


Korang cubalah teka siapakah gerangan awek yang sungguh ayu itu? Artis baru atau sekadar peminat Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak je?? Aku pon jadi konpius kejap. Ha Haa..

Amacam? Ok tak awek ni? Ke korang nak lagi ayu hee.. :)~
Sumber:SkyCrewz..
[Maka kini, nampaknya pihak Polis Raja Di Malaysia semakin menggelabah dan terkejut dengan isu ini. Meraka takut rakyat tahu akan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam ini dihebahkan. Walhal, umum sudah mengetahui bahawa polis di Malaysia memang "double standard" dan hanya akan berlaku adil kepada orang-orang tertentu semata-mata. Sebaliknya mereka akan bertindak ganas tanpa peri kemanusiaan tatkala berhadapan dengan pihak lain terutamanya pemimpin politik pembangkang. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada rakyat yang dipukul, ditendang, diterajang dan diperlakukan seperti binatang oleh pihak polis dalam setiap kali operasi yang mereka jalankan. Ini semua sebenarnya menjurus kepada keganasan dan kezaliman yang tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula anggota polis kita kebanyakkannya orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Akibat kerakusan inilah pihak polis dilihat lebih cenderung kepada amalan rasuah, korupsi dan penyelewengan. Jika senario ini terus berlarutan maka kita amat khuatir negara kita akan terus dirundung malang yang berterusan. Justeru itu, kita harap kiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas ini agar mereka dapat memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku].
Ciri-ciri lelaki bijak tafsiran model dan pengacara, Belinda Chee
Yakin.
Lelaki bijak petah berbicara apa saja. Lelaki berkeyakinan seperti ini tahu mereka mampu bercakap mengenai pelbagai topik. Namun, kadangkala lelaki sebegini dianggap berlagak atau suka cakap besar. Lelaki bijak selalunya mengagumkan ramai orang tanpa perlu bercakap besar.
Pandai berkomunikasi serta berkebolehan mengajar.
Disebabkan lelaki bijak berpengetahuan luas, mereka lazimnya yakin dengan diri sendiri. Mereka tahu apa yang mereka tuturkan dan dengan itu, mampu berkomunikasi dan mengajar orang lain dengan baik.
Optimistik.
Lelaki bijak tahu kepintaran mereka dapat mengelak diri daripada menanggung kesusahan. Kebanyakan lelaki intelek bersikap positif dalam hidup mereka.
Segak.
Lelaki bijak pandai bergaya. Saya selalu membayangkan lelaki bijak memakai pakaian kemas, kaca mata bergaya serta kasut yang mengikut fesyen terkini. Ia mungkin kedengaran stereotaip tapi bila anda berpakaian kemas, persepsi orang akan menjadi lebih baik.
Semestinya pandai berjenaka.
Kebijaksanaan lelaki menjadikan mereka spontan bila berjenaka.
Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
- Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
- Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
- Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
- Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
DATO NASARUDIN BIN HASHIM
ADUN BOTA NEGERI PERAK
Bagaimana satu negeri yang dikatakan retak menanti belah boleh mendapat kemasukkan oleh seorang yg berjawatan dan juga merupakan ADUN??Walhal jika diamati beza kerusi pakatan Rakyat dan BN xjauh beza..sgt tipis..Mungkinkah Nasaruddin telah diberikan HABUAN???
SPRM akan siasat..hehe..satu persoalan lagi,adakah UMNO akan kembali diharamkan spt thn 1988???Mahathir pn tgh tunggu,tah die akan masuk balik UMNO pn kite semua xtau lps Pak Lah quit ni..Sama2 kita nantikan UMNO ,Money and Crony The Movie..
Friday, 23 January 2009 | Ruangan: Kenyataan Media
PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri selangor sempena sambutan hari raya haji yang lepas. Dalam menguruskan penajaan lembu korban untuk negeri Selangor, beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah berminat untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan telah bersetuju untuk menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak.
PKNS sangat prihatin kepada segala laporan dan kenyataan berhubung derma lembu korban kepada masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak. Ingin dijelaskan bahawa keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di Bandar Tun Razak dibuat selepas satu perbincangan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah bersetuju untuk menyertai pembayaran program ini.
Bayaran sebanyak RM110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang didermakan telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam (6) syarikat yang telah menyatakan persetujuan mereka untuk menderma.
Syarikat-syarikat yang menderma adalah:
1. Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) (5 ekor bernilai RM12,000)
2. Selaman Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
3. Damansara Impian Sdn Bhd (6 ekor bernilai RM14,400)
4. Pembinaan K.K.Wong Sdn Bhd melalui Sunway Damansara Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
5. PKNS Infra Berhad (5 ekor bernilai RM12,000.00)
6. Must Ehsan Development Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
7. PKNS Engineering & Construction Berhad (5 ekor bernilai RM12,000)Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor tentang derma lembu korban ini setelah semua perancangan telah diatur. PKNS ingin menjelaskan bahawa pihak Dato’ Menteri Besar Selangor atau pegawainya tidak pernah menghubungi PKNS ataupun SIC Berhad berkenaan pendermaan lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak. Dato’ Menteri Besar Selangor juga tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen untuk mengarahkan Selangor Industrial Corporation Bhd (SIC) membuat pembayaran. PKNS juga ingin menjelaskan Dato’ Menteri Besar Selangor bukanlah pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku merangkap pengurus besar PKNS, adalah pengerusi SIC Berhad.
Adalah diharapkan kenyataan ini akan melenyapkan segala kekeliruan yang telah timbul berkaitan dengan isu ini.
MOHD. WAZIR BIN ABDUL GANI
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR


| ||||||||||
Sang Juara..Meet Uncle Hussain.. “You have to remember, at the end of the day, it’s all about the music. Anugerah Persembahan dan Vokal Terbaik adalah berbeza dari Juara Lagu. Saya tidak terfikir yang saya akan menang. Semasa di atas pentas pun, saya tetap memberitahu orang yang Meet Uncle Hussain akan menang. Dan jika anda rujuk balik pada interview yang saya buat sebelum ini, saya pun cakap Meet Uncle Hussain akan menang.-Faizal Tahir “Saya gembira mereka menang. “Lagu Untuk Mu” adalah lagu pertama yang saya dengar yang membuatkan saya ingin ada sejarah dengan mereka. It’s a truly Malaysian song. Bagi saya, panel juri memang berani untuk memilih lagu ini sebagai Juara Lagu. Kemenangan Meet Uncle Hussain has opened doors for me to do more things. I’m thrilled beyond words. Jika “Sampai Syurga” telah menang, saya akan gembira but it would be like what else is new?-Audi Mok | ||||||||||

Oleh MSO
PANDANGAN Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai mungkin juga benar kita tidak perlu mengungkit apa yang telah berlaku dan menjadi bungkusan sejarah. Biarlah sejarah berlalu dan dijadikan iktibar di masa akan datang. Sejarah tidak boleh dipinda tetapi sejarah baru boleh dicipta.
Siew Lai merujuk kepada titiah ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah yang menimbulkan teguran Raja-Raja Melayu tahun 1950 terhadap rancangan Briggs yang diperkenal oleh Sir Henry Gurney yang memperkenalkan pembukaan tanah baru untuk penempatan 400,000 orang Cina.
Raja Nazri (foto) mengatakan Raja-Raja Melayu menyifatkan pembukaan tanah baru itu sebagai merampas hak orang Melayu yang diusahakan oleh penjajah British.
Rancangan itu telah wujud sejak hampir 60 tahun lalu. Kenapa soal itu ditimbulkan hari ini? Mungkin kesedaran mengenai sejarah itu lewat untuk diungkit dan dikaji semula setelah perjalanan bangsa dan negara telah terlalu jauh berlalu menjadikan ia tidak begitu relevan dan motifnya mudah dicurigai.
Apa yang jelasnya ia timbul semula apabila kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak pimpinan Mohamad Nizar Jamaluddin memberi hak milik kekal tanah kepada 11 orang di tanah rancangan kampung baru di Kuala Ruai, Perak. Itu saja.
Kalau bukan kerana tindak tanduk kerajaan Perak itu mungkin sejarah itu tidak akan diungkit dan generasi selepas merdeka tidak akan mengetahui mengenai rancangan tanah berkenaan. Kenapa selama ini pembukaan atau rancangan tanah itu tidak pernah diungkit oleh mana-mana pihak secara terbuka, baik secara lisan atau dalam mana-mana forum yang diadakan sebelum ini?
Umno sendiri terutamanya Umno Perak tidak pernah menceritakan prihal teguran Raja-Raja Melayu itu baik di zaman Tajul Rosli Ghzali maupun di zaman ayahnya Ghazali Jawi. Umno sendiri pun banyak membelakangkan pandangan dan tidak menghiraukan teguran raja-raja Melayu bahkan parti itu pernah berperang dengan raja-raja Melayu sutu masa dulu. Apakah kita lupa? Siapa yang mengurangkan imuniti Raja-Raja Melayu kalau bukan parti bernama Umno?
Dan apakah pada zaman pemerintahan kerajaan BN, kerajaan Perak tidak pernah memberi hak milik ataupun sejuring tanah kepada orang-orang Cina? Kalau BN tidak melakukan begitu bermakna gambaran kerajaan BN prihatin dan adil kepada semua kaum adalah tidak benar? Salahkah kalau dikatakan bentuk dan sistem pemerintahan khasnya mengenai kuasa ke atas tanah yang diamalkan kerajaan BN di Perak sendiri adalah warisan dari British?
Mungkin disebabkan kelalaian dan kealpaan mendedahkan mengenai teguran Raja-raja Melayu kira-kira 60 tahun lalu mengenai tanah rancangan itu yang disifatkan sebagai merampas hak Melayu menyebabkan kerajaan Perak hari ini terlupa atau tidak menyedari langsung mengenai teguran itu menyebabkan mereka mengurniakan hak milik kekal tanah kepada 11 orang penduduk kampung baru di Kuala Ruai itu.
Saya yakin kalau sejarah itu diungkit di sepanjang masa ia boleh menjadikan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa tanah berwaspada dan tidak mudah terlanjur begitu jauh.
Apabila Raja Nazri menyuarakan itu maka ramailah yang tumpang semangkuk untuk melanyak dan mengkritik kerajaan Perak. Ada yang emosi meminta Mohamad Nizar berundur sebagai MB Perak.Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Hilmi Ismail berkata tindakan Mohamad Nizar itu menunjukkan Nizar tidak langsung melindungi hak-hak Melayu. Serentak itu beliau minta agar Nizar letak jawatan.
Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharuddin pula menyifatkan Nizar sebagai buta sejarah dan tindakan itu mengguriskan hati orang Melayu.
Perjuangan Hilmi dan Zainol untuk mengekalkan apa juga hak Melayu perlu disokong. Tetapi sayangnya perjuangan mereka terlewat selama 60 tahun. Mungkin mereka juga terlalu emosional dan tidak berpijak dibumi nyata dan berfikir secara rasional apa yang telah dipersetujui dan menjadi amalan selama ini? Disamping mengecam Nizar mereka juga harus mengecam bekas-bekas MB Perak yang terdahulu yang tidak menggubal kanun tanah yang lebih ketat agar tidak terlepas kepada Cina dan India.
Apakah suara dan emosi mereka berdua itu dipersetujui oleh induk mereka Umno dalam BN? Saya yakin Umno juga menyedari hakikat dan keperluan seperti mana dilakukan oleh MB Perak itu. Seperti mana saya tulis sebelum ini tindakan yang dikatakan menguriskan hati Melayu kerana tindakan itu mengikiskan hak Melayu terpaksa dilakukan kerana politik. Politik tidak pernah berfikir mengenai hal-hal kepentingan diri melainkan untuk mendapatkan kuasa.
Hal yang sama juga berlaku kepada Umno kerana ingin berkuasa mereka telah banyak melakukan rompakan dan perogolan ke atas kepentingan Melayu. Dalam soal ini Umno jangan hanya nampak kuman di seberang laut sedangkan sekelompok gajah liar di hadapan mata nampak langsung tidak nampak. - Blog MSO
KUALA TERENGGANU, 14 Jan - Musuh politik PAS meneruskan agenda jahat mereka dengan mengeluarkan ‘buletin KUALA palsu’ yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Dalam sidang akhbarnya hari ini, Pengarah Operasi Pilihanraya Kuala Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong menunjukkan bukti kejahatan pihak tertentu yang ingin mengaburi mata pengundi dengan mencetak Buletin KUALA, risalah rasmi PAS.
Buletin KUALA edisi 3 telah dicetak dan disebarkan oleh mereka dengan isinya yang jelas mengutuk pembangkang dan menipu rakyat.
Antara perbezaan buletin palsu dengan yang asal adalah:
1- Tiada tanda pangkah (X) di tepi logo PAS di penjuru atas risalah tersebut.
2- Isi dalam risalah tersebut berbeza daripada risalah asal.
3- Jarak antara huruf-huruf perkataan ‘KUALA’ dekat antara satu sama lain.
4- Tajuk, isi dan gambar yang terdapat dalam buletin itu jelas memfitnah dan mencemarkan nama baik pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.


Harapan kami agar berita ini disebarkan sesegera mungkin dan walau siapa pun yang membuat angkara ini akan menerima pembalasan yang sewajarnya daripada Allah SWT.


Awas! sesi pembohongan dari pihak ini yang pasti akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya ini. Rakyat akan dihalang dari mendapatkan maklumat dan informasi yang benar dan telus
Posted by truckster
Keputusan PRK 2008:
Fakulti Kejuruteraan Awam -
3 kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding)
Fakulti Alam Bina -
3 Kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding)
Fakulti Pendidikan -
2 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 1 kerusi Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli -
1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Aspirasi
Fakulti Sains -
1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Sains Komputer dan Sumber Maklumat -
3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Elektrik -
1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi -
3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia -
1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal -
3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Kerusi Umum :
2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 8 Kerusi Pro Aspirasi Kerusi
UTMKL: 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 3 Kerusi Pro Aspirasi
ProMahasiswa telah memenangi 10 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

Saya kesal dengan sikap media yang tidak habis-habis memutar belit berita Kerajaan Negeri Perak dengan pemberitaan yang berat sebelah serta mengambarkan apa yang dilakukan semuanya salah dan tidak betul. Terkini dalam isu pemilihan Ketua Kampung Baru Gunung Rapat di DUN Simpang Pulai yang hangat diperkatakan media arus perdana sekarang.
Sebenarnya tidak ada percangahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dengan dasar Kerajaan Negeri seperti yang digambarkan oleh Utusan .
Yang berlaku cuma kesilapan maklumat dan salah faham yang sedang dan akan diselesaikan segera oleh kedua-dua belah pihak.Pemilihan ketua kampung tradisional yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu telah selesai dilakukan di semua kampung di Negeri Perak dengan cara pemilihan. Namun begitu pemilihan ketua kampung baru tertangguh beberapa ketika dan akan diselesaikan pada tahun 2009.
Sedangkan apa yang berlaku di Kampung Baru Gunung Rapat adalah kes yang terpencil yang cuba diperbesarkan malah digunakan oleh media yang tidak bertanggungjawab bagi melagakan YAB Menteri besar dengan dua orang wakil rakyat tersebut.Sebetulnya apa yang dilakukan adalah tidak bercanggah kerana mereka mengambil kira keputusan asal cara memilih ketua kampung tradisional sebelum pengumuman baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar seperti disiarkan malaysiakini.
Disebabkan proses yang diumumkan lebih awal dengan cara pengundian bagi memilih ketua kampung itu , adalah satu kewajaran ianya diteruskan bagi menentukan calon dan seterusnya calon yang terpilih akan disahkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar siapakah yang paling layak.
Saya yakin ini adalah masalah kecil yang sengaja diperbesarkan bagi menutup masalah yang lebih besar. Pihak yang memutar belit berita ini difahamkan tidak menemui semua pihak untuk memberitakan keadaan yang sebenar. Pemberitaan yang dilihat sangat berat sebelah itu adalah andaian dan rekaan orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata.
Perkataan MB Perak “terkilan” adalah perkataan yang tidak pun diucap oleh YAB Menteri Besar.Nasihat saya kepada semua ADUN Pakatan Rakyat dalam BBC supaya sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas kerana ada saja “pihak” yang ingin mencuri peluang bagi memutar belit setiap tindakan yang dilakukan kerana mereka mempunyai “agenda tersembunyi” yang semua sudah maklum.
Berita awal yag disiarkan mengenai ketua kampung bari itu sila lihat disini http://www.malaysiakini.com/news/95486. http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:08:00
Sumber: BERSATU PERAK
Hasil Kajian ringkas
Isu pemberian Milikan Tanah oleh Kerajaan Negeri Perak
Kepada Pemilik di Kampung Tersusun dan Kampung Baru
Oleh: Aliff Bin Basri
Wakil Kampus Borneo BERSATU

1) Kerajaan Negeri wajar meneruskan hasrat untuk mengagihkan 110,000 milikan tanah yang terdapat di Kampung Baru dan kampung Tersusun. Ini memang selaras dengan tanggungjawab kerajaan negeri untuk member hak kepada pihak yang sepatutnya. Ini turut disokong oleh Dr. Ahmad Atory Hussein, seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang UUM. Menurut beliau, pertikaian ini berlaku mungkin disebaban perbezaan ideologi antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Tetapi apa salahnya sekiranya tanah itu diberi kepada penduduk kampung terbabit.(Utusan Malaysia, 26 Disember 2008, hlmn. 4)
2) Dari sudut perundangan, kerajaan negeri sebaiknya menunggu mesyuarat Majlis Tanah Negara untuk mendapatkan keputusan selepas perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan. Ini seperti yang termaktub di dalam Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:”Menjadi kewajipan perlombongan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.”
Proses ini sebenarnya melengkapkan prosedur yang dibuat kerajaan negeri seperti yang terdapat di dalam Seksyen 76 Kanun Tanah Negara di mana pemberian tanah adalah dibawah hak kerajaan negeri. Kerajaan Negeri berhak menentukan status atau keputusan yang dibuat seperti menurut klausa ‘keadaan khas’ yang diperuntukan. Kerajaan Negeri harus memepertahankan hujah untuk meneruskan keputusan yang dibuat disetiap mesyuarat yang berlaku di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Ini perlu dilakukan kerana pihak Kerajan Negeri lebih arif tentang apa yang dilakukan di negerinya sendiri.
3) Kerajaan Negeri tidak perlu terperangkap dengan propaganda yang dilakukan oleh pihak lawan kerana ia merupakan tindakan provokatif yang saya percaya bertujuan untuk menidakkan usaha pihak Kerajaan Negeri untuk berkhidmat kepada rakyat negeri Perak. Pada mereka, mereka lebih suka rakyat menerima keputusan atau sebarang imbuhan yang diberikan oleh pihak mereka sendiri kepada rakyat.
Keputusan ini juga bukan merupakan gimik politik, tetapi ia adalah sebagai tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tanggungjawab menurut prioriti(awlawiyyat) yang telah dipertimbangkan. Dari sudut politik, sekiranya keputusan ini dilaksanakan, ia mampu untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap Kerajaan Negeri di bawah Pakatan rakyat.
Kekangan:
a) Tidak dapat maklumat tentang senarai nama kampong-kampung yang dikatakan kerajaan Negeri bahawa terdapat pemilikan kampong-kampung lain yang diberikan milikan, tetapi tidak jadi isu.
b) Kelemahan dalam mentafsir dari sudut perundangan kerana kurang maklumat tentangnya. Mohon ‘back-up’.
Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja mencabar tokoh bahasa bahkan turut mendapat bantahan kalangan badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, individu prihatin, juga ibu bapa. Mereka mahukan bahasa Melayu kembali didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam pengertian sebenarnya.
Wartawan Harakah, NYZA AYOB menemu bual Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dato’ Baharuddin Zainal, yang lebih dikenali sebagai Baha Zain mengenai isu yang hangat diperkatakan ini, Selasa, 6 Januari lalu.
HARAKAH: Sehingga kini apa tindak balas kerajaan terhadap bantahan pelaksanaan PPSMI ini?
BAHA ZAIN: Nampaknya tidak ada respons daripada pihak kerajaan. Sessi persekolahan telah pun dibuka dan sistem PPSMI ini masih diteruskan. Tiada perubahan.
HARAKAH: Ada badan penulis yang mahu mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana meneruskan PPSMI. Sejauh mana perkembangan terkini mengenai hal tersebut?
BAHA ZAIN: Persatuan-persatuan penulis akan bekerjasama dengan Gapena bagi mengambil tindakan berkenaan. Sekarang ini nampaknya Gapena bukan sahaja mendapat sokongan badan gabungannya tetapi NGO di luar gabungannya. Gapena sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan undang-undang. Pada 15 Februari akan datang, Gapena akan mengadakan satu perhimpunan dan jika pada waktu itu kerajaan masih tidak memberi sebarang respons sewajarnya, Gapena akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang. Jadi, sebagai badan gabungan, Pena akan memberi kerjasama kepada Gapena.
HARAKAH: Sekiranya tindakan undang-undang terhadap kerajaan dapat dilaksanakan, apakah Dato’ yakin PPSMI ini tidak akan diteruskan?
BAHA ZAIN: Kita berharap langkah kita yang terakhir itu berjaya setelah membuat banyak rayuan dan gesaan. Malangnya pihak Kementerian Pendidikan seperti tidak mengetahui kehendak intelektual. Kita telah mengadakan pelbagai forum dan dialog mengenai isu ini, termasuklah membuat rayuan.
Sekarang ‘bola’ itu di ‘kaki’ kerajaan dan pihak kerajaan mesti melakukan tindakan yang tegas. Jadi, kita sebagai gabungan penulis, menetapkan pendirian kita, yakni tidak mahu kerajaan membuat keputusan ’separuh-separuh’. Kerajaan mesti membatalkan terus dasar PPSMI ini dan mengembalikan bahasa pengantar bagi subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Begitu juga dengan kehendak golongan cendekiawan dan NGO yang bersama-sama dengan persatuan penulis ini. Kami mahukan pengajaran kedua-dua subjek ini dikembalikan sebagaimana asal. Jika kerajaan memikirkan beberapa langkah untuk pengajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris, ia tidak boleh diterima oleh persatuan-persatuan penulis. Semua ingin ia dikembalikan sebagaimana sebelum ini. Terbaru timbul pula keputusan untuk menganjurkan ‘Himpunan 100 ribu Selamatkan Bahasa Melayu’.
HARAKAH: Sejauh mana sokongan yang telah diberikan oleh persatuan-persatuan penulis kepada inisiatif terbaru ini?
BAHA ZAIN: Program ‘Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu’ disepakati oleh Jawatankuasa Panitia, yang melibatkan antara lain Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras dan banyak lagi. Jadi, kami di kalangan persatuan penulis menyokong himpunan tersebut. Ia merupakan satu gerakan yang lain daripada yang dilakukan sebelum ini. Kami memberikan sokongan kepada perhimpunan ini.
HARAKAH: Lebih banyak kumpulan yang menentang PPSMI ini, saya rasa ia lebih baik. Mungkin perhimpunan ini nanti merupakan kemuncak bagi bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI?
BAHA ZAIN: Tidak semestinya. Kumpulan yang ingin menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara merupakan satu kelompok. Dan perhimpunan pada 15 Februari anjuran Gapena adalah satu kelompok yang lain. Bagaimanapun kita saling sokong menyokong setiap bantahan yang dilakukan.
HARAKAH: Maknanya, Gapena mempunyai tindakan yang lain bagi bantahan tersebut?
BAHA ZAIN: Sekarang kami persatuan penulis dalam peringkat merayu kepada kerajaan agar menghentikan PPSMI ini. Tetapi kami akan membuat keputusan terakhir pada perhimpunan 15 Februari ini. Pada perhimpunan ini Gapena akan menganjurkan pembacaan puisi selama satu atau dua hari.
Sebenarnya Gapena telah memberi tempoh sehingga 31 Disember lalu kepada kerajaan tetapi nampaknya tidak ada sebarang respons. Jadi 15 Februari merupakan tarikh akhir bagi Gapena meneruskan tindakannya. Seterusnya kami akan membuat laporan polis dan tindakan undang-undang jika kerajaan tidak memberikan sebarang respons apa yang dikehendaki Gapena.
Jika kerajaan hanya mengumumkan PPSMI ini tidak akan diteruskan di peringkat sekolah rendah tetapi akan tetap diteruskan di peringkat sekolah menengah, perkara itu juga tidak dapat diterima oleh Gapena.
Sumber:anwaribrahimblog.com
http://ibnuzack.blogspot.com/
Assalamu'alaykum..
Saya sedikit terganggu belakangan ini berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir. Bukan saja kepada situasi negara tetapi juga situasi saya dan blog. Kali ini biarlah saya bercakap sedikit tentang laman ini yang sudah lebih setahun saya curahkan idea dan perkongsian ilmu di dalamnya.
Sebenarnya masalah yang saya hadapi ini sudah lama. Sengaja saya pendamkan agar tidak timbul salah faham di kalangan pengunjung. Ianya berkait dengan hak cipta, originality dan kredit kepada blog. Sebelum ini seorang teman saya, Rizal Hamdan pernah menulis dalam blognya, berkenaan bagaimana seorang lulusan Master mengambil tulisan dia dan dijadikan 'hak milik sendiri' dalam laman IKIM.
Ya, siapa yang tidak terkilan bilamana jerit payah, sengkang mata, usaha sendiri tiba-tiba 'dicuri' oleh orang lain?
Saya juga mengalami masalah serupa. Dari dulu hingga sekarang. Bermula tajuk Afghanistan ke angkasa 19 tahun lalu, Jawapan untuk Anwarisme, SaYa BeRuMuR 129 TaHuN SaYa MaSiH HiDuP DaN SaYa BoLeH MeNGuNDi , 10 SeBaB MeNoLaK BN, hinggalah kepada yang terbaru HeBaT BeNaR MeNTeRi KiTa! dan EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j, ada sahabat-sahabat blogger yang mengambil tulisan saya dan diletakkan blog mereka. Ada lagi tajuk yang lain, tapi itu sekadar contoh.
Saya tidak marah, malah saya ucap ribuan terima kasih kerana gema suara saya di sambung oleh rakan-rakan lain. Cuma yang menjadi kilan bagi saya bilamana ada segelintir (bukan semua) yang menjadikan tulisan saya sebagai 'hak milik sendiri'. Memberikan kredit tentu jauh sekali.
Perkara ini bukan terjadi pada laman blog saja. Saya masih ingat, contoh, satu tulisan saya iaitu Jawapan untuk Anwarisme, diambil sebahagiannya oleh sebuah laman web rasmi suara parti oposisi dan dijadikan 'hak milik sendiri' sang penulis.
Saya ingin tegaskan, memberikan kredit kepada penulis asal bukan soal mempromosikan blog. Ia menunjukkan rasa hormat pada ilmu dan tanda aras moral blogger yang menyalin tampal tulisan itu. Kalau sekadar mahukan hits yang tinggi, nah.. banyak caranya. Buat saja satu video di Youtube dengan 'gambar panas' dan 'tajuk panas', kemudian sertakan link blog sendiri. Mau 6 juta hits sehari. Tak perlulah saya huraikan maksud 'panas' itu.
Lagi pula, katalah saya mengambil satu artikel daripada saudara Rizal. Kemudian saya letakkan link http://syeikhryz.blogspot.com/ , agak-agak berapa ramai yang nak klik link ini? Buat apa nak klik lagi sebab artikel Rizal itu sudah ada dalam blog saya?
Tapi sebagai rasa hormat pada budaya ilmu, saya tetap akan linkkan. Ini menunjukkan saya bukan penulis asal dan mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.
Begitu juga dalam blog ini. Setiap kali blog ini menulis, akan dilinkkan sekali sumbernya dari mana. Kalau Suara Keadilan, maka Suara Keadilanlah. Kalau Harakah maka Harakahlah akan tetap dilinkkan.
Paling tidak jika tiada kredit sekalipun, janganlah sampai nama iBNuZaCK: yang selalu saya tulis di setiap penghujung artikel juga di edit dengan nama lain.
Kilan saya bukan apa. Saya cuma terasa bilamana ada yang bertanya adakah saya ambil tulisan sekian-sekian dari laman web sekian-sekian? Walhal, laman itu yang ambil daripada saya. Tapi sebab tiada kredit atau artikel diubah sedikit, maka keraguan ini timbul.
Saya tegaskan bahawa semua tulisan dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya MELAINKAN saya nyatakan sebaliknya. Blog ini juga berusaha untuk mencari keaslian. Dengan kata lain, jika sekiranya blog ini mempunyai pandangan sama dengan laman-laman terkenal yang lain, tulisan berkenaannya tidak akan dipublish. Contoh artikel berkenaan DEB tidak saya publish hingga kini sebab ketika saya menulis, saya dapati Harakah sudah publish artikel yang hampir sama. Itu puncanya kepada mereka yang selalu bertanya, 'Awat lambat sangat update nih?"
Tapi saya tidak nafikan adanya persamaan idea dengan blog lain ketika menulis. Contoh, artikel FDi USD 1 TRiLLioN : TeGuRaN BuaT HaRaKaHDaiLy mempunyai persamaan yang ketara dengan tulisan saudara Hasbullah di Hembusan ditipu Harakah. Walhal, saya hanya kenal saudara Hasbullah dan blognya bilamana dia sendiri yang bagitahu persamaan itu dalam ruangan komen blog ini.
Setiap blog ada hak ciptanya. Jika mahu ambil sebarang tulisan dalam blog ini, sangat dialu-alukan malah saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sahabat-sahabat tidak perlu minta atau tunggu keizinan saya dahulu. Saya bukannya setiap hari mengadap blog ini. Hanya, sertakan kredit @ link blog atau paling koman jangan hilangkan nama iBNUZaCK: daripada artikel.
Silapnya mungkin pada saya juga. Saya tidak terus-terang. Saya kurang ambil peduli tentang hal ini dahulu. Mungkin saya terlalu husnuzzan dan naif. Selalu memikirkan bahawa sikap semua blogger seperti saya. Harapannya, biarlah tulisan ini menunjukkan pendirian saya, merungkai beberapa persoalan pengunjung dan jadi yang pertama dan terakhir dalam soal ini.
iBNuZaCK: Nak register blog dengan SIRIM.














