Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Nov 30, 2009

Senyap je yeop...


Salam..Herm..Senyap je blog2 politik dan jentera pergerakan "parti politik" dalam kampus aku..Bila satu blog update,maka akan berduyun2 yang lain akan update,tapi bila senyap,semua senyap..Macam dah berpakat je..Ke semuanya dimiliki oleh orang yang sama??herm..musykil2..ape2 jela..mungkin ini petanda gelombang pertama PRK sedang giat berjalan..

Semua dibuat secara sirr..Rahsia..tiru macam dakwah nabi yang berjaya dulu tu..memula mesti dibuat secara rahsia..lepas tu kebabooom (efek C4) meletus bergerak ke seluruh kampus..Mula la nanti insiden fitnah memfitnah,kejar mengejar dan sebagainya...Lihat sahaja...Tak sabar rasanya..lagi2 dengar manifesto masing2..Manifesto tak perlu..kehendak mahasiswa akan ada nanti ikut musim...kalau dah masuk dalam kabinet nanti harap tak ada main double standard..Semua sama,pegang tag yang sama...

Paul Wolfowitz...

Ini gambar yang disebarkan oleh media canggih Umngok (cybertroopers)..Kenali siapa setiap orang di dalam gambar...Siapa Anwar sehingga boleh rapat dan mendapat jemputan khas daripada pemimpin2 negara luar tak kira USA,Afrika,UK,Asean,Australia atau di Jepun sekalipun..

Anwar Ibrahim

Pada tahun 1991, Anwar Ibrahim dilantik Presiden UNESCO. Pada tahun 1996, beliau telah dianugerahkan Presidential Medal oleh Universiti Georgetown Amerika dan kedoktoran kehormat oleh Ateneo De Manila University, Filipina, kerana sumbangannya dalam mempromosikan kefahaman antara agama.

Pada mesyuarat tahunan IMF-Bank Dunia tahun 1997, Anwar Ibrahim dipilih sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan IMF dan Bank Dunia (Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank).




Siapa Azmin Ali??Tak payah cerita..semua kenal dan Azmin adalah orang kanan Anwar yang paling setia sejak sebelum beliau dipecat daripada jawatan no2 negara oleh perdana menteri ketika itu..

Siapa pula yang belah kiri sekali tu??Namanya Khalid Jaafar..Beliau merupakan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD..Sila google apa itu IKD untuk lebih jelas mengapa 3 insan terbabit perlu ada bersama Wolfowitz...

Ok..Taknak cakap banyak,lihat pula gambar dibawah...





Dalam setiap kempen pilihanraya kecil, Umno dan Barisan Nasional menyerang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diatas hubungan eratnya dengan kerajaan Amerika Syarikat terutamanya ketika negara kuasa besar tersebut dipimpin oleh George W. Bush dari parti Republikan.


Diantara gambar yang sering dimainkan oleh jentera perang saraf Umno-BN ialah gambar pertemuan diantara Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar dan Azmin Ali bersama Paul Wolfowitz bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.

Diatas ialah gambar pertemuan diantara Duta Besar Malaysia ke AS, Jamaluddin Jarjis (JJ) bertemu Paul Wolfowitz. Mesej apakah yang disampaikan oleh JJ kepada Wolfowitz bagi pihak Najib Razak?

Apakah ini kesinambungan pertemuan diantara Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bersama Perdana Menteri Israel?


atau kat web Reformasi ni [SINI]..Siap bagi sentap lagi kat geng2 BPN atau lebih dikenali sebagai cybertroopers UMNO/BN..Yela..kan BPN ni bahasa die sangat mencirikan melayu dan Islam seperti yang dilaung2kannya..Gambar dan video pun tak edit punya...

BTN guna point ni la kata Anwar tali barut Yahudi..Siap ade satu slot khas tuk membenci Anwar beb..Hehe..Lawak gak bile sesi refleksi ada juga anak muda tetap kata Idola mereka DSAI..Yang macam malas amek pot kata TGNA pun dorg heboh suh tuka..Then sambung pulak buruk2kan TGNA sebagai SESAT...Ish2....Kesian BTN..So terpaksa la rombak sekarang..

MalaysiaKini:


Nov 29, 2009

Edcoustic

Selama ni semua menganggap bahawa aku adalah seorang peminat setia nasyid..Sebenar-benarnya IKIM pun terlalu jarang bukak..Dalam Tahun 2009 baru berapa kali je aku bukak..Dan paling bersemangat bukak pun sebab nak dengar lagu ktorang (DESTINY) kat tangga berapa..Si Usop &Rizal beriya2 sms dan bagitau dah masuk carta..lame dah..lagi2 mase dapat no3 mse tu..Alhamdulillah masa musim exam hari tu,lebih 5minggu bertahan dalam carta..Hari tu turun ke tangga ke5 (Hati Kata Rindu) dan lagu Istana Kasih ciptaan Amar yang kami rekod kat rumah abang fareed Haikal pun dah masuk carta..Rekod pukul 12 lebey tu beb..Mase orang tido!!

Herm,ada nasyid2 tertentu aku layan..Sememangnya memang kurang dengan tema cinta macam Kasih Kekasih semua..Tapi arrangment yang soul aku suke..Tetapi bagi aku bila nasyid elok kiranya temanya adalah ketuhanan..Lebih mendatangkan keinsafan tak gitu??Genre nasyid ni boleh mencakupi segala aspek..ye,aku bukan penentang nasyid cintan cintun sebab bila nasyid buat cintan cintun pun,liriknya tetap suruh jaga batasan..Bukan macam kite sekarang ye tak??(termasuk aku yang duk leka hangat bercinta)..So kalau korang boikot NASYID dengan alasan nasyid cintan cintun tak sesuai,kenapa korang boleh layan lagu bukan nasyid yang tema die memuja perempuan dan cinta kaw2 menangis teresak2 bila terpisah semua??herm..Fikirkan benda ni..

Oklah..aku pun macam dah melalaut ke laut..Ini aku nak promo satu nasyid best..Group ni aku memang minat since 2008 lagi..Tapi baru terfikir nak share sekarang..Inilah rupa nasyid yang sepatutnya dapat menarik minat anak2 muda..lagunya begitu menyentuh hati,suaranya yang cukup asyik dan juga bait liriknya yang membina...














*Maaf,yang ni tak ada video..tp layan jela..




*Ni tentang kawan2 yang berselisih..huhu..



*Ni lagu fav aku...



Ok..tu je..sebenarnya ada banyak lagi lagu dorg ni..tapi aku tak paste semua..dan lagu kat blog ni pn,kat column tepi tu Berubah drp dorg gak..So nasyid tidakla terlalu bosan dan sempit..nak yang jenis rock,korang cr la Shoutul harakah/Ar Ruhul Jadid..memang jamming punya nasyid..jenis lagu bawak Jihad..Nak yang RnB Hop,korang cari la Soldier Of Allah..banyak beb..So jangan pandang hina kat nasyid..Aku pun memang teruk dan tak alim,tapi bende2 baik ni kite jangan la pandang serong..nak pandang serong kat individu tu xpe..tapi pandang serong ke atas sesuatu perkara yang bawak manfaat ape kes??huhu..Layan..Wslm...

Nov 24, 2009

Perlu difahami..

Aku akan ulas sikit pandangan aku mengenai media monopoli UMNO/BN nanti..

1)Kes Kerajaan Kelantan,Husam & menantu TGNA

2)SPR yang sah sebagai parti kompenen BN

3)Khalid Ibrahim berdepan akta OSA kerana dedahkan maklumat kerajaan kes di Bukit Antarabangsa

*Perlu difahami bahawa blog ini hanya nak mengkrtik berita MONOPOLI..itu sahaja..Bukan sebagai sumber utama..baca la kat atas tu,dah terpampang besar2 ini hanya blog picisan..Ok??Kalau nak terima persilakan,kalau tak mahu itu HAK anda..seperti aku tak terima berita daripada kumpulan utusan & kumpulan media prima

Nov 23, 2009

Double Standard ISU hangat...

Sabtu lepas aku lepak kat Masjid depan UM..Aku terjumpa la satu artikel pasal Baiah yang sedang hangat di media monopoli milik UMNO/BN..Sepanjang masa duk bercerita pasal Baiah..Siap TV3 boleh rajin nak upload video YOUTUBE seorang ADUN kat PERAK dedahkan dalam satu ceramah PAS,mengaku PAS ada buat Baiah tentang TALAK 3 bini masing2 jika ADUN/MP PAS melompat parti atau keluar dari parti PAS..

Ni artikel yang belum PRINT..Baca dan FAHAMI apa itu BAIAH..[SINI]

Dahsyat beb..Kalau kite ikut kenyataan TV3,RTM,Utusan,Bharian dan NST memang kite ni dah termasuk dalam projek memperbodoh rakyat Malaysia.Duk telan jela apa yang disuap walhal benda tu MONOPOLI..

Ni aku nak bagitau sikit,kat TV3 tu,berita yang paling adil adalah MELODI!!Die ambil kenyataan kedua pihak tanpa ada apa2 sekatan suara..Sebab tu rakyat Malaysia ni gilakan HIBURAN (aku pun same,tp aku layan semua)dan buat tak tahu isu semasa sebab politik bergolak dan tak ADIL manakala dalam industri hiburan nampak macam ADIL..


Hari ni tadi TV3 dedahkan kes Projek Ladang Babi Moden yang mahu diurustadbir dengan baik oleh kerajaan Selangor..TV3 ade masa tu ma nak siasat laman blog..Rajin nak follow la blog2 ni..Mcm dulu kes Teoh Beng Hock pn die leh tau dalam mase 1hari BLOG "t4tbh" tu wujud..Memang gile laju argh aku ckp..Hah,skg ni dah senyap lak bile TBH pny kes dibuke semula dan melibatkan campur tangan pakar dari pihak luar..Awat sumber2 dari MalaysiaKini & MalaysiaInsider tak mau dedahkan???Share dengan UMUM..

Ni aku pelik kes kenyataan terbaru Bala yang terhangat tak disentuh media langsung..Bala dah mengaku dan muncul balik..Kerajaan Malaysia tahu die berada dimana selama ni..Kos die selama berada di luar negara pun ditanggung oleh pihak2 tertentu yang berkuasa di Malaysia..Korang boleh semak kat media2 lain selain media pengampu mcm kumpulan UTUSAN,kumpulan Media Prima & Bharian..memang tengah kecoh gile sekarang..

PEDAS:
3minggu lepas kecoh kat Johor psl ladang ayam yang menyebabkan kawasan rumah dorg banyak lalat..tapi kalau ladang tutup,so akan kurang bekalan,bile bekalan kurang akan melonjak harga2 naik..Bile naik,orang2 ni balik akan komplain..tak ke bengong namanye tu???Kes babi ni,nak pastikan senang nak kontrol n pantau pengusaha ladang babi..ade ke rajin orang2 lain nak datang ladang babi setiap hari pantau??Tak ade pengumpulan babi,senang la ladang babi tumbuh (ladang babi HARAM tanpa permit)..Aku belajar HARAM ni drp kerajaan..Bagi dorang sesuatu yang HARAM adalah sesuatu yang TAK ADA PERMIT & tak ada TAULIAH..korang tgk banyak pesta2 DIHALALKAN sebab ade permit,tapi org nak ceramah agama pun disekat sebab jatuh hukum HARAM coz xde permit/tauliah..HAHAHAHA!!!


Nov 22, 2009

Video Menarik Pengkhianat PR Selangor..

ADUN Pelababuhan Kelang Badrul Hisham NAFI KELUAR PARTI pada 12 Feb 2009 kerana ramai telah dapat menghidu tindak tanduk Badrul sejak dari mula lagi..



Tengok macam mana gaya Badrul..Salam siap cium tangan Khalid Ibrahim ni gaya orang mana..huhu..OK..mai layan bila die keluar parti pulak..Dari TV3 Monopoli..Gaya membaca teks dengan sangat tak yakin..



Yang bawah ni tentang KERISAUAN YB Khalid Ibrahim berkenaan Badrul yang dikatakan sangat bermasalah untuk berkhidmat kepada RAKYAT..Ini sebelum die melompat SOKONG UMNO pada hujung Okt 2009..video ni pada 14 Okt 2009..



Haha..yang bawah ni lagi menarik..Tengok gaya die sebut semuanya demi rakyat...Saya tak suka parti2 bazir2 duit ni..hehehe..



Kalau betul demi rakyat,tengok ni pulak




Aku nak tengok sejauah mana die mampu BERTAHAN..ke serupa je dengan bekas Posmen Tg Malim Si Jamaluddin,tak buat keje langsung tau2 melompat,dah melompat just BUAT Banner bebanyak je..Huhu..Ni ada pendedahan daripada Raja Petra tentang Badrul sejurus dia KHIANAT..




IKLAN:Cubaan Mahathir GAGAL..Hanya Pak Lah sahaja yang LEMAH boleh disuruhnya letak jawatan..Yang LAIN orang tak ikut pun kata dia...




Nov 20, 2009

Cemerlang..Bagaimana???

Apakah definisi cemerlang bagi kamu??Bagi keluarga kamu dan bagi seluruh masyarakat di Malaysia??Bagi guru atau bakal guru yang telah mempelajari pelbagai ilmu pendidikan,mereka seharusnya faham dan sedar bahawa terdapat kecerdasan pelbagai bagi setiap individu.Maka,tidak ada seorang pun individu boleh dicemuh berdasarkan prestasi lemah mereka di dalam apa2 peperiksaan sekalipun.Jika diberi 2orang,seorang nelayan kapal dan seorang lagi doktor.Kita campakkan keduanya dalam laut,peluang untuk si nelayan menyelamatkan dirinya lebih tinggi berbanding doktor yang tidak biasa dengan suasana laut yang bergelora.

Tidak perlu kita bercerita mengenai Albert Einstein & juga Thomas Edison yang tidak pernah diiktiraf sebagai seorang yang PANDAI dan CEMERLANG oleh pihak sekolah mahupun kolej mereka.Ada juga yang berkata Bill Gates semasa kecil genius tidak genius dan juga tidak pernah mendapat tempat cemerlang di universiti.Mark Zukenberg (pembuat kitabwajah) ialah pelajar Universiti di Seattle tetapi juga tidak pernah menjadi pelajar cemerlang.Lihat sahaja di Malaysia pernah juga dikatakan bahawa tokoh seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee tidak pernah belajar walau sedikit pun di sekolah SENI.En Zulkifli Haron?Beliau merupakan seorang inventor Malaysia yang telah mereka cipta pelbagai jenis alatan dan merupakan kebanggaan negara.


Kata Puan Ainon...

Ungku Aziz gagal mendapat Gred 1. Beliau Naib Canselor anak tempatan pertama. Kemudian beliau menjadi pakar ekonomi. Idea beliau tentang menolong orang Islam naik haji dgn tak perlu menjual tanah, sawah dan kerbau diterima oleh Tun Razak, lalu tertubuhlah LUTH. LUTH kini ditiru oleh banyak negara. Itu baru 1 contoh cemerlang di luar dewan peperiksaan (dengan apologi kerana kerana tidak menyebut Einstein dan Edison).

Tesis beliau mengemukakan konsep yang memeranjatkan Tun Razak, dan dibincangkan dengan banyaknya, iaitu 'kemiskinan tak kentara' (itu ejaan yang beliau gunakan). Kajian beliau itu dijalankan di kampung nelayan di Terengganu. Beliau masuk ke dalam dapur-dapur nelayan Melayu dan memeriksa apa yang dimakan oleh keluarga-keluarga itu....

Pn Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya.Pemilik syarikat PTS Consultants Sdn Bhd (‘holding company’ kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) yang paling POPULAR di Malaysia sebagai penerbit buku-buku ilmiah dan penterjemah.Juga merupakan isteri kepada Pengarah Institut Peradaban melayu UPSI yang juga pensyarah di UPSI iaitu Prof Dr Abdullah Hassan.

Maklumat lanjut [SINI]


Jadi mana lebih penting??Mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang di atas kertas atau mampu cemerlang dalam bidang yang diceburi serta berjaya??Saya seru kepada anda semua agar tidak mendiskriminasi pelajar yang kurang berjaya dalam peperiksaan kerana mungkin kejayaan mereka bukan dalam dewan peperiksaan.

p/s:Sangat cemburu dengan kejayaan Abg Sani Araby yang sudah berjaya menguruskan hidupnya.Masuk universiti pendidikan tidak semestinya menjadi guru.Boleh juga menjadi konsultan dan pengarah beberapa buah syarikat.Apa yang penting??KerjaSama dan semangat..Teringat kata2 pengetua cemerlang Negeri Sembilan yang mengatakan result kau bagus macam mana pun,tapi kalau tak pandai control class dan budak tak pernah nak hormat,kau seorang cikgu yang GAGAL!!pergh..nasib dah pernah cuba nasib dulu..memang pengalaman lebih berharga dari segala2nya..Lebih banyak belajar dari sesuatu "kerja" yang kita lakukan dari belajar dalam dewan kuliyah..Setuju dengan kata2 Dr Indiana Jones (filem Indiana Jones) yang menasihati mahasiswa di universiti supaya berhenti belajar dengan hanya duduk dan membaca,sebaliknya cari dan gali pengalaman tersebut dengan mengembara.

Nov 18, 2009

Suffi:Disebalik Suara Siswa RTM 17 November 2009

Alhamdulilllah,selesai sudah sesi wacana Suara Siswa di Studio 1 Angkasapuri. Para penonton yang terdiri daripada Mahasiswa UMP,UM,KLIUC,Kolej Komuniti Teluk Intan, Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur Metropolitan University(KLMU),Segi College dan semua yang hadir memberi respon yang sangat positif dan berpuas hati dengan kupasan semua ahli panel.

• 1.Saya mendapat sms daripada Penerbit Suara Siswa, Abang Shahzil tepat jam 10pm hari Isnin 16 November 2009 dan beliau meminta MPP UMP menjadi panel Siaran Selasa 17 November 2009. Bayangkan,tak sampai 24 Jam saya dimaklumkan dan saya terpaksa mengadakan mesuarat MPP di Kafeteria KK1 tepat jam 11.30pm untuk selesaikan beberapa program terdekat.

• 2. Pada pukul 4 Pagi 17 November,saya dan sdr Takiyuddin bergegas pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah Taman Permata jam 7 Pagi. Solat Subuh Berjemaah di Hentian Petronas Genting Sempah.

• 3. Saya hanya mempunyai masa kurang 10 Jam untuk mencari maklumat dan melakukan sedikitresearch mengenai Topik 'Budaya Fanatik'. Terima kasih kepada Sdr Izyannisa' Sarjuni( S/U MPP UMP),Sdr Rasydan Rais(UKM Geology),Sdr Takiyuddin (Presiden Kelab In Smartive n Aktivis Mahasiswa UMP), Sdr Hafiza Razak,Encik Saharuddin Ramli (Pen Pendaftar HEP),Barisan MPP UMP n semua yang membantu membawa saya dan teman2 mahasiswa UMP untuk hadir n menjayakan Suara Siswa Budaya fanatik.

• 4. Saya membawa gagasan bahawa Fanatik ada dua perkara yang harus dititik beratkan iaitu Fan-Ethics dan Fan-Atik. Saya menjelaskan kepada sidang dewan bahawa kita harus jelas menyokong yang mempunyai Etika(Fan-Ethics) dan mendatangkan kebaikan. Sebaliknya,kita boleh juga memilih menjadi Fan-Atik(Atik dalam bahasa Turkey iaitu sampah atau waste). Menyokong membabi buta dan menyokong yang membawa rebah.

• 5. Saya juga menjelaskan budaya yang diserap ke dalam jiwa umat melayu khususnya iaitu melalui kisah hidup Hang Tuah yang begitu taat setia(fanatik) kepada arahan Sultan Melaka walaupun Sultan tidak berlaku adil kedapa Hang Tuah. Dr Fazley bingkas memotong dan menambah bahawa kesan daripada sifat Hang Tuah iaitu Hang Rusuh.

• 6. Mengenai gelaran Hang Rusuh yang diberikan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan amat saya kurang bersetuju. Saya faham niat Dr Fazley mungkin hanya dituju kepada segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan tapi saya menyatakan hanya segelintir daripada 65000 penyokong setia Kelantan yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) yang melakukan onar dan merusuh.

• 7. Saya ingin menjelaskan bahawa ada penyokong Kelantan di UMP yang pergi ke SNBJ berasa sangat kecewa dengan keputusan kekalahan Pasukan Kelantan dan insiden yang menimpa. Saya menganggap bahawa insiden ini berlaku kerna sebahagian besar penyokong Kelantan yang hadir ke SNBJ bukan sekadar menyokong tetapi awal-awal lagi beranggapan bahawa Kelantan sudah meraih dan meraikan kejayaan membawa Piala Malaysia yang paling berprestij. Apabila sudah kena 3-0,ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan.

• 8. Saya juga sempat menyatakan isu Fanatik Siber@ Permainan Talian dan sebagainya. Malah isu fanatik Siber ini bukan sahaja berleluasa di semua Cyber Cafe membarah kepada pemikiran dan cara hidup kanak-kanak dan remaja di seluruh Malaysia tetapi juga merebak ke sebahagian besar Mahasiswa di seluruh IPT. Kurang aktivisisme dan hanya ada budaya indivisualisme dalam masyarakat kampus. Ini yang sangat membimbangkan.

• 9. Saya menegaskan bahawa budaya mengejar semata-mata 4.00 hanyalah budaya songsang Mahasiswa dan hanya terperap di bilik kuliah dan bilik hostel melalui hidup individualisme. Saya menyarankan dengan tegas bahawa seandainya aktivis Mahasiswa di Universiti dan pimpinan Mahasiswa tidak memandang serius isu ini akan melarat hingga ke akar umbi.

• 10. Isu fanatik Berhibur saya memberi penjelasan bahawa kita harus bersederhana dalam berhibur. Takrifan Kesederhanaan dalam berhibur perlu dibahaskan secara ilmiah dan Pihak Kerajaan dan NGO2 yang berkepentingan perlu membuka seluas-luas ruang perbahasan. Kita perlu mengambil pandangan pemimpin negara, ahli akademik,para Ulama',para penggiat seni,para pemimpin Mahasiswa dll. Kita tiada perbahasan secara jujur Apakah dia konsep Hiburan bersederhana yang dianjurkan Islam dan penyelesaian dala masyarakat Majmuk seperti Malaysia.

• 11.Saya agak terkejut kerna dapat berdiskusi dengan sdr Syafina Ghazi,Mahasiswa Universiti Hokkaido yang juga sama-sama sekolah di Sek Men Sains Kuala Selangor(KUSESS 0105) di talian Skype.Syafina masih ingat lagi bahawa zaman aktif saya sewaktu di KUSESS ialah Rugby(Johan MSSM 2004 Selangor U-18 di Kuala Terengganu) dan Syafina Ghazi merupakan Pelajar Aktif (Olahgarawati KUSESS) dan Ratu Pecut 100m KUSESS.Tahniah!

• 12. Akhir kalam, Saya memberi pendirian tegas bahawa Mahasiswa seluruh Malaysia perlu berjiwa aktivisme dan jangan sesekali melakukan program unutk tujuan populariti semata-mata. Turunlah ke kampung-kampung, Felda-felda,Kawasan-kawasan setinggan dan dimana-mana sahaja di Bumi Malaysia ini dan berbaktilah tanpa mengira upah dan polulariti. Mahasiswa Malaysia Mahasiswa Peduli!!!!




Rabu 18 November 2009
4.05 am di Tbun Cafe,Syeksen 2,Wangsa Maju


CheguFadh:
Semalam aku terlalu sibuk dengan study group jadi tak dapat nak menonton wacana dari Saudara Suffi..Apa2 pun sangat bersetuju dengan pendapat beliau..Sepenuhnya...Membawa Agenda MAHASISWA PEDULI...Bukan MAHASISWA yang PENTINGKAN DIRI...Hal kau,masalah kau,aku dengan Hidup aku..KAMU TAK LAYAK untuk hidup dalam masyarakat kalau mempunyai pemikiran sebegitu..

Nov 16, 2009

Menanti..

Salam To All..

Maaf terlalu sibuk dengan tugasan..Hari ini akan berlangsung exam Biology aka Biol Lagi...kemudian (rabu)kertas 4P dan akhir sekali adalah Sains Alam Sekitar pada Khamis nanti...

Komitmen aku berikan sepenuhnya kepada peperiksaan pada kali ini..hal politik dilihat secara sinis dan diulas menerusi FACEBOOK sahaja..Nasiblah rakan2 yang sangat membenci pergolakkan politik semasa,tetapi apa2 pun,korang ada tau isu semasa yang hangat gak,nanti nak Interview senang sebab die akan mintak pendapat tentang isu semasa..hehe..Ingat,jangan pandang remeh..ramai yang gagal INTERVIEW walaupun keputusan melambung tinggi mana pun!!!

Hal berkaitan kampus..

Lama benar aku tak buka mana2 blog Mahasiswa,baik yang ProMahasiswa baik yang ASPIRASI...Politik kampus dah kurang menyengat..banyak nak cari publisiti je..Macam mainan media massa..benda tak ada apa2 saja buat macam isu hangat..hehe..UPSIkini & SuaraUPSI menjadi pilihan hati..membanding tara kedua berita ini..Ada BLOG yang mengulas BLOG lain,tetapi BLOG yang tetap profesional bijak mengawal emosi dan tidak termain dengan politik tak matang..Adakah penulis blog tersebut dapat TAMRIN dan telah dilatih??herm..

Apa2 pun,aku ada dapat satu sms daripada seorang YDP MPP yang pernah berdebat dalam SuaraSiswa bersama2 YDP MPP UPSI..SMSnya berbunyi begini..

"SALAM fadh..Bila HABIS EXAM??"...bla2...Patutlah beliau beriya benar mahukan no hp terbaru memandangkan kami telah terpisah sejak alam matrikulasi.Nasib facebook menemukan kami...

Sahabat ini sedang mengaturkan sesuatu..InsyaAllah akan dibawa masuk ke dalam kampus UPSI untuk memberi kesedaran HAK dan POLITIK seorang mahasiswa..Adakah salah menyokong ProMahasiswa dan apa yang menyebabkan ProMahasiswa dilabel sebagai pembangkang??Siapa yang melabel??Adakah NC mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai proMahasiswa??? Atau segelintir pihak yang syok sendiri dan gila meroyan membawa berita2 karut seperti KALAU UNDI die TAKKAN DAPAT POSTING dan sebagainya memburukkan ProMahasiswa...

InsyaALLAH segalanya akan bermula sebaik sahaja peperiksaan tamat..Pencerahan ini akan dilakukan dengan teratur,meminta pandangan beberapa IKON MAHASISWA,pemikir2 yang bertaraf Prof Dr dan juga pandangan daripada mahasiswa yang bertaraf "rakyat biasa".

Politik mahasiswa bukan POLITIK kebencian..Berilah MAHASISWA kebebasan sepenuhnya untuk bersuara dan menilai..Bukan UGUT dan sebagainya..Jika mahasiswa dikatakan hanya perlu belajar,kenapa pula BERCINTA dibenarkan,kenapa berpesta berpeleseran tidak pernah diberi perhatian yang serius..


p/s:Tak sabar menanti detik PRK..Kumpulan mana yang lebih matang dan bersih dalam kempen kali ini..Dah tahu beberapa CALON drp kedua pihak..tetapi biarlah rahsia..Hanya mahu menilai perjalanan politik mereka dengan ADIL..Kalau mereka nak pendapat akan bagi,kalau tak,DIAM sahaja melihat telatah keduanya..namun HATI ini tetap mengatakan lebih menyokong agenda ProMahasiswa..

Nov 12, 2009

Terlalu banyak Isu..

Salam To All..

Lama sudah aku tak mencoretkan sebarang artikel mengenai pandangan aku terhadap politik semasa..Pandangan aku "kabur"..Ya..kerana aku memakai kaca mata..hehe..Tetapi pendapat aku secara jujurnya mengenai perkara ini,keadaan politik semasa sangat tenat...Jika SPRM dikatakan telus,tetapi kes-kes seperti penyelewengan yang dilakukan oleh pihak UBN akan disembunyikan..Yang tertangkap adalah pembantu,kerani,atau penyelia kepada pemimpin UMNO tersebut manakala kalau dari pihak pakatan rakyat pula akan dicanang lama pula di media monopoli kepunyaan mereka..terbaru ISU Lim Guan Eng yang telah menandatangani satu surat berkaitan tanah yang didakwa ada penyelewengan.

Hal ini timbul tatkala KERAJAAN PULAU PINANG mahu membuka kesemua fail berkenaan tanah yang selama ini dipercayai telah diseleweng hingga ke tahap paling buruk.Lihat sahaja sejurus kerajaan Pulau Pinang yang baru memerintah,kes mengenai tanah Rakyat vs Kerajaan..Kerajaan Pulau Pinang yang baru mahu membayar kos kepada rakyat tetapi diperli oleh si pesalah yakni kerajaan terdahulu yang telah menjadi PEMBANGKANG.Walhal mereka yang menyebabkan hak milik tanah ini sudah kucar kacir.

Jika kita imbas kembali sedekad yang lalu,Pulau Pinang dikuasai oleh orang melayu dan UMNO adalah parti yang mengungguli undian,tetapi apabila berlaku "kawtim" yang sangat terancang,Pulau Pinang diberi kepada GERAKAN.Satu persatu kawasan melayu kemudian dikuasai oleh kapitalis Cina.Aku katakan Kapitalis bukan orang cina kerana masih ramai cina yang susah.

Hal ini bukan hal perkauman,tetapi ingin menunjukkan bahawa UMNO selama ini hanya satu wadah retorik dengan mempergunakan isu ketuanan melayu.Diangkatnya beberapa kerat melayu sebagai bukti bahawa DEB itu berkesan,bahawa orang melayu itu akan berjaya dengan DEB dan akan ketinggala jauh tanpa DEB..

Mereka bermain dengan FAKTA.Sama seperti isu Perak.Siapa yang MB SAH dan siapa MB HARAM.Pelantikan DS ZAMBRY adalah SAH tetapi pemecatan DS NIZAR TIDAK SAH.Dan merujuk kembali kepada undang2 negeri Perak,tidak boleh ada 2orang MB dalam satu MASA.Maka jika pemecatan DS NIZAR tidak berlaku,bagaimana ZAMBRY boleh dilantik?

Bila DS NIZAR dan seluruh pejuang PR bangun,dikatakan pula oleh UMNO bahawa mereka ini pengkhianat dan tidak menghormati RAJA.Apa fungsi Raja jika hak2 rakyat tidak ditegakkan?Sebenarnya Raja telah tersepit dek permainan jahat UMNO ini sendiri.

Kemudian kita lihat pula semasa HINDRAF mengamuk.Apa yang dilakukan oleh media mainan UMNO/BN..Kaum india mempunyai pendapatan perkapita jauh lebih tinggi daripada orang melayu.Adakah ini benar atau sebahagian sahaja yang mempunyai pendapatan tinggi?Kerana mereka membuat satu jumlah purata.

Jika (kumpulan 1) pendapatan si A adalah rm100ribu manakala pendapatan si B adalah rm 300,jika ditambah keduanya bermakna pendapoatan perkapita mereka sebulan adalah rm50,150..

Jika (kumpulan 2) Si C rm2000,Si D rm3600,Si E rm1800 dan Si F rm800..Bermakna jumlah pendapatan perkapita mereka sebulan adalah Rm2,050.Adakah B itu hidup mewah atau tertindas di dalam satu komuniti??Walaupun dinyatakan pendapatan perkapita si B dan si A adalah lebih rm50ribu...

Ini antara persoalan yang aku ajukan tuk semua.Adakah selama ini berita yang dimomokkan kepada kita telus atau berita yang telah diseleweng.Bukan susah nak seleweng berita,janji semua benda kita perkudakan boleh la kita selewengkan berita.

Macam kes VK Lingam yang dikatakan tak bersalah sebab tak ada saksi walhal saksi tu dah buat pengakuan contact SPRM tapi SPRM tak layan saksi tu..Ini yang diberitahu Kartunis ZUNAR semalam.Last2,keputusan mahkamah juga dibuat seakan2 telus walhal semuanya busuk belaka..

Pemerintahan Najib Razak jauh lagi dahsyat daripada Mahathir Mohammad...Sampai bila nak hidup dalam negara yang penuh kepura-puraan..Aku jadi pemberontak macam ni pun bila aku tersedar ada satu pihak yang dinafikan sekeras2nya hak mereka...

Sila semak isu ROYALTI di SINI dan juga isu SELANGOR akan dirampas pada JAN 2010 di SINI

Aku pun malas nak cakap apa lagi sebab ada diantara kita yang narrow minded dan tetap merasakan bahawa bukan ISLAM dinegara kita ini adalah KAFIR HARBI walaupun mereka belum buat apa2 lagi..Ikut jela..tanggalkan COGAN KATA retorik..kembali pada yang ASAL..