjelaskan, adakah akuan bersumpah yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang itu boleh dipercayai.

Beliau berkata, ini kerana ramai orang yang membuat akuan berkenaan termasuk Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) yang tidak diterima oleh Anwar.

“Ini yang menjadi masalah. Kita kata diugut, dilarikan orang dan sebagainya tapi tidak mahu terima puncanya. Di mana puncanya? Puncanya kelemahan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sendiri kerana mereka wakil rakyat PKR.

‘‘Persoalan akuan bersumpah, mana kredibilitinya? Saiful pun membuat akuan bersumpah. Apakah kita nak guna pakai semuanya,” soal Puad.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menimbulkan persoalan kemungkinan ada persetujuan antara pihak yang melompat parti dengan orang yang berunding supaya satu pihak menghilangkan diri buat seketika tanpa memberitahu isterinya.

“Mungkin ada standing agreement antara pihak berpindah dan berunding, lalu dia tiba-tiba hilang. Kita memang tahu perkara politik adalah rahsia, tak boleh bagi tahu orang rumah. Kita lihat politik itu kotor, tapi realitinya begitu,” katanya.



Oleh Siasahdaily


Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.



Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.

Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.

Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.

Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.

Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.


CheguFadh:Anda tentukan..

Feb 18, 2009

Simple but Hot News..

1)Berkemungkinan satu lagi BUKIT akan diadakan re-election berikutan
rasa tanggungjawab Elly(Elizabeth Wong) yang menawarkan perletakkan jawatan sebagai
EXCO dan ADUN Kerajaan Negeri Selangor.

DSAI dan Ketua kerajaan,Tan Sri Khalid meminta Elly supaya berehat dan kembali bertugas berikutan prestasi cemerlang beliau dalam melaksanakan tugas.Sementara itu,Bloggersnetwork mendesak supaya Pakatan rakyat berhati-hati dan tidak terlalu menekan Elly kerana gambar yang disebarkan itu berpunca daripada perbuatan khianat dan lokasi adalah dirumah beliau sendiri.



2)Berpuluh ribu saman ditarik semula atas keputusan Dewan Rakyat
yang memikirkan kebajikan rakyat.Bermula 2013,mana2 kenderaan
akan dikenakan saman dan diwajibkan bagi semua kenderaan.Bagi kenderaan
lama yang tidak mempunyai tali keladar dibelakang,tempoh sehingga 2013 adalah
cukup untuk mereka membuat tindakan lanjut.Proton,Perodua dan Honda antara syarikat yang
menawarkan pemasangan percuma kepada kenderaan jenis mereka.

3)Pilihan raya di 2 bukit telah disahkan tarikh dan masanya.UMNO meminta Pakatan Rakyat
menerima dan tidak mempertikaikan tarikh selepas pemilihan atau peralihan kuasa yang dilakukan oleh UMNO.Pakatan rakyat terlalu excited dengan re-election tetapi pihak UMNO/BN dilihat mahu melengah-lengahkan perkara ini.

4)Ir Nizar mengisytiharkan keluar daripada kediaman rasmi MB Perak.

5)Abdul Wahid Endut telah selamat menangkat sumpah sebagai ahli parlimen semalam.

6)Kerajaan menyokong usul pembangkang di dewan rakyat untuk memboikot produk Yahudi.

7)McD telah menurunkan harga sehingga hampir RM5 bagi setiap set lunch mereka tetapi dalam bersyarat iaitu dari 12.00-3.00pm sahaja.Ternyata produk Yahudi ini terasa dipinggirkan dan terpaksa menggamit hati rakyat Malaysia untuk kembali ke arah mereka..


Image Hosted by UploadHouse.com


Saya menyeru agar kesemua produk Yahudi ini dipinggirkan terus..Kalau nak makan kat tempat yang ada class boleh pergi ke Rasa Mas(Malaysia),Chicken Rice Shop,Pizza(Italy),KFC(kini hak milik Malaysia) ,Marry Brown dan sebagainya.

Kalau betul sangat laung2kan Hidup Melayu,pergi je makan kat kedai2 atau gerai2 melayu biasa.Atleast menolong jugak bangsa dan agama sendiri.

Feb 15, 2009

KU LI ULANGI PENDIRIAN NIZAR MASIH MB YANG SAH


Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”


Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.


Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.


Dua prinsip perlu dijelaskan:


Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.


Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.


Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.


Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.


Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.


Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.


Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.


Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.


Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.


Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.


Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

ADAKAH ISLAM MEMANDANG DEMONSTRASI SEBAGAI MAKSIAT?

Aku membelek-belek akbar yang sudah lama tidak ku baca. Hampir 3 hari tidak aku membeli dan membaca Akhbar Meloya Utusan Malaysia.

Walaupun, ada orang mengatakan bahawa akhbar itu meloyakan dengan berita-berita yang ‘mengampu’ kerajaan, tetapi disebalik meloyakan itu, ada perkara manfaat yang boleh diceduk daripadanya.

Didalam belek-belekkanku itu, terjumpa satu berita berkenaan dengan ulasan dari beberapa pemimpin UMNO termasuk pemimpin no 1 mereka yang mengeluarkan kenyataan bangkangan tentang Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah memberi beizinan pihak PAS kepada ahli-ahli PAS dalam melaksanakan agenda demonstrasi.

Ada dari mereka menyatakan, demonstrasi dapat melemahkan ekonomi, dan ada juga yang mengatakan demonstrasi sebenarnya bercanggah dengan Islam. (sama macam sesetengah orang dalam ni)

DEMONSTRASI MENGIKUT ULASAN USTAZ RASUL DAHRI DALAM BUKUNYA “DEMONSTRASI ADALAH MAKSIAT BUKAN JIHAD : KEZALIMAN DIDALAM MENJATUHKAN HUKUM

Membaca akan kenyataan bahawa demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi.

Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.

Melihat kepada perbahasan ini, saya sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat saya lakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;

الحكم على شئ فرع عن تصوره
Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”

Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.

Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.



HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.

Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.

Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu demonstrasi liar dan demonstrasi aman.

Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.



ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.

Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.

Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.

c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.

Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.

Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;

a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.

b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.

Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.



PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.

Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?

Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.

Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.

Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”
(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.



Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.

One_G Al-Bakistani

Feb 14, 2009

Derhaka..

Siapa penderhaka sebenarnya??

Derhaka kerana menyaman Sultan?

Derhaka melarikan Anak Raja(kahwin Lari) lalu bercerai dan mengabaikan anak Raja tersebut??

Derhaka kerana dengan sesuka hati memecat Sultan dan melantik Sultan juga mengikut suka hati??

Derhaka kerana membuat demonstrasi jalanan dan mempamerkan kepada DUNIA SULTAN
ADALAH BINATANG??


ATAU

Derhaka kerana menyaman Hukum Hudud yang ingin dilaksanakan??

Anda yang pilih..Mana yang lebih Derhaka??

Semuanya (berkaitan Sultan) adalah kerana seorang bekas PM yang meminda perlembagaan yang menyatakan Sultan atau yang diPertua Agong sendiri tak mempunyai keistemewaan
dan perlu mengikut Undang2 PERLEMBAGAAN..

Mana pula yang lebih berkuasa dalam sistem Raja Berperlembagaan?
Raja atau Perlembagaan??

Saya menyeru agar pemimpin2 negara kembali menduduki SPM..Belajar Sejarah semula..Belajar
Undang2 dan agama semula..Jangan biadab dan menghuru-harakan negara..Jangan menculik dan merasuah orang..Jangan memfitnah dan bersumpah laknat sesuka hati..

Wallahualam...Anda dah akil Baligh..dah mumaiz..fikir sendiri..

p/s: Aku bagi bende Allah ni sebab aku tensyen tgk sikap hipokrasi org2 kita yang xsudah2 membuat kecoh di media,perhimpunan sana sini macam ada party khas yg dibenarkan dan diiringi,bukan seperti demonstrasi yang lain..herm..Sepatutnya mana2 pihak dibenarkan berdemonstrasi..Kalau buat sebelah pihak je,memang la xsepatutnya..Memang nampak xprofesionalnya kita dalam pentadbiran...

Feb 13, 2009

Student Power..Kuasa Mahasiswa..

Salam Perjuangan..Salam Reformasi..Salam Revolusi..

Semalam sejurus tamat class Psycology aku mendapat satu panggilan telefon..
Nombor yang tak dikenali.."Siapa agaknya ye??"bentakku dalam hati.

Kebiasaannya memang aku tak layan nombor yang tak dikenali,aku biarkan seketika
handphone berdering,selepas 20saat kujawab..

"Assalammualaikum",seorang lelaki agak berumur memulakan bicara..

"Walaikummussalam"jawabku.

"Ni Fadhlullah ye??"

"Ye saya..Kenapa Encik,ada apa2 yang saya boleh bantu??"

"Nak,ni pakcik ni..Pak Cik Tawil,ayah Muhammad Devotees"Pakcik itu memperkenalkan diri.

"Owh,pakcik..Maafkan saya,lambat jawab,baru sampai rumah,tadi ada class..Ni betul2 baru nak masuk rumah ni pakcik"balas ku..

Perbualan itu berterusan bertanya khabar masing2 seperti biasa..Aku kemudiannya meminta maaf kepada pakcik Tawil kerana gagal menghubungi beliau semasa cuti MidTerm(raya Cina)yang lepas disebabkan terlibat dengan Aktiviti Kembara Seri Perpatih di Kg Penaga dimana kampung tersebut tak mempunyai coverage.

Aku dapat tahu pun sebab Abah menelefon dan memaklumkan Pakcik Tawil nak jumpa aku kat UPSI sebab dia ada program dengan pensyarah2 dan mahasiswa,tetapi disebabkan cuti tak ramai mahasiswa yang hadir,sebab tu la PakCik Tawil nak minta aku jemput kawan2 lain datang program yang dikendalikan oleh beliau.

Tetapi kali ini Pak Cik Tawil sekali lagi meminta aku menyebarkan maklumat mengenai satu aktiviti yang bakal dikendalikan oleh beliau pada minggu ini..Butirannya adalah seperti yang berikut.

Hari: Sabtu (14Feb 2009)
Masa: 10 pagi -Zohor

Tempat: Masjid As-Syakirin KLCC

Modus Operandi: Cara-Cara Berdakwah kepada Kristian untuk memeluk Islam

Sasaran: Pelajar IPT seluruh Malaysia




Tuan Haji Tawil berpengalaman luas mengislamkan ramai penduduk krstian di Sabah termasuk Nazrey Johari (bekas anggota Nasyid Raihan).InsyaAllah sama-sama kita cuba berusaha untuk mengisi sedikit masa untuk aktiviti yang bermanfaat jika berkesempatan.




Mahasiswa harapan bangsa dan agama juga merupakan tulang belakang sebuah negara.
Mahasiswa dilihat amat berkuasa untuk mencorak masa depan sesebuah negara,lantas ketakutan sang pemerintah kepada suara mahasiswa amat jelas di seluruh dunia.


Oleh itu sekali lagi saya menyeru mahasiswa mahasiswi terutamanya yang berdekatan dengan Lembah Klang dialu-alukan untuk turut serta menimba pengalaman yang mahu dikongsi bersama oleh penceramah kita yakni Tuan Haji Tawil..

Tolong Sebarkan..

Sekian..Wallahualam..

Feb 8, 2009

Read This..Sama macam pendapat aku sejurus Sultan membuat keputusan

Salam menyusul Salam Reformasi,Salam Revolusi..

Perak goyah??Jawapannya tidak..Hanya media dan segelintir

rakyat sahaja yang membuat kecoh..Keadaan di Perak sangat aman.
Yang menjadikan sesuatu kawasan kecoh dan kelam kabut adalah kehadiran
anggota FRU dan Special Branch(SB)

Dalam siri demonstrasi yang sah dan HALAL diperuntukan dalam Federal Constitutions
ada 2perhimpunan yang aku pergi aman..

1)Perhimpunan SAVE GHAZA

2)Perhimpunan PROTES Harga MINYAK

kerana apa??kerana tidak melibatkan pihak FRU dan Special Branch..

ok..berbalik kepada apa yang dibicarakan..sila baca artikel dibawah..

Konspirasi Nizar-Anwar



PUAS????hehe..bermakna permainan permainan ini akan semakin menarik
kerana UMNO/BN telah menerima bentuk rampasan kuasa bukan melalui
SPR..hanya melalui upacara lompat melompat.Dan sebab itu juga aku xmenyokong apa2 kenyataan sesiapa yang marah UMNO/BN menubuhkan kerajaan menggunakan konsep ANWAR..

tetapi sekali lagi ditegaskan aku marah dengan Najib Razak kerana

a)Setiap ADUN yang melompat akan hilang dan tak dapat dihubungi(logik ke isteri dan anak2 sendiri pun xtahu kelibat mereka selama 6hari kalau mereka cuti sakit??)

b)Rampasan kuasa ini tak melalui satu undang2 yang betul,yakni melalui SIDANG DUN(undian xpercaya)

c)ketiga-tiga ADUN telah hilang kelayakan serta merta apabila mereka bertindak keluar parti(kecuali ADUN BOTA yang xpernah menandatangani surat AKUJANJI sebelum 8 March 2008)

Jadi sama2 kita saksikan siri filem Politikus terhebat DUNIA yang telah
menyaksikan beberapa siri kehilangan,siri penculikan,siri ugutan dan tawaran rasuah
dibom dengan C4 dan lompat melompat parti seperti pesta bungee jump..

So lepas ni Anwar boleh la menubuhkan kerajaan pintu belakang tanpa melalui SIDANG PARLIMEN..hehehe..Tahniah..Najib,anda memang xnak dengar cakap Tun M..Patutlah Tun M pun banyak dah kritik bakal PM March ni yang menggunakan cara Anwar untuk merampas Perak..

Siapa tahu betul x??So,jangan dicaci mereka terutamanya Sultan yang sangat ARIF mengenai perlembagaan dan undang2..Hanya beri point Rule of Laws..Yang terkandung dalam Federal Constitutions,No One is Above the Law termasuk Sultan dan YDP AGONG..

Wallahualam...

"Shameful scene unfolding in Perak"

by Tengku Razaleigh Hamzah

THE constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it.

According to the constitution, Datuk Seri Nizar Jamaluddin is menteri besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority.

Two principles need clarifying in the light of today's events.

First, the government of the day is established according to rules and principles codified in the constitution. This is the difference between a legitimately-formed government and tyranny, which is rule by the law of the jungle.

Second, a legitimate constitutional government draws all its authority from the consent of the people and only from that consent. The people consent because it is their government formed according to their constitution, whose leaders they have chosen through free and fair elections.

We need to test that consent periodically. At key points such as when governments are to be formed or to be dissolved, the constitution provides for formal, definitive tests to find out how much of the people's "consent", or support, a government really has.

So we conduct elections to test how much support a candidate for leadership has among the people. The question is posed in elections governed by rules and oversight agreed ahead of time. If those elections are not held, or if there is some doubt that they are free and fair, then the question of legitimate leadership is not
determined. It doesn't matter how many people with flaming torches march chanting your name in the middle of the night. You need to prove you have the support of voters in a free and fair election.

Similarly, the constitution provides for a definitive way to test if the chief minister or the prime minister commands a majority in the Dewan or in Parliament, as the case may be. We put the question to a vote of confidence on the floor of the Dewan. Only the answer of the assembly counts. It doesn't matter how many sworn statements, defections, press conferences, and declarations you have, or what forms of advertisement, display, inducement or force you bring to bear on the question.

To formally test the mandate of the current government, whether in Perak, Sabah or the Federal government, the question must either be put to the people through state elections, or to the assemblypersons through a formal vote in the Dewan. These are the only tests that count in our constitutional democracy.

This is what it means to be a parliamentary democracy. To remove and install governments in any other way is to violate the constitution, erode the rule of law, and to run the risk of forming an illegal government.

Legitimate authority can only be established through the democratic means spelt out in our constitution. Rightful authority is an entirely different thing from the brute power that can be bought, sold or seized by force.

The invisible laws make our government, nation and society possible. I won't begin to describe the harm we would do these things if we began to ratify power achieved without regard for the rule of law in this country.

Tengku Razaleigh Hamzah
5 Feb 2009

Perutusan YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

nizar

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

Feb 6, 2009

Dari Segenap Blog Pernyataan dan pendirian..

Sila Click pada TAJUK untuk mengakses terus ke dalam web hyperlink.




‘Pyrrhic Victory’ BN di Perak



Apa tindakan PR?



“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Al Rum.(60)

Kekecewaan di Perak..

1)Aku amat kecewa dengan keputusan Tuanku Sultan yang sangat terkenal dengan pendidikan yang tinggi dalam bidang perundangan.Rampasan kuasa ini hanya boleh dibuat dalam Sidang DUN,kenapa ianya boleh berlaku hanya dikaca wayang media propaganda??Seperti dahulu,Anwar minta Pak Lah buat Sidang Parlimen UNDI tak Percaya,bagaimana Pak Lah menolak dan semuanya tertangguh.Itulah langkah yang menghormati prinsip perlembagaan.

2)28 BN dan 28 Pakatan Rakyat.Adakah ianya boleh dikira sebagai majoriti mudah dan Ir Nizar
tidak mendapat kepercayaan daripada DUN Perak??

3)Peringatan kepada mereka yang mengatakan 3 orang yang menjadi ahli BEBAS menyokong BN dan buat undi tak percaya kepada Ir Nizar..Kerusi mereka telah hilang sebaik sahaja mereka keluar daripada parti masing2 melalui Surat AKUJANJI yang telah ditandatangani sebelum PilihanRaya Umum..

4)Speaker DUN yang berhak ke atas mereka dan kerusi mereka diisytiharkan kosong,maka Perak perlu mengadakan Plihanraya semula dengan perkenan Tuanku Sultan.Sebab itu Rakyat negeri Perak memohon Tuanku Sultan mempertimbangkan sebaiknya supaya situasi ini dapat dijernihkan.Tuanku Sultan tak mengetahui perihal 2ADUN PKR yang sentiasa membawa masalah kepada Kerajaan Negeri sebelum ni.Mereka sudah tidak ada kuasa sebagai ADUN,bagaimana mereka terlibat dalam UNDI xpercaya tanpa melalui sidang DUN??

5)Taktik Anwar yang dikecam hebat BN dan UMNO atas nama prinsp Demokrasi yang segar sehingga berlaku insiden kejar mengejar ke luar negara dan tuduhan meliwat digunakan pula oleh UMNO/BN..InsyaAllah ada hikmah daripada perbuatan UMNO ini..

6)Pakatan Rakyat tak harus mengutuk kerajaan yang dibentuk oleh UMNO melalui Undian tak percaya,tetapi perlu mengutuk ianya tak berlaku secara sah dalam sidang DUN Perak dimana 3orang ahli BEBAS sudah dibatalkan sebagai ADUN dan perlu menunggu keputusan Mahkamah.

7)Perihal ekonomi negara juga sangat meruncing dan dinafikan Najib Razak beberapa bulan yang lepas.Ekoran larinya pelabur dari Malaysia,harga minyak yang kekal pada rm1.80 walaupun minyak global tidak naik2 sekitar bawah USD42..Perihal harga barangan runcit yang bakal dinaikkan,kehabisan subsidi beras dan juga pemberhentian serta merta berpuluh ribu pekerja kilang membuktikan apa yang dikatakan Najib Razak adalah dusta semata2.

8)Diharap Tuanku Sultan dapat membuat keputusan dengan bijak berdasarkan kepada prinsip demokrasi negara dan perlembagaan yang telah ditetapkan.tetapi kalau ianya tak diikuti juga,aku rase satu perubahan lebih besar akan berlaku di seluruh negara tak lama lagi kerana Prinsip tukar kerajaan dengan melompat2 parti telah dibuktikan diterima oleh UMNO/BN..

Siapa yang tahukan??Sultan pun nasihatkan Ir Nizar semalam dan suruh Ir Nizar berdoa,baca quran semua dan beginda pun cakap kat Ir Nizar "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang Sabar"

Wallahualam..

-CheguFadh-

Feb 5, 2009

Isu Perak : Raja Dan Demokrasi

Oleh Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an
.






2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

Feb 4, 2009

PeRaK II..Ish3..

Org kata politik itu kotor??
Rasulullah berpolitik gak..tp xkotor pn..
org munafiq,yahudi,zionis yg skg ni berpolitik..tp kotor..

So nk ckp politik kotor or cara org politik tertentu yg
kotor???Dunia ni luas,cabaran ada kat mana2..
kat mana2 korang akan jumpe org yang suke duk provoke,
bile diajak berbincang xmahu,tp gunakan amalan demoCRAZY..

So ni cite kat PERAK..
IR Nizar td dh jumpe dengan Sultan perak mntak
Sultan perkenankan pembubaran DUN..

Saya dalam perjalanan hendak ke Istana, bahawa saya sebagai Ketua Kerajaan memohon Perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan serta merta. Ini disebabkan keadaan tidak menentu dan bagi mendapat persetujuan dan mandat baru dari rakyat.-Ir Nizar


Sehubungan dengan itu Najib juga telah menghadap Sultan Perak
untuk memperkenankan BN menerajui tanpa perlu pilihanraya kecil..

Najib sangat takut dengan PRK..
-Permatang Pauh
-Kuala Terengganu
membawa trauma besar kepada Najib..

Speaker DUN Perak tidak melayan apa2 dan tetap dengan pendirian
bahwa DUN BEHRANG dan Changkat Jering dikosongkan serta merta

ATAS SURAT AKU JANJI TAAT SETIA kedua bekas YB PKR yang
mengikat perjanjian semasa WARAS KERUSI itu akan secara automatik
kosong apabila mereka bertindak keluar PKR (keluar shj dh mencukupi,xsemestinya masuk UMNO)

Tetapi apa kuasa SPR yg menidakkan dan membatalkan??
SPR dengan itu perlu berhadapan dengan mahkamah (tgk nanti,Ghani Ptail akan terlibat)

Untuk rujukan tambahan,sila baca artikel dibawah

IPOH, 4 Jan :-Kenyataan Ringkas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang memaklumkan bahawa sebentar tadi sekitar jam 4.40 petang dia telah mengfakskan sepucuk surat kepada Suruhanjaya pilihanraya mengenai kekosongan kerusi DUN Jelapang oleh Hee Yit Fong yang telah menghantar surat perletakan jawatan kepada beliau hari ini.

"Kenyataan itu juga telah difakskan kepada pihak media". katanya.

Dengan itu bermakna terdapat tiga DUN yang telah dikosongkan di Perak dan SPR akan berdepan dengan tindakan mahkamah dari Speaker mengenai tindakan pihak itu yang membelakagi warta yang dikeluarkan oleh Speaker.

SPR yang bersidang pada hari Selasa telah melakukan tindakan diluar bidang kuasanya dengan mempertikaikan surat yang dikemukakan oleh Speaker mengenai perletakan jawatan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering.

http://idhamlim.blogspot.com/


Para pembaca , saya percaya , ingin tahu adakah perletakan jawatan kedua-dua ADUN tersebut adalah sah di sisi undang-undang ?

Pertamanya mari kita dengar terlebih dahulu daripada mereka yang mengatakan perletakan jawatan tersebut tidak sah. Hujah mereka bersandarkan kepada alasan-alasan berikut :-

a. Surat yang mendakwa mereka meletakkan jawatan itu sebenarnya surat lama tanpa tarikh.Mereka dan lima lagi ADUN PKR lain menandatangani surat itu pada Mac tahun lalu sebaik sahaja pakatan Pas, DAP dan PKR membentuk kerajaan di negeri Perak. Seseorang ADUN tidak seharusnya memberikan mana-mana pihak surat perletakan jawatan apabila ia dipilih sebagai wakil rakyat. Orang yang dipilih oleh rakyat mesti diberikan kebebasan untuk bertindak ( freedom to act ) . Beliau tidak boleh disekat untuk mencabar apabila ada pihak menyerahkan surat perletakan jawatannya yang tidak bertarikh mengikut sesuka hati pihak tersebut.

b.Terdapat keputusan Mahkamah pada tahun 1982 di dalam kes antara ahli parti Sarawak United People’s Party (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan Presiden SUPP iaitu Sinyium anak Mutit yang memutuskan mana-mana "arrangement" menyerahkan surat perletakan jawatan seorang wakil rakyat kepada Speaker adalah bertentangan dengan polisi awam dan dengan itu ia adalah tidak sah.

Di dalam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan seperti berikut :-

“The candidate so chosen must also be free to act according to the best of his ability and his judgment and should not be subjected to the dictates of others.Therefore, any rule or contract with or without consideration which contravenes this freedom strikes at the very root of representative government and is therefore void and also against the public policy.”
( Terjemahan : mana-mana calon mestilah diberi kebebasan untuk bertindak mengikut kemampuan dan perkiraannya sendiri tanpa tertakluk kepada arahan orang lain. Oleh itu sebarang peraturan atau kontrak tanpa sebarang balasan adalah bertentangan dengan kebebasan ini .Oleh itu ia melanggar asas kerajaan yang diwakili dan dengan itu ia adalah tidak sah kerana bertentangan dengan dasar awam.

Secara ringkasnya mereka yang menyatakan bahawa perletakan jawatan kedua-dua ADUN tersebut adalah tidak sah berhujah di atas asas kerana ia dikatakan melanggar prinsip kebebasan kedua-dua ADUN tersebut. Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah tindakan meminta kedua-dua ADUN tersebut menandatangani surat perletakan jawatan tanpa mengandungi tarikh menjadikan kedua-dua ADUN tersebut sebagau patung ( puppet ) yang talinya ditarik oleh parti-parti politik ( whose strings are being pulled by respective political parties )

Saya berpendapat perletakan jawatan tersebut adalah sah. Hujah saya adalah seperti berikut :-

a. Di dalam kita menentukan sama ada perletakan jawatan tersebut adalah sah atau tidak adalah dengan pertamannya kita melihat peruntukkan Perlembagaan Negeri Perak mengenai perletakan jawatan seseorang ADUN. Saya sempat melihat peruntukkan tersebut . Ianya terkandung di dalam Perkara xxxv Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas memperuntukkan bahawa seseorang ADUN tersebut boleh meletakkan jawatan sebagai ADUN dengan menulis surat yang dialamatakan kepada Speaker.

b. Berdasarkan Perkara xxxv Perlembagaan Negeri Perak apa yang penting adalah terdapat surat perletakan jawatan dan surat perletakan jawatan tersebut dialamatkan kepada Speaker. Di dalam kes kedua-dua ADUN ini adalah jelas terdapat surat yang mengandungi tandatangan kedua-dua ADUN tersebut dan surat tersebut telah dialamatkan kepada Speaker. Atas dasar ini surat perletakan jawatan tersebut adalah memadai dan sah kerana ia memenuhi peruntukkan xxxv Perlembagaan Negeri Perak.

c. Dari apa yang dilaporkan di akhbar, kedua-dua ADUN tersebut tidak menafikan ada menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ADUN tetapi mempersoalkan keesahannya kerana surat tersebut tidak bertarikh dan kononnya tandatangan dibuat secara paksa. Saya berpendapat , hujah ini amat rapuh kerana jika dilihat kepada peruntukkan xxxv tidak mensyaratkan tentang keperluan adanya tarikh dalam surat perletakaan jawatan tersebut. Tentang tandatangan dibuat secara paksa saya juga berpendapat ianya satu hujah "afterthought" ( datang kemudian ). Kenapa sejak dari awal kedua-dua ADUN tersebut tidak membangkitkan hal dipaksa tersebut. Kenapa semasa mereka disuruh tandatangan surat tersebut sebelum mereka mengangkat sumpah menjadi exco dahulu mereka tidak pernah sama sekali membangkitkan bahawa mereka dipaksa tandatangan surat tersebut.

d. Di dalam menilai sama ada surat perletakan jawatan tersebut sah atau tidak kita perlu melihat dan mengambil kira sama ada kedua-dua calon tersebut bertanding atas tiket calon bebas atau atas tiket parti politik tertentu. Jika mereka bertanding atas tiket calon bebas ,jelas tidak ada pihak boleh memaksa mereka menandatangani surat perletakan jawatan . Bagaimanapun apabila mereka bertanding atas tiket partai tertentu seperti apa yang berlaku sekarang , mereka tidak boleh bertindak sesuka hati mereka. Mereka kena faham bahawa rakyat mengundi bukan atas peribadi mereka tetapi kerana parti yang mereka bertanding. Oleh itu segala tindakan mereka tidak bebas seperti bebasnya seorang calon bebas. Mereka kini mewakili partai yang mereka bertanding. Oleh itu jika partai mengarahkan mereka tandatangai surat perletakan jawatan ianya tidak boleh dilihat sebagai satu tindakan memaksa. Tiada siapa paksa mereka bertanding atas tiket PKR kecuali dengan kehendak mereka sendiri. Mereka menang dan dipilih bukan kerana kehebatan mereka tetapi kerana partai politik yang mereka dokong. Adalah tidak logik dan munasabah semasa mereka menang mereka tidak menimbulkan mereka dipaksa oleh PKR tetapi apabila mereka mula "menghilang diri" dan dipercayai mempunyai sebab untuk membelot kini mereka membangkitkan pulu isu mereka dipaksa untuk meletak jawatan ?

e. Saya bersetuju dengan hujah Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan tindakan meminta kedua-dua ADUN tersebut menandatangani surat perletakan jawatan tanpa mengandungi tarikh menjadikan kedua-dua ADUN tersebut sebagai patung ( puppet ) yang talinya ditarik oleh PKR . Bagaimanapun tidakkah Datuk Shafie juga melihat tindakan kedua -dua ADUN tersebut yang tiba-tiba hilang dan tidak dapat dihubungi oleh pimpinan parti mereka dan juga Menteri Besar Perak sendiri menunjukkan ada pihak lain selain PKR yang juga sedang menjadikan kedua-dua ADUN ini sebagai patung "baru" yang mungkin lebih mahal -siapa tahu mungkin patung baru ini kini bernilai RM 50 juta ?


http://peguampas.blogspot.com/

Juga boleh semak kenyataan Profesor Undang2 UIAM Dr Abd Bari
di DETIKDAILY

Feb 1, 2009

Perak..

Salam semua..Aku baru je balik dari Program Kembara Seri Perpatih anjuran
Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS).So,that's why la jugak aku xsempat nak update Blog yg xseberapa ni.

Aku memang xtahu ape2 berita melainkan hal negeri Perak Cuti sebab bukak Mahasiswa BERSATU Perak hari Jumaat lepas.Aku ingat berita tu paling menarik,yela,orang penat dengan Program 6hari xberhenti katakan..hehe..

Rupe-rupenya kes ADUN PKR yang dituduh terima RASUAH nak masuk parti penuh RASUAH..Pak Lah sekejap tadi kat tv3suku memang dah ckp lebih ramai lagi yang akan join UMNO daripada apa yang dimaklumkan.Tapi b4 tu,korang ingat lagi x pasal Pak Lah?

"Semua mengarut,Parlimen xkan dibubarkan esok" atlast esknye 12pm terus dibubarkan.Malu Utusan yang keluarkan berita Parlimen xbubar esok..Lagi,kes minyak naik mendadak dulu..Pak Lah + Najib cakap minyak xkan dinaikkan sepanjang tahun 2008(kenyataan pada Feb 2008) jika UMNO/BN menang..dan banyak lagi..

kalau nak tahu isu terbaru Najib kaki belit boleh lihat disini
[click here]

Dan paling senang aku bagi la ape yang aku tau sikit2 betapa kes ini sangat pelik..

Ianya terjadi apabila ADUN BOTA dr BN bertindak keluar parti dan masuk dalam PKR..ADUN BOTA tak ditahan dan tak hilang sebelum mengumumkan memilih PKR..Tidak ada perjumpaan dan sebagainya tetapi apa yang berlaku di dalam kes ini,kedua org ADUN PKR yang pernah mengalami masalah dan dikaitkan dengan RASUAH oleh UMNO dan BN sendiri..Hilang selama 5hari,dihubungi Parti,Kerajaan dan keluarga sendiri pun xdapat,tetapi sebaliknya dilihat berada di rumah Najib Razak dalam 5hari tersebut.

lantas apa yang dibuat untuk memprovoke mereka keluar dari penjara UMNO/BN adalah dgn mengumumkan perletakkan jawatan mereka pada ptg semalam..Apa yang berlaku??10pm mereka secara tiba2 bebas dan muncul memberi kenyataan tidak meletakkan jawatan.

Adakah Najib Razak,UMNO risau dgn Plihanraya kecil yang mahu diadakan dalam masa 60hari sahaja lagi?yakni sangat hampir sebelum Persidangan UMNO pada Mac depan??Kalau mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN,Plihanraya terpaksa diadakan semula..

Bermakna UMNO/BN xkan dapat kerusi free mcm yang Pkatan Rakyat dpt sebelum ini.
Patutlah kedua mereka terlepas daripada kecaman UMNO utk menafikan surat perletakkan jawatan.

Untuk info KHAS sila baca perutusan daripada ANWAR IBRAHIM dan juga PAHANG DAILY


p/s:
Sangat pelik dengan politik sekarang yang semakin bercelaru tatkala
peralihan kuasa ingin berlaku pada Mac depan..Najib semakin SASAU dibuatnya..Bermula kes Altantuya dan macam2 drama yang berlaku sehingga hari ini..ternyata Mahathir Mohamed turut terlibat dengan konspirasi ini.

Aku rase Ir Nizar jumpe Raja Perak sebab nak buat sambutan Jubli Perak esok..Media xmasuk dalam buat kecoh pulak putar belit..tgk dulu kes MB kedah kena tuduh naik pesawat KHAS padahal temankan Rombongan beraja Kedah pergi menghadap Sultan Brunei..

macam2..haih..