Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 28, 2008

Salam Tahun Baru Hijrah...Jangan merosakkan nama Islam!!

Selamat tahun Baru Hijrah..

Buku amalan kita ditutup dengan pahala dan dibuka juga dengan pahala kehendaknya..
Setelah pelbagai cabaran getir Rasulullah membawa suara Islam ke seluruh pelusuk dunia..
melalui cara berhikmah..dan kerjasama antara semua..Hayati kisah dibawah ini dengan penuh keinsafan dan ketepikan ideologi bongkak masing2..Islam itu tetap berada diatas!!Bukan
perjuangan petubuhan kalian..

Orang lain bukan najis dan sampah sampai kita tidak mahu menerima bentuk kerjasama dan terlalu bersikap prejudis dengan mereka..Kalau kita sendiri tak berusaha,kenapa kita mengkritik usaha orang lain untuk memartabatkan Islam itu..Adakah kita sebenarnya hasad dengki dengan perjuangan islam yang bukan daripada aliran kita??


UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.

Penghijrahan Rasulullah SAW hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif membabitkan perancangan strategik dengan melihat ruang dan peluang di tempat baru. Hijrah dilakukan semestinya kerana Allah, demi mendapatkan keredaan-Nya.


Sebenarnya, urutan peristiwa Penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Yathrib ini bermula apabila pemuka-pemuka Quraisy yang diketuai Abu Jahal berasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Makkah dalam tempoh 13 tahun itu. Sepanjang tempoh tersebut mereka telah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin untuk menanggalkan Islam dalam tubuh mereka. Anak isteri dipisahkan, harta benda dirampas, nyawa diragut, dipukul dan diseksa dengan seksaan yang begitu dahsyat dan mengerikan, namun tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu tidak berjaya juga menghalang kebangkitan Islam yang semakin luas penyebarannya dari sehari ke sehari.

Pemuka Quraisy yang mewakili kabilah masing-masing telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 26 Safar tahun ke 14 kenabian bertempat di Darul Nadwah bagi membincangkan langkah yang akan diambil untuk memusnahkan Islam. Di dalam persidangan itu iblis turut menghadirinya dengan menyamar sebagai Syeikh An-Najd (seorang tua dari Najd) yang turut memberi cadangan dan usul yang jahat. Persidangan itu akhirnya berakhir dengan menerima cadangan dari Abu Al-Aswad agar Rasulullah SAW dibuang negeri dan kemudian menerima pula cadangan dari Abu Al-Buktari yang mencadangkan agar Rasulullah SAW dipenjarakan.

Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril mengenai pakatan jahat itu dan memerintahkan agar Rasulullah saw berhijrah ke Yathrib. Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan ingatlah wahai Muhammad, ketika orang bukan Islam Makkah menjalankan tipu daya ke atasmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka, kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya" - (Surah Al-Anfal, ayat 30).

Rasulullah SAW telah memberitahu sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq mengenai makluman dan perintah dari Allah SWT itu dan membuat persiapan dan perancangan untuk berhijrah dari tanah kelahirannya itu.

Ringkasnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan Saidina Ali bin Abi Talib, agar berbaring menggantikannya di tempat pembaringan dan menyampaikan beberapa pesanan dan amanah kepada Ali. Helah yang dilakukan oleh Baginda ini berjaya memperdayakan pengintip Quraisy yang telah mengintai tempat pembaringan Rasulullah SAW dan melihat sekujur tubuh sedang tidur yang disangkakan Rasulullah SAW itu. Rasulullah SAW telah berjaya melarikan diri dari kepungan Quraisy tanpa disedari oleh mereka walaupun seorang pun.

Rasulullah SAW bersama Abu Bakar bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur dan bermalam di dalamnya selama tiga malam. Dalam tempoh itu, Asma dan Aisyah membawa bekalan makanan manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik bagi mendengar sebarang berita atau perancangan dari pembesar Musyrikin dan Amir bin Fuhaira' pula mengembala kambing di sepanjang laluan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan Abu Bakar bagi menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka berdua itu. Sewaktu Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di Gua Thur ini telah berlaku beberapa mukjizat iaitu wujudnya sarang labah-labah di depan gua dan sebagainya sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

Pihak Quraisy yang kecewa akibat tidak berjaya menangkap mereka berdua telah mengumumkan beberapa tawaran istimewa berupa ganjaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya memberkas dua orang pelarian yang amat dikehendaki itu. Tawaran ini telah berjaya menarik minat Suraqah bin Malik yang berjaya mengesan jejak mereka berdua dan mengejarnya dari belakang. Namun impiannya untuk mendapatkan 100 ekor unta itu berkecai akibat beliau dan kudanya tersungkur rebah ke tanah. (Suraqah akhirnya memeluk Islam)

Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddiq meneruskan perjalanan mereka berdua melalui beberapa perkampungan di antaranya Tihama dan melintasi padang pasir yang luas dalam keadaan panas terik yang membakar padang pasir Sahara. Perjalanan yang penuh dengan kesusahan dan keperitan dengan melintasi padang pasir, batu kapur, lembah curam, binatang berbisa, kedinginan malam hari dan pelbagai tribulasi yang menguji Rasulullah dan rombongan penganut Islam.

Segala bentuk kepayahan itu berjaya diharungi dengan hanya berbekalkan keimanan, ketabahan, kesabaran, kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT.


Akhirnya Rasulullah SAW bersama Abu Bakar tiba di Quba' pada Isnin 8 Rabiulawal tahun ke-14 Kenabiaan, sebahagian ulama mengatakan hari itu bertepatan dengan 12 Rabiulawal. Baginda menetap di situ selama empat hari dan mendirikan Masjid Quba'.

Maka pada 24 September 622M bergemalah alunan merdu Thola'al Badrul Alaina yang dialunkan sebagai meraikan selamat datang rombongan Rasulullah SAW dengan penuh gembira. Tanpa disangka dan tanpa diduga, golongan Ansar yang dahulunya berperang sesama mereka tetapi akhirnya menerima agama yang menyatukan hati-hati mereka.

Sabda Rasulullah yang bermaksud "Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din" - (Hadis riwayat Bukhari). Kehadiran Islam menyatukan hati yang bersengketa bagi membentuk wahdatul qalb. Islam agama sejahtera ini telah menyatukan puak Ansar yang lama bersengketa itu. Suatu rahmat yang tiada bandingannya. Rahmat keamanan yang menenggelamkan
persengketaan.

Renunglah kembali pengertian penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah yang memberi nafas baru kepada suatu perubahan yang besar dalam sejarah kebangkitan ummah. Penghijrahan beberapa orang sahabat ke Habsyah misalnya adalah sekadar penghijrahan biasa saja. bagi melarikan diri dari kezaliman, cemuhan dan seksaan Musyrikin Makkah dan penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib adalah penghijrahan yang dilakukan atas arahan dan perintah Allah bagi meneruskan perjuangan untuk menegak, mengukuh dan mempertahankan Islam.

Firman Allah yang bermaksud "Maka barang siapa yang mengikut petunjuk ku, maka tiadalah dia akan tersesat dan tiada pula akan sengsara" - (surah Al-Baqarah, ayat 38)
Kalangan ulama bersepakat meletakkan peristiwa hijrah sebagai 'zaman baru' yang memberi 'nafas baru' kepada misi penyebaran Islam. Selain daripada tahun hijrah diguna pakai sebagai penanda takwim baru umat Islam, hijrah juga menandakan bermulanya method kehidupan baru melalui pembinaan semula sahsiah dan keperibadian Muslim seperti yang dibentuk dan diperkasakan agama. Perpindahan daripada amalan yang memaparkan kejahilan setelah hilang panduan hidup kepada amalan yang berasaskan disiplin agama yang berpandukan al-Quran.

Menghayati penghijrahan Rasulullah SAW bermakna menghayati falsafah kecekapan dan kepintaran strategi, kesabaran dan kecekalan, keyakinan dan ketegasan, kesungguhan dan bermatlamat. Ia membabitkan semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada belia yang diwakili oleh Saidina Ali, golongan dewasa yang diwakili oleh Abu Bakar As Siddiq, golongan korporat yang diwakili oleh Abdul Rahman Auf, golongan wanita yang diwakili oleh Asma' Abu Bakar.

Pembabitan kalangan bukan Islam sebagai penunjuk jalan yang diwakili oleh Abdullah Uraiqit juga membantu dalam menjayakan misi penghijrahan ini.




CheguFadh:
Lihat..Golongan kafir (non-muslim) pun turut serta dalam misi ini menjayakan kemenangan Islam..Perlu difahami Kafir itu terbahagi kpd 2 yakni Zimmi dan Harbi.

Jadi tak usah kita hendak terlalu memusuhi mereka dan perangi mereka tanpa sebab..kerana disebabkan tindakan kita masyarakat Islam yang terkadang terlalu ekstrim menyebabkan mereka mengguna pakai ayat yang ada dalam Quran dan diputarbelitkan dan menunjukkan kita kembali masyarakt Islam memusuhi perpaduan dan menyukai keganasan..

Harap kita sama2 dapat berubah..membuat revolusi..Salam Hijrah..Salam REFORMASI!!!

Dec 26, 2008

HUDUD..Siapa Bodoh..siapa Musuh Islam???

Kita lihat siapa yang terkena???

We respect PAS for wanting hudud as Islam is their aspiration, but you still need two-thirds parliamentary majority



hehe..itulah yang diungkapkan DAP apabila
dicabar oleh seorang Menteri Cina supaya memboikot
PRK Kuala Terengganu..Tetapi respon DAP itu mendapat kejutan
kerana DAP tidak risau dengan HUDUD..Undang2 HUDUD itu telah diperjelaskan oleh
Dewan Ulama PAS sendiri..tetapi media arus propaganda yang telah dicabul dan diliwat
oleh parti bongkak dan takbur tidak menghebahkannya malah turut mengecam Hudud..


GERAKAN membuat statement Visi PAS bertentangan dgn FC..
tetapi apa sebenarnya maksud GERAKAN??die nak ckp HUDUD(hukum Allah)
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh orang2 asing tanpa
ada satu pun melibatkan orang negara kita yakni orang melayu..

saudara xpercaya terpulang..boleh semak sendiri sejarah..
ok??saya suke rungkai semula sejarah dan bukan hanya sejarah yang dipelajari disekolah sebab dah terlalu banyak diseleweng..seolah2 tidak ada orang lain yang berjuang bermati2an sampai ke medan perang..yang diangkat hanya satu nama sahaja..


Tetapi kita akan lihat akan ada tak penerimaan mereka mengenai HUDUD..
Aku tak pernah lihat lagi apa2 bentuk sokongan..Kalau ayat cuba utk bersetuju boleh tahan..
tetapi ayat penghinaan tu yang aku xdapat menerima..

Jom baca nukilan saudara Zulkifli..seorang teman sepengajian aku..


Jerat HUDUD mula menikam diri..DAP semakin cerdik dengan mainan BN





Menjelang PRK Kuala Terengganu, BN menggunakan isu hudud untuk memerangkap PAS. BN mungkin merasakan dengan isu hudud ini pengundi Melayu akan hilang keyakinan kepada PAS lantaran PAS masih gagal mengamalkan undang-undang Islam itu di Kelantan dan 4 buah negeri PR yang lain.
Pada masa yang sama BN juga cuba menakut-nakutkan pengundi Cina dengan hukum hudud ini.
Namun saya yakin rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sudah masak dengan taktik BN yang menggunakan media untuk mempengaruhi pengundi. Isu ini mula disensasikan oleh media dengan memetik jawapan Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menyatakan PAS tetap konsisten ini mengamalkan Hukum Hudud jika PAS memerintah Malaysia.
Husam dilaporkan berkata demikian pada wacana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, ketika beliau menjawab pertanyaan seorang lagi ahli panel pada program tersebut iaitu Khairy Jamaluddin.
Media sengaja membesar-besarkan isu ini sedangkan banyak isu lain yang diperdebatkan pada program tersebut.
Saya sangat gembira dengan keputusan BN menggunakan isu hudud ini kerana ternyata ianya memakan diri. BN mengharapkan DAP melenting dengan pendirian PAS. Namun ternyata DAP matang dan rasional. Pemimpin-pemimpinnya memberikan 'feedback' yang baik dengan menyatakan mereka menghormati pendirian PAS dan semua langkah kearah pelaksanaan itu boleh dibincangkan di kalangan komponen PR.
Malah Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran secara jelas yakin bahawa orang Cina tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Pemimpin DAP juga yakin pengundi Cina di Kuala Terengganu akan mengundi PR bagi membantu kemenangan PAS.
Bagi pengundi Melayu pula sebahagian besar mereka faham bahawa kegagalan PAS mengamalkan hukum hudud di Kelantan adalah disebabkan halangan kerajaan pusat dan perlembagaan negara Malaysia sendiri. Mereka faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bertentangan dengan perlembagaan negara sudah pasti terbatal dengan sendirinya.
Malah orang Melayu dan Islam masih ingat bagaimana biadapnya bekas Presiden Umno, Dr Mahathir yang menghantar surat amaran dan ugutan kepada Kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengamalkan undang-undang hudud setelah ianya diluluskan oleh DUN Kelantan.
Maka tidak syak lagi kegagalan Kelantan menggunapakai undang-undang hudud bukannya disebabkan PAS tetapi adalah kerana halangan dari kerajaan BN.
Hehehehe...
Nampaknya UMNO-BN dah mula terjerat dengan umpan hukum hudud. Inilah balasannya a[abila hukum hudud dipermainkan. Mulanya hudud dijadikan senjata ampuh untuk menikam PAS dan pada masa yang sama ingin memecahkan pakatan antara PAS dan DAP. Alhamdulillah beberapa pemimpin utama DAP telah cerdik dengan sendirinya apabila isu hukum hudud ini timbul. Itulah indahnya Islam. Apabila non-muslim menyedari keindahan Islam mereka akan menerima Islam secara terbuka. Terima xsemestinya mereka masuk Islam yang penting mereka menerima dasar-dasar Islam. InsyaAllah lama-lama mereka akan menerima Islam sepenuhnya.

PPSMI Melemahkan Pelajar

Oleh: Mohamad Aizuddin Bin Anuar (Persatuan Bahasa Arab UM)

Dasar PPSMI yang diasaskan oleh kerajaan tidak memberi manfaat langsung kepada pelajar bahkan melemahkan pelajar khususnya dalam subjek Sains & Matematik dan dasar ini telah mendapat banyak tentangan setelah 6 tahun dasar ini dijalankan. Banyak pihak yang bertegas untuk terus membantah dasar PPSMI ini jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan dasar ini pada masa akan datang.

Siapa lagi yang ingin memperjuangkan bahasa melayu kalau bukan orang melayu sendiri. Sekarang kita lihat orang melayu sendiri yang ingin mengetepikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini telah bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Setelah 51 tahun merdeka, kini kita ibarat ingin kembali balik kepada zaman penjajah.

Kalau kita teliti tentang pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris, kita akan dapati banyak masalah yang dihadapi oleh guru dan murid. Guru terpaksa menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kelas.

Hal ini membawa kepayahan dan kekeliruan kepada guru untuk menerangkan ilmu dan istilah-istilah sains kepada para pelajar sedangkan ilmu sains itu sendiri memerlukan penerangan yang mendalam untuk memahaminya. Samalah juga seperti guru itu terpaksa menguasai bahasa arab .. kesannya, guru keliru, para pelajar menjadi lagi keliru dan tidak paham.

Sebenarnya, tiada masalah untuk para pelajar menguasai bahasa inggeris. Di sekolah rendah, 6 tahun dan sekolah menengah 6/7 tahun termasuk matrikulasi kita telah pelajari bahasa inggeris,tetapi kita masih tidak dapat meguasainya, sebab apa?sebab kaedah pembelajaran bahasa inggeris yang diasaskan oleh kerajaan tidak kena caranya.

Sebaiknya, setiap sekolah membuat makmal bahasa untuk mewujudkan persekitaran bahasa inggeris. Selain itu, lanjutan waktu untuk subjek bahasa inggeris supaya para pelajar dapat mendalaminya.saya yakin dan percaya perlaksanaan 2 langkah ini sahaja mampu memantapkan BI.

Kalau kita lihat kepada pelajar arab yang datang belajar di IPTA dan IPTS , contohnya di Fakulti Bahasa & Linguistik UM, pada mulanya mereka daripada tidak tahu langsung berbahasa inggeris, mereka mengambil masa 1 tahun sahaja untuk mantap berbahasa inggeris berbanding kita 12 tahun tetapi tak mantap BI.

Macam mana orang arab dapat menguasai BI dalam tempoh yang singkat? Selain mempraktikkan bahasa, mereka tinggal sebilik dengan pelajar2 dari negara-negara pelbagai yang membolehkan mereka menggunakan BI sebagai bahasa harian. Jadi di peringkat universiti, saya cadangkan supaya mahasiswa-mahasiswa tinggal sebilik dengan pelajar antarabangsa seperti yang diamalkan universiti luar negara.

Selain belajar bahasa, kita boleh bertukar-tukar pandangan,berdakwah dan mencari peluang kerjaya di negara mereka. Saya yakin, cara ini dapat memantapkan mahasiswa berbahasa Inggeris kerana teori meguasai sesuatu bahasa itu adalah praktik/menggunakan bahasa itu.



CheguFadh:
untuk perkembangan mengenai PPSMI boleh lawati blog ini..
http://bmppsmi.blogspot.com/





HANGAT!!!Bila Nik Aziz bercakap pasal cinta

Oleh Hasbullah Ahmad
Gambar oleh Jamal Foto

SELAYANG, 26 Dis: "Nik Aziz bercakap pasal cinta? Wow ini sudah bagus."

Itulah persepsi awal apabila Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan akan berceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang Sabtu 20 Disember lepas.
Nik Aziz telah digandingkan dengan seorang tokoh kontroversi PAS Selangor dalam ceramah itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Turut serta adalah Yang Dipertua PAS Selayang, Haji Muhamad Abdul Rahman dan juga Ketua PKR Selayang, Abdul Rahim.

Padang permainan kanak-kanak di bandar baru yang penduduknya 90 peratus Melayu itu penuh dengan penonton walaupun hujan turun renyai-renyai menjelang ceramah itu.


Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, "letihlah" sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.

Dengan umurnya 78 tahun, memang Nik Aziz kelihatan letih sebaik sahaja tiba dengan diiringi motor superbike dari tol Rawang ke Bandar Tasik Puteri.

Namun, kerana di depan beliau adalah penonton baru yang mungkin tidak pernah beliau temui, Nik Aziz kelihatan bersemangat luar biasa.
Nik Aziz menghuraikan cinta yang sepatutnya ada pada umat manusia. Bukan setakat cinta sesama makhluk tetapi juga kepada pencipta manusia iaitu Allah.

Beliau melahirkan rasa hairannya dengan sikap manusia yang sentiasa menanamkan benih-benih benci sesama manusia atas alasan berlainan bangsa.

"Lihat isu bahasa papan tanda di Pulau Pinang. Papan tanda tak mahu bagi tulis tulisan Cina padahal bercakap dibenarkan. Bahasa ini adalah hak semua manusia," kata beliau.

Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.

"Puas hatilah...ini kali pertama saya mendengar dia ceramah secara live," kata seorang penyokong PAS di situ kepada penulis.

Di majlis itu, Nik Aziz melancarkan buku ulasan beliau, Kisah Cinta dari Al Quran.

Selepas majlis pelancaran, berpuluh-puluh penonton berbaris panjang untuk mendapatkan tandatangan beliau ke atas buku yang diterbitkan semula dengan ulasan beliau itu.

Yang mendahului adalah pimpinan PAS kawasan Selayang sendiri yang jarang-jarang bertemu secara langsung dengan beliau.

"PAS kawasan mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran ceramah semalam," tulis Yang Dipertua PAS Selayang, Muhamad Abdul Rahman terhadap majlis itu.

















CheguFadh:
Hehe..tau pun korang..tapi rugi pulak aku xdengar..
skg ni aku plak dah berstatus single (lebih 6bulan dah)
agak ok gak...1st luv mmg sukar dilupakan..tp stiap
kejadian pasti ada hikmahnya..kalau ada jodoh,xkemana..tp kena la gak berusaha..

p/s: siapa ckp bercinta masa study kat Universty salah??Jumud betul..dah ade pelajaran..pendidikan..dah nak melangkah ke alam pekerjaan..sepatutnya kita bantu kawan2 bina rumah tangga..Yang salah ditegah,bagi la nasihat..AKu bukan anti Couple..Kat UIA pun bagi rm1000 dan rumah khas kpd student diorang yang nak mendirikan rumah tangga..So.jangan terlalu jumud dan ekstrim..Wallahualam..

Aktiviti Masa Lapang..perkembangan terkini

Aku rase sejak habis sam aritu aku dah habiskan banyak gile
duit kat wayang..dari cite Madagascar2,Quantum Of Solace and The Vampire who Admire Me..tu b4 aku pegi FestiVal Nasyid MAKUM kat UTM..Aku leh bagi kredit kat Madagascar je sbb best..Tapi aku rase yang previous pny much better la kot..Hasrat nak tengok Antoo Fighter xpernah kesampaian sebab busy ngn recording..last2 aku lupekan hajat tu..


Tapi sejak lepas raye Haji aku dah start balik..
bermula dengan

Transporter3 (11dec2008)



Los dan Faun (12 dec2008)


Histeria (21 dec 2008)




dan Yes Man (22 dec 2008)





Komen aku,cite Transporter paling aku puas hati..tapi klu nak compare dgn Transporter 1 n 2 yg 3 ni la paling hampeh,tp still mantap gak sbb actor die pndai mainkan watak n kewl kot..(4 1/2 stars)

Los dan Faun,satu fenomena baru dlm dunia filem tempatan..Idea paling kreatif Afdlin stakat ni,tapi xde la sampai boleh tanding kehebatan jalan cerita BULI (sbb ade Nasha Aziz ke aku minat ni..haha)
(3 1/2 stars)

Yes Man akan buat korang terfikir..Cite falsafah tapi berbentuk komedi..nak suruh kite gunakan setiap peluang dan detik kehidupan dengan betul sambil kite eratkan ukhwah.Good muvee..(3 1/2 stars)

Histeria..
Paling menyesal aku tengok..bagi aku filem ni agak sampah..sebab motif tah ape2..unsur seram xde..Jembalang bunuh orang..herm..klu nak bunuh pn bg la logik sikit..Aku tgk Goda n Ghost series kat 8tv org cina buat ok je..tp yang ni mmg worst la.. (1 1/2 stars)

hehe..tapi xde la stp mase aku g tgk wayang je..
aku pun ade gak bercuti kat Morib ngan PD..
dats y ade satu mase ri2 aku xupdate lame gile blog ni..

nway..result dah dapat..mengecewakan aku..mmg dah dijangka..
Tak seperti yang diharapkan..Tapi aku dah cube yang terbaik.
Mungkin aku careless sgt kot dan ade terlalu konfiden smp jadi cm2..
Aku nak cube baiki pulak sam dpn..InsyaAllah..doakan aku ye kawan2..


Okla..tu je perkembangan terbaru aku..aku baru je balik dari KL
tadi bawak family aku duk jalan2 kat area Imbi..nak tunjuk kat diorang..sng sket nanti klu nak g shopping kat LowYatt or Times Square tu..Sekian..Wassalam..


p/s:Tengok wayang xsalah rasanya..Lagipun aku g dgn adik beradik aku..Bwk adik2..Tahla..sbb ade dulu kwn aku yg ckp masuk wayang ni HARAM..huhu..tahla..

Dis is CRAZY..

Malam tadi aku ada tgk RTM menayangkan sebuah cerita Alexander dGreat..diarahkan oleh Oliver Stones.Komen aku semuanya mengarut..BullShit!!mcmne boleh digambarkan sedemikian?Aku pun nak muntah tengok cerita mengarut yang ditonjolkan dalam tu,lebih menjelikkan daripada cerita Zohan.


Ditangan Oliver,Alexander digambarkan seorang biseksual,gila kuasa,penyembah Dewa-dewi, dan lemah pendirian.Segala tindak-tanduknya dibawah kawalan ibunya,Olivia.Alexander mengikut acuan barat adalah seperti berikut:

Alexander adalah anak kepada Raja Philips II yang memerintah Macedonia. Setelah bapanya terbunuh Alexander menjadi raja.Seterusnya memulakan penaklukan dengan memusnahkan Empayar Parsi di bawah pemerintahan Darius I.Penaklukan diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Tengah, dan Asia Selatan.Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola.Kemuncaknya, Alexander di bunuh dengan racun oleh Pengikut-pengikutnya.Hayatnya terhenti pada usia 33 tahun.Ironiknya, Alexander diabadikan dalam Sejarah dunia sebagai Penakluk Agung.Sejarahwan Barat menerima bulat-bulat lagenda ini sebagai sejarah.

Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran.Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa.Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah Manusia istimewa ini secara menyeluruh.

Menurut Sejarahwan Islam,Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama.’Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk.2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat.Adalah dipercayai,Khurosh Komeni, raja Parsi adalah Manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran.Khurosh adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.

Dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas.Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu.Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya.Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan barbar yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud.

Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini.Khurosh juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau.Dan apaling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan.Dekri ini boleh ditemui di British Muzium.

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujung.Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya.Siapapun Beliau, Allah telah memberi kuasa dan pemerintahan yang luas.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.


p/s:NAMANYA disebut dalam al-Quran pada baris-baris surah al-Khaf, tetapi Allah SWT sekadar memperkenalkan nama serta secebis pengalamannya dalam menempuh episod panjang kehidupan di dunia ini.

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka. Berkata Zulkarnain: Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya (ayat 83 hingga 87)

Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu, (ayat 89 dan 90).

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?.

Zulkarnain berkata: Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.

Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu.

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar (ayat 92 hingga 98).



memang Hampeh botul la org Kafir yang buek cito tipu ni..
300 tu pun kes menipu..yang Sparta lawan zmn tu digambarkan sebagai orang Parsi yang dah dikuasai Islam..Pelik2 filem die(wpn CGI tip Top).Masecite Indiana Jones pun die pegi fitnah Russia yang kes nukleur tu..sampaikan filem Indiana Jones(best gle cite die) diharamkan kat Russia..

Tidur Mampu Tingkat Sistem Imuniti

WAKTU tidur yang diperlukan bergantung kepada pelbagai faktor terutama usia. Bayi yang baru lahir tidur antara l6 hingga 18 jam sehari manakala kanak-kanak pra-sekolah pula lazimnya harus memperoleh tidur antara 10 hingga 12 jam.

Kanak-kanak di sekolah rendah dan remaja pula memerlukan sekurang-kurangnya
sembilan jam untuk membolehkan tubuh mereka benar-benar memperoleh rehat yang mencukupi.

Bagi kebanyakan orang dewasa pula, tempoh antara 7 hingga 8 jam semalam dikatakan jumlah tidur yang terbaik. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, ‘cukup tidur’ mungkin hanyalah 5 jam atau sesetengahnya pula memerlukan 10 jam.

Apabila seseorang itu meningkat usia, corak tidurnya juga berubah. Orang dewasa yang lebih tua lebih cenderung untuk tidur ayam dan lebih kerap bangun pada waktu malam berbanding orang dewasa yang lebih muda.

Ini mungkin berpunca daripada pelbagai faktor seperti keadaan perubatan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat mereka. Namun, tiada bukti menunjukkan warga tua perlu jumlah tidur yang berkurangan berbanding orang dewasa yang lebih muda.

Mendapatkan tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan sistem imun tubuh bagi membolehkan tubuh melawan penyakit dengan lebih baik. Tidur juga diperlukan bagi membolehkan sistem saraf berfungsi dengan baik. Jumlah tidur yang terlalu sedikit akan membuatkan seseorang itu mengantuk dan tidak mampu untuk memberi tumpuan. Ia turut menjejaskan ingatan dan prestasi fizikal.

Berapa banyak tidur yang mencukupi? Pakar menyatakan jika kita berasa mengantuk pada waktu siang, itu bermakna kita kurang tidur. Selain itu, kualiti tidur juga sama penting dengan kuantiti yang diperlukan.

Tidur yang sering terganggu atau terpaksa mengehadkan waktu tidur menunjukkan seseorang itu tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Jika kita sering mengalami masalah mengantuk pada waktu siang, biarpun selepas meningkatkan jumlah tidur berkualiti, berbincanglah dengan doktor.

Jangan terlalu Cetek AKAL..

Aku memang bukan seorang yang alim
tapi aku tahu jugak la hukum hakam sedikit
dan kepada sesiapa yang kenal mak ayah aku memang akan tahu
aku dari kalangan yang bagaimana.
Dari kecil aku memang dah di didik dengan ilmu agama..
AKu juga bukanlah jenis ekstrimis sehingga melibatkan diri
dengan pemahaman lain seperti Hizbut Tahrir,Wahabi,Syiah
atau mana2 tarekat..Aku hanya insan biasa..

Nak diceritakan semasa aku menjadi ketua
kepada salah sebuah kelab kampus aku,aku berkenalan dengan seorang
usahawan yang memiliki tanah di Bentong.
Masa tu aku ditugaskan untuk survey tempat perkhemahan
dan merancang aktiviti serta budget untuk program wajib
yang termasuk dalam jam kredit kami.Banyak juga ilmu
yang diperolehi kerana usahawan ini mahu bercita-cita sejak dari dulu
ingin memiliki sebuah kawasan reakreasi dan air terjun.(tempat ni la yang aku pegi)
Dan akhirnya impiannya tercapai setelah bertahun2 mengalami kesusahan dan
tidak dibantu (ditolak) kerajaan negeri.

Masa perjalanan turun dari bukit (kami naik 4WD)
die ade bercerita tentang haiwan peliharaan yang amat disayangi.
Aku ingatkan apa,tapi rupa2nya beberapa ekor anjing!!





Kami wakil kampus berempat..
Aku dan seorang lagi sahabt lelaki menerima dengan tenang
tetapi 2 orang rakan perempuan agak terkejut..
Usahawan itu menerangkan anjing2 itu telah lama
berbakti kepada keluarganya menjaga kawasan rumah dan juga
taman rekreasi milik beliau.

Apabila kita terdengar orang Islam membela
anjing,ianya sesuatu yang sangat menjelekkan bukan??
tetapi apakah kesalahan dan dosa membela anjing???
Apakah hina anjing ini sehingga tidak mendapat tempat langsung di dunia ini??
Sama2 kita ikuti siri tulisan seorang ahli akademi yang disegani ini..

Harus bela anjing pengawal
Berita Harian , 6 Apr 2005
Oleh Prof Madya Maznah Daud


TULISAN saya minggu lalu, menyentuh peristiwa anjing menggigit kanak-kanak. Berikutan itu, beberapa pembaca bertanyakan mengenai pandangan Islam berkaitan dengan anjing peliharaan.

Seperti yang dinyatakan dalam penulisan lalu, anjing menurut pandangan jumhur fuqahak adalah najis mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah agar membasuh bekas yang dijilatnya sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah.

Namun, tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi. Setiap makhluk ciptaan Allah ada kelebihan tersendiri. Lantaran itu tidak wajar bagi kita memandang hina pada sesuatu makhluk disebabkan kejadiannya yang buruk, kotor dan najis.

Dalam satu hadis diceritakan seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ketika mana seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu dia turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya lantas mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.

”Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Selain itu, al-Quran menerangkan beberapa fungsi anjing yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.Antaranya anjing sebagai pengawal keselamatan.

Ketika menceritakan kisah Ashabul-Kahfi, Allah berfirman maksudnya: “Dan kamu mengira mereka itu jaga padahal mereka tidur. Dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua-dua lengannya di muka pintu gua...” (Surah al-Kahfi, ayat 18)Ayat ini menunjukkan harus membela anjing untuk dijadikan pengawal keselamatan. Allah menyatakan bahawa anjing itu berada di muka pintu, bukan dalam gua bersama tuannya. Jadi keharusan membela anjing sebagai pengawal tidak bermakna ia boleh dibawa masuk ke dalam rumah.

Maksud yang tersirat dalam ayat ini diperkukuhkan dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Malaikat (rahmat) tidak memasuki rumah yang ada dalamnya patung dan anjing.”Ayat ini juga menunjukkan bahawa anjing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Perihal kesetiaan anjing memang selalu didengar. Ada yang berjaya menemui jalan pulang ke rumah tuannya walaupun terpisah berpuluh-puluh batu jauhnya.

Di samping itu, ayat berkenaan memaparkan bahawa keberkatan orang salih akan melimpahi sesiapa saja yang berdampingan dengannya walaupun seekor haiwan. Lantaran itu, kita seharusnya berhati-hati dalam memilih teman. Pastikan sentiasa berdampingan dengan golongan yang baik agar sama-sama mendapat kebaikan dan keberkatannya.Selain menjadi pengawal, anjing boleh digunakan untuk berburu.

Allah berfirman maksudnya: “Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka, makanlah daripada apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 4)Binatang buas yang disebutkan dalam ayat di atas termasuk anjing. Malah perkataan ‘mukallibin’ yang bermaksud ‘mengajar binatang buas untuk berburu’ diambil daripada perkataan ‘kalb’ yang bermakna anjing. Ia menunjukkan binatang yang paling kerap digunakan untuk berburu adalah anjing. Hal ini diperkuatkan dengan beberapa hadis yang menunjukkan sahabat memang menggunakan anjing untuk berburu.

Antaranya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Adi bin Hatim. ‘Adi berkata: “Saya berkata kepada Rasulullah : Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah melepaskan anjing saya yang telah saya ajar untuk berburu dan saya menyebut Nama Allah.” Baginda bersabda: “Sekiranya engkau melepaskan anjingmu yang telah diajar untuk berburu dan engkau menyebut nama Allah maka makanlah binatang yang ditangkap oleh anjingmu itu.”

Di samping kelebihan yang ada pada anjing, ia mempunyai satu tabiat hodoh, lidahnya yang terjelir-jelir setiap ketika. Namun, di sisi Allah ada manusia yang sama hodohnya dengan anjing itu. Mereka ialah orang yang meninggalkan petunjuk kebenaran yang nyata dan memilih kesesatan. Mengutamakan kesenangan dunia yang sementara dan melupakan akhirat yang kekal abadi. Firman Allah bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan kalau Kami mengkehendaki, sesungguhnya Kami tingkatkan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Surah al-A’raf, ayat 175-176)

Kesimpulannya, semua makhluk yang diciptakan Allah, sama ada haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya untuk mempermudahkan kehidupan manusia. Hal ini agar mereka dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah dengan sebaiknya. Sebahagian makhluk menjadi sumber makanan, sebahagian digunakan untuk membuat tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan sebagainya. Malah, ada yang berkhidmat kepada manusia secara diam-diam tanpa disedari oleh manusia sendiri seperti apa yang dilakukan oleh pelbagai jenis bakteria termasuk dalam badan manusia.Ada antara makhluk Allah, khususnya haiwan yang boleh dijadikan pengajaran serta iktibar dalam pelbagai aspek. Perkara ini yang dimaksudkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...” (Surah al-Baqarah, ayat 29)Firman-Nya lagi bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kepentinganmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan antara manusia ada yang membantah keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.” (Surah Luqman, ayat 20).



terpulang kepada anda untuk memandang hina
anjing yang tidak berdosa atau mahu angkuh dengan
mempertahankan pendapat ajaran masing2..

Dec 25, 2008

Video Penuh Debat Transformasi Politik Husam vs Khairy

boleh semak kat sini

http://www.youtube.com/user/Kampungboy007

sebab yang ni penuh..jangan ambil yang kat sini

http://www.youtube.com/user/mrshamrembau


sebab kat dlm ni xpenuh..ulasan2 Khairy Jamaluddin je..
Kesian aku tgk Keparat2 yang begitu takut dengan kenyataan hujah mereka terlalu dangkal..

Almaklumla..Internet xtermasuk dalam kuasa KERAjaan..Kalu mcm TV,akhbar tu semua
terikat dgn Menteri Penerangan..siap kena ugut lagi..mcm akhbar Sinar dan BernamaTV..
ade sorg kenalan aku nama die Haidhar kat BernamaTV bongkarkan Bernama dipaksa utk memburukkan Pakatan Rakyat..

Jadi Hangpa sume dah Akil Baligh..Hangpa pandai la pilih..
Jangan Buta Hati..kita negara maju,jangan mudah diperbodohkan
dengan program2 yang nak memperbodohkan kita..huhu..
aku pakai ayat Hishamuddin Rais masa Forum ISA yang menyebabkan
wakil2 debat daripada PEWARIS keluar lari dari dewan sbb xtahan dengan ayat laser Hisham..
huhu..


Jadi..pandai2 la Pilih na...Taking care guys..
aku bagi sikit vdeo kat sini..







Selamat Menonton Video penuh kat Link yang aku bagi tu ek..
Wasalam..salam Perjuangan..

Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit

Sumber:myMetro


SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.


Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Anda boleh membuat pertanyaan mengenai artikel ini melalui SMS dengan menaip: AZLI hantar ke DAPAT|32728

Kenyataan Wan Farid

UMNO dah ada Calon..PAS bila??1Jan 2009..sama2 saksikan..
Susah sangat nak pilih sebab ramai calon yang berkredibiliti ek??
huhu..fav aku Mustafa Ali.Nak amek Mat Sabu,takut main isu orang luar..huhu..
Ape2la..asalkan ade pertandingan secara demokrasi yang sihat...

..Wan Farid..


by Mahfuz Omar

Calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang 'nanar' setelah diisytiharkan menjadi calon baru-baru ini.

Beliau menuduh PAS mengalami 'masalah dalaman' berikutan banyaknya cadangan-cadangan calon yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.

"Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calon ini, Mursyidul Am hendak calon itu, Pesuruhjaya hendak calon yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman, " kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.

Cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.

"Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kaliber, pemuda pandang orang ini kaliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.

"Itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calon yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,"

Siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tinggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk negara.

Sebab itu akhirnya PAS akan bulatkan keputusan kepada satu calon sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu.

"Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukakan kepada rakyat,"


Tahniah MahFuZ..

http://gemasuara.blogspot.com/

Menang lawan Utusan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada saya

Saya, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan. Image

Saya mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Saya mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Saya yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah


CheguFadh:
Tahniah buat YB Mahfuz..Lepas ni Utusan berhadapan pula
dengan kes Teresa Kok..Khir Toyo xnak bertanggungjawab dan
menolak tuduhan tu pada satu blog http://pembelamelayu.blogspot.com/

ini kenyataan owner blog

PERHATIAN: BLOG INI DITUTUP MULAI HARI INI 16/09/2008 KERANA TERLALU BANYAK KOMEN BERBAU PERKAUMAN DARIPADA BEBERAPA PIHAK. JIKA SAYA "APPROVE" BAHAYA, KALAU SAYA TAK "APPROVE", NANTI KATA "BIAS". JADI, SAYA AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TUTUP KOMEN DAN SEMUA BLOG YANG SEANGKATANNYA DENGANNYA. INI BAGI MENGELAKKAN LEBIH BANYAK ISU SENTIMENT PERKAUMAN YANG MUNGKIN TIMBUL.

Blog tu pun dah tutup dan xberoperasi..biasala..Tapi dulu kita tengok
kes Raja Petra,lagi hangat banyak benda,tapi sampai skg xpernah tutup..
Kementerian pulak terpaksa campur tangan block wbsite www.malaysia-today.net
tapi skg ni malaysia today dah berpindah ke http://mt.m2day.org/2008/
Jadi sama2 kita saksikan bagaimana kesudahan semua permainan politikus ini..
Lawak gak aku dengan Raja Tempe skg ni..Jowo2..perasan Melayu sungguh..hehe..

Kempen Berbasikal Jerit Ke Parlimen





Khalid: Sultan prihatin dengan Pengayuh JERIT





HENTIKAN SEGALA USAHA MEMBURUKKAN KEMPEN RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN!

pengumuman dari JERIT

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Polis yang masih tidak mahu menerima hakikat mengenai kempen Rakyat Pengayuh Perubahan yang dijalankan dari 3 hingga 18 Disember 2008. Kenyataan polis berbau "malafide" dan penuh dengan putarbelit fakta. JERIT ingin membuat penjelasan seperti dibawah untuk memberikan gambaran sebenar dan terpulang kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang bercakap benar.

1. Isu Sultan Selangor kecewa dengan tindakan sesetengah pihak memperalatkan kanak-kanak dan telah mengarahkan polis mengambil tindakan tegas.

JERIT berpendapat Baginda Sultan Selangor telah diberikan gambaran yang tidak betul dan berat sebelah oleh Ketua Polis Selangor dan ini mungkin telah mempengaruhi pandangan Tuanku. JERIT akan menulis kepada Tuanku untuk memberikan gambaran yang sebenar.

2. Isu JERIT menggunakan dan menindas kanak-kanak untuk kepentingan kempen JERIT.

Mereka yang menyertai kempen Rakyat Pengayuh Perubahan adalah dalam lingkungan umur 14 tahun keatas hingga 40 tahun. Isu yang diungkitkan oleh polis hanya meliputi sebahagian pengayuh basikal antara umur 14 sehingga 18 tahun. Setakat ini tidak ada seorang pun kanak-kanak atau ibubapa yang membuat aduan kepada pihak polis atau pihak ketiga mengenai JERIT. Kanak-kanak yang dibenarkan menyertai kempen basikal JERIT adalah mereka yang berumur 14 tahun ke atas dan jika mereka adalah pelajar sekolah, mereka mesti mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga.

Sebelum JERIT memulakan ekpedisi ini, JERIT telah memperolehi nasihat pakar mengenai kempen ini. Antara tindakan yang diambil oleh JERIT ialah semua basikal dan penunggang mempunyai peralatan yang selamat seperti topi dan seluar berbasikal. Kami juga tidak melakukan sebarang aktiviti berbasikal pda waktu malam, sentiasa mengikuti peraturan lalulintas dan tidak menggunakan lebuhraya. (Menunggang dilebuhraya adalah melanggar kod etika lebuhraya)

Selain daripada itu, JERIT juga telah mendapatkan insuran keselamatan untuk peserta kempen ini. Malah, mereka juga ditegah berbasikal dalam jarak yang jauh. Sepanjang kempen, tidak ada seorang pengayuh pun yang ditimpa kemalangan atau dimasukkan ke hospital kerana berbasikal. Semasa polis mula memberikan amaran mengenai isu kanak-kanak, JERIT sekali lagi telah meminta ibubapa dan kanak-kanak tersebut membuat keputusan samada mereka hendak meneruskan kempen atau berundur. Hampir kesemua ibubapa dan kanak-kanak mahu meneruskan kempen.

Pada masa yang sama, beberapa ibubapa kanak-kanak yang tidak berpuashati dengan tindakan polis kononnya menyelamatkan anak mereka dan menempatkan anak mereka dibawah jagaan Kebajikan di Balai Polis Rawang bercadang menyaman pihak polis. Tindakan ini adalah tindakan bebas ibubapa kanak-kanak tersebut.

JERIT juga berpendirian kenyataan pihak polis menafikan hak untuk kanak-kanak terlibat dalam aktiviti atas kerelaan sendiri dan ini melanggar Konvensyen hak kanak-kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) di mana, Malaysia adalah salah satu Negara yang menandatanganinya. Dalam Konvensyen tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel 13, manakala Hak berhimpun dan menyertai sebarang persatuan juga termaktub dalam Artikel 15, CRC.

Selain daripada itu, Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa kanak-kanak terlibat dalam demonstrasi adalah amat tidak tepat kerana sepanjang program, kanak-kanak dibawah umur 18tahun tidak terlibat dalam perhimpunan. Malah sepanjang program dua minggu ini, tidak pernah sekali pun polis mengistiharkan mana-mana aktiviti ini sebagai perhimpunan haram seperti yang termaktub dalam Akta Polis Section 27.

Maka tuduhan yang kanak-kanak digunakan untuk demonstrasi tidak betul kerana , remaja dibawah 18 tahun hanya mengayuh basikal. Mereka tidak mengedarkan risalah pun, apatah lagi berdemonstrasi. Di hadapan parlimen pun tiada demonstrasi, hanya sambutan kepada para pengayuh yang sampai di Parlimen. Maka kenyataan berdemonstrasi itu tidak tepat dan tidak boleh digunakan di sini, walaupun pada pendapat kami bahawa Perlembagaan Negara Perkara 10 memberi setiap rakyat Malaysia hak untuk berhimpun dan meluahkan pendapat secara aman.

3, Hubungan dengan Hindraf

Semua aktivis yang melibatkan diri dengan JERIT sudah lama berkecimpung dengan JERIT sejak 2002 dan pihak polis memang arif tentang itu. Adalah satu malapetaka kepada risikan polis(intelligence) andaikata JERIT dapat dikatakan mempunyai kaitan dengan Hindraf. Namun, kami tidak menafikan bahawa ramai organisasi menyokong tuntutan JERIT.

JERIT tidak mempunyai sebarang hubungan dengan HINDRAF. Namun, adalah menjadi satu taktik kotor polis sejak dulu lagi untuk cuba mengaitkan satu kumpulan dengan sebuah kumpulan yang sudah diharamkan.

4.Kenyataan IGP mengenai democrazy" dan hipokrasi?

Sebenarnya IGP adalah seorang hipokrit. Ini adalah kerana pada 18hb. Disember 2008, tidak ada sebarang perhimpunan diluar Parlimen malah satu upacara telah dirancang didalam di dewan serbaguna di Parlimen. Namun demikian, pihak polis tidak membenarkan program ini berjalan dengan lancar dan telah membuat sekatan jalanraya, menghalang penunggang basikal dan membuat keadaan di sekitar parlimen kecoh dan tegang. Justeru itu, pihak polis bertanggungjawab menjadikan keadaan aman ini "crazy".

Selain daripada itu, Tuan IGP sendiri telah diberi surat bertarikh 28/11/2008 yang telah dihantar melalui tangan ke pejabat IGP. JIka IGP seorang yang ikhlas, beliau akan berdialog dengan JERIT untuk mencari jalan bertamadun untuk membolehkan program ini berjalan.

Pihak wakil JERIT juga sehari sebelum program 18 Disember 2008 juga telah mengatakan perbincangan dengan Pemangku CPO Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur dimana segala rancangan untuk 18hb. Disember 2008 dibincang. Malah wakil JERIT sepanjang program ini telah mengadakan perbincangan dengan banyak Pegawai Polis dan Ketua Polis Daerah sepanjang program. Justeru itu, memang ada hubungan antara JERIT dengan polis. Oleh yang demikian adalah amat baik untuk IGP menilai kembali kenyataan beliau.

Namun demikian, polis bertindak seperti ahli politik apabila mengambil pendirian untuk menghalang kempen ini walaupun tidak ada isu keselamatan yang benar yang wujud. Polis sepatutnya bersikap neutral dan bebas (independent). Polis tidak perlu mengarah Majlis Penguam bersikap independent kerana Majlis Peguam adalah sebuah badan yang mempunyai kredibilitii tinggi di kalangan rakyat berbanding dengan instutusi polis. Bagi kami, nampaknya pihak polis yang tidak bertindak secara independent dan mengambil sikap berat sebelah.



Penghargaan

JERIT mengucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam, SUHAKAM dan lebih 40 organisasi lain yang telah menyokong kempen JERIT. Selain daripada itu, Menteri Besar Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang juga telah menerima dan memberikan sokongan kepada kempen ini.

Namun demikian, JERIT ingin mengatakan terdapat juga ramai pihak polis yang bertindak mengikut budi bicara dan telah berkelakuan profesional dan membolehkan kempen ini berjalan dengan baik. Namun terdapat segelintir pegawai polis yang telah menerima arahan dari Bukit Aman yang telah bertindak ganas, iaitu diluar bidang kuasa mereka.

Sehubungan dengan ini, JERIT meminta pihak polis untuk menghentikan usaha-usaha untuk memburukkan kempen JERIT Rakyat Pengayuh Perubahan. Kempen ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menyebarkan mesej kesedaran mengenai isu rakyat.

Sekian terima kasih. Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2009

Yang benar,
Jawatankuasa Nasional JERIT



CheguFadh:
Huhu..Kanak2 mengayuh basikal boleh membahayakan nyawa??
Dah dengan berpuluh2 orang dewasa mengawasi,bukan tengah malam
masa panas terik siang dengan baju terang kaler merah..Ramai2 lagi KONVOI..
ade x kereta yang buta ek xnampak??huhu..pelik aku..

kalau cm2 POLIS kena keluarkan satu AKTA POLIS MERAPU
melarang kanak2 menunggang dan memiliki basikal tanpa kebenaran
dan permit POLIS..ok Musa Hassan??

Anwar edisi 1998 b4 difitnah dan dipecat




Senang cite camnila..
aku buat sket analogi..
kisah Dollah dengan Ajib..

Ajib cakap Dollah la bestfwen die..
ape2 pun die akan tetap berada disisi
Dollah..bila ajib ni dah letakkan kepercayaan
yang tinggi kpd si dollah..tiba2..

Satu hari Dollah dpt satu cite
yg Ajib ni g usya gf die..
dh la gf si Dollah ni paling hot
kat kampung tu,then Dollah ni trase dicabar la..
Walhal berita tu belum tentu betul..

Si Dollah pun g buat
satu cite palsu psl
Ajib..then sume bukti mcm
diada2kan dan org kampung
pulak mcm percaya kat si Dollah..
Ajib dihina dan diaibkan oleh bestfwen die..

agak2 la korang bile ade kat tempat Ajib,
korang akan terus respect Dollah
atau korang tegakkan kebenaran semula??

dak kecik pun leh jawab beb..

Dec 24, 2008

Khir Toyo bersuara..hahaha..

Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu

1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang. Ia juga bertujuan melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.

3. Di samping itu, PPSMI diharap dapat melahirkan generasi muda yang berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.

4. Saban tahun polemik ini tidak pernah padam. Rencam pendapat dan alasannya pelbagai. Yang menyokong melihat dari sudut kepentingan generasi muda menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam menghadapi arus globalisasi.

5. Yang menentang pula melihat dari sudut penghakisan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi Awam.

6. Yang berbelah bagi ialah ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa menghadapi secara langsung kesan kepada sistem ini. Bagi golongan Melayu kelas elit dan pertengahan mereka kurang menghadapi masalah kerana anak-anak mereka telah pun didedahkan dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris sejak di tadika lagi.

7. Bagi kebanyakan orang Melayu, anak-anak mereka masih berfikir, bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Jika dulu ramai anak-anak Melayu merasa terasing dan sering tidak berminat dengan kelas bahasa Inggeris, hari ini sudah menular pula ke kelas matematik dan sains. Selain tidak faham, mereka juga merasa rendah diri dengan kekurangan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

8. Saya memahami hasrat kerajaan untuk melakukan kejutan budaya terhadap anak-anak di sekolah dan juga ibu bapa. Memang benar, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

9. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi apakah bahasa Inggeris lebih penting dari kemahiran hidup seperti ilmu hisab (matematik) dan sains? Tentu ramai ibu bapa yang tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

10. Namun setelah lima tahun pelaksanaannya, kita perlu bertanya kembali, ruyung yang mahu dipecahkan sudah mengeluarkan sagu atau yang dikendong berciciran yang dikejar entah ke mana?

11. Apa guna kita melahirkan seribu ahli akademik yang melahirkan pendapat akademik dalam bahasa Inggeris dan terbentang dalam jurnal antarabangsa tetapi beratus ribu anak Melayu akan datang tidak menguasai kemahiran asas mengira dan juga ilmu kemahiran hidup (sains)?

12. Oleh kerana matematik dan sains juga merupakan matapelajaran teras dalam peperiksaan (dan juga ketika memohon kebanyakan pekerjaaan yang baik) , saya khuatir jurang di kalangan generasi muda bandar dan luar bandar akan bertambah jauh.

13. Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis.

14. Setelah mendengar banyak pendapat di bawah, juga pandangan di atas, yang dari “kiri”, juga “kanan” dan “atas pagar”, saya fikir:

a. Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

b. Di samping itu, memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.

c. Elaun tambahan yang sebelum ini diberikan kepada guru PPSMI boleh dikekalkan dengan syarat mereka memperuntukkan beberapa jam tertentu dalam seminggu mengajar kelas tambahan sebelah petang kepada para pelajar.

d. Dengan cara ini pelajar akan mendapat keuntungan maksima dari segi penguasaan Matemati dan Sains dan juga penguasaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini.

e. Jika penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu, maka sukatan pelajaran bahasa Inggeris sendiri perlu dirombak dan dicari kaedah yang lebih baik termasuk memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan inggeris di peringkat lebih awal.

15. Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.

16. Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi.

17. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Demikian juga kerajaan yang mengubah sesuatu keputusan demi kebaikan yang lebih besar tidak akan jatuh maruahnya.




CheguFadh:
gapena dah siap nak saman,nak melenting..wartawan dah siap nak baling kasut kat muke menteri2 politikus ni sume baru nak bersuara ke Khir??Tanah Runtuh xmo datang jenguk ka??ka takut kena hambat sbb banyak lulus prjek kat bukit2 sampai licin bukit2 kat Selangor satu masa lalu yang ko ckp "SEMUANYA OKEY"..konon pejuang bangsa,tapi bahasa sendiri diketepi,tapi bila isu signboard nak buat dwibahasa g pulak berdemoCRAZY..pelik2 sungguh perangai org gile ketuanan bangsa ni..
oh..patutla..die bertanding ketua pemuda UMNO (UMNO ni pun name English woi..)

..Akibat PONTENG KELAS SEJARAH..

Korang pernah belajar sejarah dulu x??
Aku ni memang kaki ponteng kelas sejarah pun,
tapi aku membaca gak..xtahu la aku bab2 fakta mcm sejarah
ni cpt melekat kat kepale otak aku kecuali berkaitan dengan
Parti2 yang dijulang2 dlm tu jela..tp alhamdulillah dpt gak
A1 sejarah masa tu..hehe..TQ ckg..

tapi lupakan itu semua,kita fokus pada si blogger
Pejuang Melayu yang telah mengatakan kerajaan Perak
bodoh..

KEBODOHAN PERAK DITEGUR: Rujuk MTN Terlebih Dahulu

Keputusan kerajaan untuk menghalang keputusan kerajaan negeri Perak berhubung kes pemilikan tetap tanah diberi kepada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru.

"Urusan tanah perlu mendapat khidmat nasihat dan kelulusan dari Majlis Tanah Negara (MTN)."

Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Najib menegaskan bahawa :
"Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad."

Berhubung kepada keputusan kerajaan persekutuan ini, jelas, bahawa Pakatan Rakyat di Perak lebih suka bersikap populis tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada warisan tanah terutamanya kepada kaum asal dan majoriti di Perak iaitu Melayu.

Biarpun MTN belum lagi membuat sebarang keputusan, tindakan kerajaan persekutuan menangguhkan cadangan ini dan membawa masalah ini kepada tanggungjawab MTN, ia adalah satu perjuangan membela hak Melayu.

Hakikatnya di Perak, pemimpin Melayu hanyalah boneka DAP dan selama 5 tahun memerintah Perak ini, sedikit demi sedikit tanah negeri Perak akan dikaut oleh DAP.

DAP akan mainkan isu tanah dan tanah dan tanah sehinggalah tamat mandat rakyat untuk memerintah Perak selama 5 tahun.. Kesudahannya Melayu merempat di tanah sendiri.



Serius aku xtahu ape kana dengan die.Perkara ni perlu gak disemak sepenuhnya.
Kalau si blogger tu dah ade pengalaman maybe die akan tahu mana yang betul mana yang batil.
Aku pun dah bagi Artikel Perlembagaan Persekutuan(FC) kan??Korang pun dah belajar Sejarah dan korang pun faham yang FC tu diletak paling tinggi dalam Malaysia dan tak ada satu pun yang boleh mengatasi FC walaupun Raja-raja melayu!!

Peruntukan Artikel 74(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa soal tanah termasuk perhutanan adalah di dalam bidang kuasa tiap-tiap Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di bawah kuasa peruntukan ini, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak di dalam membentuk atau menerima sesuatu undang-undang hutan bagi mentadbir dan menguruskan hal-hal perhutanan di dalam negeri berkenaan.

Jadi korang tengok la nanti mcm mana keputusan MTN ni..Aku tinggal kat Bahau..Sebelum ni Bahau kawasan Melayu,tapi masa Tan Sri Isa Samad jadi MB N9,habis die bagi tanah kerajaan (hak kerajaan dan hak rakyat) kat kroni die..Kroni die pulak tamak harta,pegi halau orang2 melayu yang duk menumpang kat tanah kerajaan ni.Lepas tu die robohkan kedai2 melayu ni,jual pulak kat orang cina.Sekarang Bahau dah dipegang orang2 Cina.

Kalau xpercaya,korang boleh semak sendiri,ni aku bagi nama antara jiran aku yang kena,die pun popular kat Bahau.En Nasir yang bukak kedai roti tu..ok..semak la kalau xpercaya..Yang halau
die pun ketua bahagian UMNO kwsan aku gak..

Aku cerita betul..Korang xnak percaya,up2u..Aku punye prinsip SALAH tetap SALAH..Benar tetap Benar..ceewahh..mcm album yang Dr Asri buat tapi diharamkan KERAjaan pulak..hehe..

Azhan..biar buta di mata,jangan buta di hati..


Itulah yang boleh diungkapkan apabila juara Akademi Nasyid
Azhan telah mengeluarkan statement yang begitu berani tanpa
berfikir natijah yang mungkin menimpa dirinya..Sesungguhnya aku memang respek
dengan si Azhan ni..

Di dalam harakahOnline hari ini dibawah tajuk Azhan harap pengundi Kuala Terengganu 'buka mata' telah meminta agar para pengundi Kuala Terengganu dapat memilih calon yang lebih (dekat) kepada mardhotillah (keredhaan Allah.

"Pada saya (peribadi) saya, beri undi kepada PAS lah, tapi dalam bentuk umumnya, untuk pengundi atas pagar, biar dia fikir keputusan yang dibuat itu adalah didorong oleh ketentuan Allah SWT,"kata Azhan.




Semasa menjalani proses recording di Studio Hijjaz 24-28 nov yang lepas
memang Fitri dan sound engneer Mohd Shamir(Amir) ada memberitahu aku yang Azhan ni
kuat menyokong PAS dan antara Unit Amal PAS Johor.Azhan telah pun selesai proses recording 1-4 dec lepas juga di Studio Hijjaz(selepas kami selesai,agak best lagu si Azhan ni).


p/s:Nama Mawi pun ade naik masa Kongres Nasional keADILan lepas,Mawi dikatakan turut sama menggantung bendera PAS dan PKR pada tahun 1999.Tetapi apabila ditemuramah media "ARUS PERDANA" dia hanya menafikan ahli mana2 parti kerana belum mencapai 21tahun pun masa tu.

RTM jelas mengapa lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ dianggap tidak sesuai

Sumber : Blog Dr Asri

Oleh ZIEMAN

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa panel penilai.

“Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM,” kata RTM dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan mengapa lagu puisi ‘Aku Bukan Musuh Harta’ karya bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Berita pengharaman lagu Dr Asri heboh diperkatakan minggu lepas apabila RTM membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta.

Sebelum ini ketika mengulas tindakan yang diambil oleh RTM itu, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

“Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar,” katanya.

“Aku Bukan Musuh Harta’ adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra.


Namun stesen radio dan televisyen swasta yang lain tidak mengharamkan lagu ini.Antara lain lirik lagu yang tiba-tiba jadi kontroversi ini menyebut “Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan.”

Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga dalam album Yang Benar Tetap Benar.

Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar’ nyanyian Kopratasa, Aishah dan Algebra.

Sementara itu,Dr Asri ketika dihubungi minggu lalu, berkata beliau melahirkan rasa kemusykilan kenapa liriknya digam.

“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.

“Isinya umum dan untuk kesedaran semua pihak, mengapa ada yang rasa bersalah?

“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan. Difahamkan sebelum lagu ini diharamkan, terdapat ura-ura untuk menjadikan lagu ini sebagai kempen untuk membenteras rasuah.

Tinjauan yang dibuat di Nasyeed.com, pengedar album ini juga menunjukkan penjualan album ‘Yang Benar Tetap Benar’ sungguh memberangsangkan kerana ramai yang ingin tahu kenapa lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ diharamkan.

Tanah..Kerajaan mana yang berkuasa??

Peruntukan Artikel 74(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa soal tanah termasuk perhutanan adalah di dalam bidang kuasa tiap-tiap Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di bawah kuasa peruntukan ini, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak di dalam membentuk atau menerima sesuatu undang-undang hutan bagi mentadbir dan menguruskan hal-hal perhutanan di dalam negeri berkenaan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tunggu je ape cite krjaan Perak yg Najib suh rjuk kat
Majlis Tanah Negara ni dulu..

Dec 23, 2008

..Ada yang terlalu Fobia dengan Blog..

Hehe..susah nak diungkapkan apabila rakyat di negara yang dikatakan
mempunyai mentaliti tinggi dan pembangunan yang pesat tidak diberi peluang untuk menggunakan blog.Pelik dan ajaib,tetapi itulah hakikat sebenarnya yang telah berlaku kepada negara kita Malaysia tercinta.

Satu pertubuhan parti yang amat popular di Malaysia dengan salahgunakuasa,rasuah dan membela bangsa melayu(slogannya) mengeluarkan amaran kepada ahlinya supaya jangan menggunakan blog untuk berkempen.

Adalah amat memalukan apabila sebuah negara yang maju tidak dibenarkan menggunakan blog sebagai sumber maklumat untuk menyampaikan kehendak dan hasrat,dan rakyat juga seolah2 mudah terpedaya dan tidak pandai menilai sumber yang sahih atau yang tidak sahih.

Jika dikatakan sumber dari blog itu fitnah dan penipu,bagaimana baru2 ini Mahfuz Omar menang kes dan Utusan serta bekas ketua pengarangnya diarah membayar rm120k kerana menerbitkan berita fitnah terhadap Mahfuz.Sebelum ni pun aku dah sajikan mengenai TV3 yang menyiarkan gambar MB Perlis akan mewakili PAS bertanding dengan Wan Farid pada PRK Kuala Terengganu Januari ini.


SO korang nak ckp ape tantang Blog??pandai pilih la kan..semua dah akil baligh..dah mumaiz..

xkan xleh nak beza antara demokrasi dan demoCRAZY ryte??Malu je klu dh tua bangka,berjwtan penting dlm negara tp xtau..

Apa itu demokrasi semua umumnya tahu akan hak kebebasan seseorang itu seperti yang dijamin dalam artikel perlembagaan persekutuan.Risau dengan kebebasan bersuara mengenai hal agama dan kaum dicetuskan??Kan semuanya sudah ada dalam perlembagaan dimana tak boleh menyentuh isu hak agama islam dan kelebihan pada bangsa melayu.So apa yang dirisaukan sangat??Cuma kita jangan terlalu menindas golongan yang tak berkemampuan.

Korang tgk 360 dulu?Yang pasal pelarian xdibenarkan bekerja dan mendapat pendidikan.Kalau polis buat operasi jumpe pelarian yang berdaftar bekerja kemudian diminta pasport bekerja tidak ada,Majikan dan pelarian tersebut akan dihukum seperti mana pendatang tanpa Izin.Adakah ini kejam?bagi aku kejam,tapi aku masih xada jalan penyelesaian terbaik,cuma berkaitan kerja sepatutnya tak perlu dihalang mereka bekerja kalau masyarakat kita sendiri malas nak bekerja.


Jauh dah aku merepek ni,terkeluar dari tajuk pulak,nanti kalau ade mase aku ulas mengenai demoCRAZY ni pulak ye..tapi utk warm up,ape itu demoCrazy.Dalam erti kata yang mudah ianya Demokrasi yang diterapkan bila menguntungkan dan disimpan sebolehnya bila merugikan dirinya.

Hudud dipolitikkan...

sumber KPMU.net

Pas mula main wayang balik dan mempersendakan Hudud kembali dan dalam pada itu DAP juga bersaing main wayang menentang hukum Hudud. Hudud sebenarnya hanyalah gurauan PAS sahaja untuk menarik balik sokongan orang Melayu yang telah melihat telah jauh terpesong dari perjuangan yang sebenar. DAP pula mahu menunjukkan bahawa mereka terus menentang hudud untuk terus mendapat sokongan dari kaum China.

Sebenarnya mereka ini tidur sebantal dan jika dahulu mimpi mereka lain-lain tetapi sekarang mimpi mereka telah sama. PAS dan DAP selesa tidur sebantal di Selangor dan Perak dan juga Pulau Pinang. Jika DAP tentang Hudud, bagaimana PAS mahu laksanakan hudud, Jika benar PAS mahu melaksanakan Hudud PAS telah laksanakan di negeri yang di perentah oleh pembengkang seperti di Perak, Selangor dan khususnya di Kelantan dan Kedah.

Hudud yang menjadi slogan Pas di pilihanraya Kuala Terengganu ini pasti akan menempelak kembali parti berkenaan. DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa. “Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya,” kata Lim Kit Siang. Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam. “Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia,” kata Lim lagi.

Khairy yang menekan Lim Kit Siang mengenai hukum Hudud yang dilaungkan kembali oleh PAS untuk dijadikan slogan pilihanraya kecil Luala Terengganu, semantara itu, Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.”DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,”. Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat. “PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat. “Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata. Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS. Beliau juga berkata adalah tidak elok untuk PAS membuat keputusan tanpa merujuk kepada Pakatan Rakayt dahulu.

Bagaimana yang dikatakan oleh PAS bahawa mereka akan melaksanakan Hudud kerana perkara ini perlu di bawa kepada pengeatahuan dan di rujuk kepada Pakatan Rakyat dan PAS sekarang bukanlah lagi sebuah parti yang boleh membuat keputusan sendiri dan mereka perlu merujuk kepada Pakatan Rakyat dan yang seperti kita ketahui dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP dan PKR yang mana DAP amat menentang hukum-hukum yang berlandaskan Islam dilaksanakan di Malaysia, DAP dan PKR adalah sebuah parti yang berlandaskan sekularisma.

Cerita Hudud akan kembali ke Terengganu sebagai pemanis mulut bagi parti PAS dan cerita Hudud ini bukan lah cerita baru tetapi adalah cerita lama seperti juga cerita negeri kebajikan yang dilaungkan ketika pilihanraya Umum yang lalu, Rakyat jangan lagi tertipu dan termakan dengan pujuk rayuPas.
CheguFadh:
Ni aku dapat drp friendster memandangkan aku dh lame tinggalkan ruang tempur KPMU slepas admin "memBLOCK" aku (login ID : mahasiswaPOWER) since awal tahun 2008.
Mamat yang hantar bende ni cakap di xtentang HUDUD.

aku bukannya menentang hudud. tapi marah apabila hukum allah dipermainkan. setakat bertanding 67 kerusi dari 222 kerusi (kira2 30 peratus), berani dia cakap nak laksanakan hudud. kalau pas menang semua kerusi pada pilihanraya yang lalu pun, pas tetap tidak akan dapat melaksanakan hudud. nampak sangat hudud tu hanya slogan utk pilihanraya. untuk menarik undi. bukannya matlamat utama... berani dia mempolitikkan hudud...
Tapi yang hairan knp xpernah mahu disokong wlaupun sekelumit.Atleast ade gak nak sokong sbg umat Islam.Kite xhairan orang bukan Islam tak menyokong Hudud dan xpercaya Allah,tapi kita hairan bagaimana seorang umat Islam yang mengaku pejuang agama,bangsa tak percaya dan xpernah nak menyokong usul Umat Islam mengenai Hudud!!Soalan aku,jika kesemua MP Muslim xkira PKR,UMNO dan PAS menyokong enakmen HUDUD diluluskan??Kita dah semakin hampir dan boleh memberi penerangan mengenai HUDUD dari semasa ke semasa sehingga masyarakat menerima dengan senang hati.Kemudian bila dah nampak efektifnya,confirm semua suka dengan Hukum Hudud ni..

Aku xnampak DAP condemn ape2 selain xsetuju sbb dorg xtau n xfaham ape2,tp pejuang yg kononnya Hero Melayu dan Islam pula yang sibuk2 ckp Hudud tu Primitif,nanti semua orang kudung,hudud zalim,hudud benarkan suami liwat isteri..Siapa yang duk hina Hudud??Anda tentukan!!